Kerang sedap masak apa? Korang pernah cuba tak Resipi Kerang Indera Kayangan ? Ahaa.. kalau belum pernah, rekemen korang cuba. Dah nama pun dah macam orang bukan biasher-biasher, rasa dia ala kayangan gitu. Kurlass!
Kerang masak apa sedap ?
Okey, kali ni Nina kongsikan resipi kerang yang rare nama dia. Cuba Resipi Kerang Indera Kayangan laaa… Gempak teroks kannnn nama dia! Walau nama dia giler rare tapi korang kena cuba masak dan rasai sendiri keunikkan rasa dia.
Resipi ni dari Chef Arm yang fofular satu ketika dulu kat facebook. Lately agak lama dah tak nampak beliau. Chef, Nina panjang-panjangkan resipinya kat sini lak eh… Moga memberi manfaat buat yang memerlukan hendaknya. Aamiin
Resipi KERANG INDERA KAYANGAN
Bahan-bahan
500g Kerang
3 Sudu Besar Minyak Masak
1 Camca Besar Cili Boh
1 Sudu Teh Belacan
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Teh Gula
1 Sudu Teh Garam
2 Biji Bawang Merah
6 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
Cara masak Kerang Indera Kayangan
1. Basuh kerang hingga bersih dan kemudiannya rebus di dalam kuali yang berisi air.
2. Biarkan kerang hingga buka dan masak.
3. panaskan minyak dan masukkan bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili boh dan belacan serta bersama sedikit air, didihkan.
5. Masukkan kerang dan kacau sekata.Masukkan sos tiram, gula dan garam.
Amacam senang jer kann? Korang try laaa… Selamat mencuba!
nanti dah cuba kasitau Nina feed back dia eh
Selalunya ni dok masak kerang rebus je buh bawang, serai, halia. So sekali sekala Nina akan masak Kerang Indera Kayangan tapi anak-anak Nina lebih suka Kerang Goreng Berempah
Nampak sedap tak kerang goreng berempah ni? Mmmm… pendapat jujur Nina lagi suka masak goreng berempah, lagi puas rasa sos rempah nya berbanding rebus gitu aje. Tapi ada je yang tak gemar sebab kulit kerang pun dimasak sekali dalam kuali. Deme risau kuali nya calar gamaknya. So pakai aje kuali legend , diketuk dengan lesung pun masih kekal utuh. Eh! Dah macam nak promote periuk pulak. HAhaa.. Ok, sila cuba!
fuhhhh sue memang peminat kerang boleh try ni…
Sedapnyaaaa! Nina masakkan i nak pi makan ni hehehe
nampak sedap.. tapi Liez tak makan kerang pulak..boleh cuba buat sotong kot kann