Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Apa itu Oh Free Food Best ke
March 31, 2019April 3, 2019

OH! FREE FOOD. Serius arrr.. Betul ke dapat FREE?

Oh! Free Food .  Serius aarr… Betul ke dapat FREE?

Isi Kandungan hide
1 Apa itu OhFreeFood?
2 Aplikasi OhFreeFood ?
3 Apa ada dengan Oh! Free Food?
4 Mudahnya berkongsi bersedekah dengan Apps Oh Free Food.
5 Serius ke dapat FREE?
6 Siapa yang boleh menerima di Oh Free Food?
7 Seronok nya #KongsiRezeki
8 Best ke Aplikasi OhFreeFood
9 Related posts:
10 Nikmatnyer Makan Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut ~~~
11 Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah
12 Salam Ramadhan 1433/2012
13 Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Apa itu OhFreeFood?

Korang pernah dengar pasal Oh! Free Food?
Buat yang selalu follow Nina kat facebook tentu ada perasan baru-baru ni Nina ada share pasal Applikasi Oh! Free Food kann…?

Aplikasi OhFreeFood  ?

Alaaa … Ingat tak status dan gambar cake oreo ni Nina kat facebook Nina tanya “Sapa nak cake ni FREE?” Kalau korang, rasa nak tak?
Cake ni Nina beli 2 box, pastu kebetulan tetamu tak jadi datang rumah, so extra lagi satu box tu Nina share food ke Apps Oh Free Food.

Apa ada dengan Oh! Free Food?

Okey .. Buat yang tak tau, Oh Free Food ni aplikasi yang ada dalam  Play Sore kat handphone korang. Cer tengok sat play store kat handphone korang. Ada tak logo ni?

Apa itu Oh Free Food Best ke

Ada kann..? Cer click  install. Pastu korang daftar. Isi maklumat diri korang. Jangan risau, tak yah buh IC no pun.. Apps ni santai santai jer. Nak buh nama samaran pun buleh.

Mudahnya berkongsi bersedekah dengan Apps Oh Free Food.

Okey, dari Apps Oh! Free Food ni korang akan nampak ada nya rezeki yang dikongsi kat situ. Mana yang masih available korang boleh click request andai lokasinya berdekatan dengan tempat korang. Ada rezeki request korang di terima pastu chat dengan pemberi camner nak jumpa dan dapatlah apa yang korang request tu FREE!

Serius ke dapat FREE?

Ya FREE! Oh Free Food ni satu platform di mana kita boleh memberi atau menerima rezeki (FOOD  aje) melalui aplikasi ni. Jenis food yang korang nak kongsi terpulang kat korang. Tak kisah laa samada korang terlebih beli makanan ke, masak lebih pastu tetamu tak jadi datang ke, (make sure makanannya belum terusik dan masih baik) ataupun memang sengaja beli lebih untuk di sedekahkan.

Apa itu Aplikasi OhFreeFood Best ke

Siapa yang boleh menerima  di Oh Free Food?

Di  Oh Free Food ni, sesiapa saja layak menerima dan memberi. Yang penting ikhlas. Apps ini bukan khas untuk mereka yang susah, kata gomen golongan B40, fakir miskin ataupun yang layak terima Bantuan Sara Hidup Rakyat. Nehi nehi …

Penerima boleh jadi sesiapa saja yang download Apps Oh Free Food kat handphone , ada apps ni, nampak apa yang user share bolehlah click request. Boleh jadi dia seorang yang berjaya tapi sibuk dengan urusan keje, tiada masa untuk masak, tak sempat nak beli bahan, malah mungkin tak sempat nak fikir apa nak makan pun.

Tapi sempat belek handphone, kot nampak apa yang diperlukan, click request dan terus pi ambik. Paling best ianya Percuma! Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Mudah kann…??

Seronok nya  #KongsiRezeki

Apa itu Oh Free Food Best ke

Pengalaman Nina  Day 1
Nina kongsi rezeki Nasi Lemak RM1 Shah Rizan yang Nina terlebih beli. Biasanya Nina beli untuk sekeluarga 12 bungkus. Sekali sampai rumah, Nina lupa anak-anak Nina ada kelas tambahan kat sekolah.  So ada lebih 4 bungkus.

Yang lebih 4 bungkus tu Nina post kat  Oh Free Food. Alhamdulillah.. Ada request dan Nina chat  di apps tersebut dan discuss cara serahan. Mudah nya !

Apa itu Oh Free Food Best ke

Day 2
Nina kongsikan Spaghetti dan Sos Pasta Cendawan Adabi.
Dengan harapan menu paling senang, mudah dan cepat ni mempermudahkan urusan masak memasak buat yang memerlukan. Kot buntu nak masak apa ke , nak pi beli bahan ke, dengan pemberian ikhlas Nina moga ianya bermanfaat hendaknya.

Yang tak di sangka, dari media social yang Nina dok share sejak mula Nina tahu pasal Oh Free Food ni, rupanya ramai kawan alam maya yang dah install Apps ni. Dan … Yang request Spaghetti dan Sos Pasta ni salah seorang kawan Geng. Seronoknya dengan Oh Free Food lebih merapatkan silatulrahim.

Day 3  – Sebuku Roti Gardenia , 1 tin tuna dan 1 tin sambal ikan bilis Adabi. Sesuai untuk sarapan atau sedap dimakan begitu saja. Eh! macam tagline iklan Gardenia lak. HAhaa…

Best ke Aplikasi OhFreeFood

Pendapat Nina Apps Oh Free Food ni bagus! Satu pendedahan baru untuk kita yang sering mengadap handphone agar dapat memanfaatkan media social ke arah kebaikkan seiring dengan teknologi.  Jadi lah pengguna media social yang bijak!

Zaman sekarang ni jiran pun kita tak berapa nak kenal, memasing sibuk, balik keje pun dah malam. Kalau ada lebihan food contohnya beli promo buy 2 free 1,  makan 2 pun dah kenyang, free 1 tu tak tahu nak bagi sapa. Nak bagi jiran malu sebab  tak berapa kenal, segan lak nak ketuk pintu rumah dia kann, nak bagi sedara atau kawan jauh jauh lak…

Nah … Di sini laaa peranan Oh Free Food. Korang post aje gambar food yang nak diberi dan letakkan lokasi korang, user yang terdekat akan nampak boleh laaa request. Silap hari bulan, penerima tu tinggal setaman jer ngan korang. See … ada kawan baru!

Apa itu Oh Free Food Best ke

Dalam Apps Oh Free Food ni, kita bukan aje boleh memberi malah kita pun boleh jadi yang menerima. Sambil belek-belek phone tu, kot korang ada nampak user lain post makanan kegemaran, kebetulan lak lokasi nya dekat ngan tempat korang, click laaa request.  Selain memberi kita pun boleh menerima. Best tau!  Try laaaa …

Info lanjut korang pi mentelaah kat

Website : www.ohfreefood.com
Facebook : https://www.facebook.com/ohfreefoodofficial/
Instagram : https://instagram.com/ohfreefoodofficial/

Harapan Nina agar lepas ni  lebih ramai perseorangan,  owner restoran, peniaga makanan malah pihak hotel pun turut sama menjayakan Oh! Free Food ini. Tambahan lagi, tak lama jer lagi Bulan Ramadhan bakal tiba,  tentu lebih meriah lagi bermanfaat bila lebih ramai yang kongsi food dan lebih ramai yang akan menerimanya. InsyaAllah ..

Related posts:

Nikmatnyer Makan Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut ~~~

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Mudah

Salam Ramadhan 1433/2012

Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap...

Lifestyle Review Tips bersedekah memadamkan dosaInfo - IslamicInfo - SemasaKongsi RezekiOH FREE FOODtips kewangan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (38)

  1. saidila says:
    April 1, 2019 at 12:52 am

    betul best apps nih , dapat banyak idea nak memberi …penerima pun boleh jadi pemberi

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    April 1, 2019 at 7:24 am

    Bagusnya idea ni, tak lah bazir makanan kalau tak habis kan

    Reply
  3. ayu rafikah says:
    April 1, 2019 at 11:13 am

    menarik pulak tengok apps ni..sebab ada free food..jadi pada masa yang sama kita boleh pembaziran yang melibatkan makanan. kena war-warkan lagi pada pengusaha makanan dll…agar rezeki berlebihan boleh dikongsi

    Reply
  4. Salina Johari says:
    April 1, 2019 at 11:39 am

    Bukan hanya dapat berkongsi rezeki .. pahala pun berganda . Terima kasih #ohfreefood

    Reply
  5. Lynda Che Lah says:
    April 1, 2019 at 12:32 pm

    Berkongsi rezeki konsep moden kan kak Nina

    Reply
  6. azni says:
    April 1, 2019 at 1:13 pm

    perasaan memberi tu mmg best and awesome kan

    Reply
  7. Kayathre says:
    April 1, 2019 at 1:31 pm

    First time dengar pasal app ni. Nampak menarik. Boleh la saya download dan try.

    Reply
  8. Sherry says:
    April 1, 2019 at 2:06 pm

    good that you sharing here as my friends love to install app her hp, she can know find this good deal and let her friends to know too. Free food who doesn’t want as we need to fill our tummy daily too.

    Reply
  9. ina says:
    April 1, 2019 at 3:07 pm

    okay,memang dah guna apps ni.Memang betul-betul berguna apps ini. Terimakasih sgt kepada founder oh free food

    Reply
  10. Haida says:
    April 1, 2019 at 3:17 pm

    Bagus. Tak delah membazir dh sekarang ni kan Kak Nina

    Reply
  11. Ezna says:
    April 1, 2019 at 3:34 pm

    Bagusnya apps ni. Usaha yang murni juga dari dibiarkan makanan ni terbazir macam tu je kan?. Kan elok kalau kita kongsi kongsi. Pahala dapat kita pun senang hati.

    Reply
  12. Fadzi Razak says:
    April 1, 2019 at 5:06 pm

    Oh, ingatkan apps ni untuk share kongsi makanan dengan orang susah ke macam tu. Rupanya kite kita pun boleh jugak terima makanan yang ada dekat situ. Macam menarik pulak

    Reply
  13. Jane says:
    April 1, 2019 at 6:25 pm

    Interesting App on Food. Will check out Apps Oh Free Food and ask my friend to download it too.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:54 am

      Yesszaaaa!

      Reply
  14. budak bandung laici says:
    April 1, 2019 at 7:46 pm

    bagus sangat ada applikasi ni tambah lagi bulan puasa dah dekat mesti ada banyak lebihan makanan tak makan. boleh la kita berkongsi rezeki makanan dengan orang memerlukan tu. kena buat kempen supaya lebih ramai masyarakat tahu wujudnya app ni. siapa tahu ada orang tengah kelaparan sekarang terutama student atau keluarga kan

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:53 am

      Yup.. Bebudak U bagus install aplikasi OhFreeFood ni. Dengar citer dah ramai gak dak U install. Moga ianya dapat membantu mereka dengan apps ini

      Reply
  15. Faries says:
    April 1, 2019 at 11:33 pm

    Wah app macam ni pun ada sekarang. Mudahlah dan kuranglah berlaku pembaziran. Boleh berkongsi dengan yang lain-lain. Nak trylah nnti.hehehe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:52 am

      Faries ,try jangan tak try. Rezeki rezeki..
      Share memberi boleh, menerima pun boleh

      Reply
  16. Bella Jamal says:
    April 2, 2019 at 1:28 am

    Menariknya siapa yang buat idea utk app ni. Memang kadang2 bila masak lebih sampai tak tahu nak bagi siapa makan. At least dapat juga kita bersedekah secara ikhlas. Nak donload la, mana tau boleh dpt dan rasa makanan yg pelbagai.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:50 am

      Kannnnn Bella. Tu ari Nina lun ada click request. Kita dapat beras, sardine. Sangat membantu cuz masa tu dah hujung bulan. Rezeki jangan di tolak kan. Alang alang dah nampak, click request.

      Reply
  17. Siti @ Zandra says:
    April 2, 2019 at 6:53 am

    Laaaa bestnya apps ni. Serious I xpernah tahu benda ni. Memang this apps really bagus. We give and take. Tunggu tukar phone baru i install app. Sekarang ni memory penuh. Hahaha. I nak share makanan and nak dapat makanan free in same time. Mana tahu jumpa jodoh. #eh

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:49 am

      Amboi… Cepat tukar phone leh install OhFreeFood. Jodoh dah tunggu tu. HEhehee

      Reply
  18. Syamimi says:
    April 2, 2019 at 7:23 am

    Waaa.. Bagus la ada apps ni kan.
    Konsep dia ni kalau boleh nak mengurangkan pembaziran la macam tu.
    Yela, makanan kan. Bukan tahan lama..
    Kalau nak saja saja bagi orang, kita tak tahu orang tu nak ke tak..
    Tapi dengan adanya apps ni memang membantu la kan.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:48 am

      Syamimi, yup sangat membantu pada yang memerlukan. Sapa nak click request

      Reply
  19. apekinahdotcom says:
    April 2, 2019 at 7:25 am

    Menarikla apps ni. Tak lama lagi dah nak puasa. Memang berguna ada apps seperti ni. Mana tahu terlebih masak atau beli di bazar boleh la share makanan tersebut.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:47 am

      Kannn…. Nak bagi jiran segan. Buh kat OhFreeFood lagi mudah. Yang bebetul nak, click request dan dapat kurangkan pembaziran

      Reply
  20. Rawlins GLAM says:
    April 2, 2019 at 7:56 am

    Bagusnya info ini. Tq ye sharing. Rawlins harap bebudak U yang kekurangan makanan boleh la download app ini dan mendapat manfaatnya kan. Semoga ramai yang akan mendapat manfaatnya kelak.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:46 am

      Rawlins, yup… Bebudak U dah mula start install apps OhFreeFood ni. Derang pun baru dapat pendedahan pasal apps ni.

      Reply
  21. Izaramli says:
    April 2, 2019 at 7:57 am

    Bagus apps ni. Kita boleh share makanan kita kat orang lain. Tak ada la membazir. Orang yg request pun mungkin ada yg sangat memerlukan. Nanti nak cuba la.

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:45 am

      Iza, yes.. Cuba jangan tak cuba Install dan try guna. Best

      Reply
  22. Nadia johari says:
    April 2, 2019 at 9:18 am

    Ya ampun bgus snagat apps ni kan. Sesiapa nampak makana free mesti nak ambil kan.. Lagi-lagi yang sibuk tu. Bgusla.. Sekurangnya bole elakkan pembaziran dan yang nampak boleh kurangkan kos pembelian.. Hehehe.. Ok nak instalk sekarang

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:45 am

      Kannnn…. Jom Nad install.
      Kita lrh sharing tukat tukar menu bulan Ramadhan nanti. Sedekah style moden gitu.

      Reply
  23. Min says:
    April 2, 2019 at 7:07 pm

    1st time dengar pasal apps ni tapi bagus la ek apps ni ek. Memudahkan urusan hehhe

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      April 3, 2019 at 3:36 am

      Kannnn…. Sedekah style moden gitu. Dan lagi bukan kita oleh memberi malah kita lun boleh menerima. Best kannn

      Reply
  24. Wui Kathy says:
    April 3, 2019 at 9:03 am

    Comelnya app ni! blh share makanan dgn org lain, bagus utk mengurangkan “food waste” yg skrg ni menjadi tiap2 hari. Kadang2 masakan kat rumah mmg x habis, dah bagi kat jiran pun ada baki lagi. Baguslah ada app gini, kongsi masakan dan rezeki bersama-sama. Niat yg baik utk kesejahteraan semua, di samping tu dpt menjalin silaturrahim bersama kat komuniti. Terbaik!

    Reply
  25. Tekkaus says:
    April 4, 2019 at 1:11 am

    Wow really interesting to know about this app that can help us not to waste our food. Whoever who comes out with this idea is really brilliant. 🙂 We can reduce food wastage and help others at the same time.

    Reply
  26. Radhia says:
    April 10, 2019 at 12:58 pm

    bagus apps ni..dapat tambah pahala dengan memberi kepada yang memerlukan

    Reply
  27. sis gee says:
    May 9, 2019 at 12:59 pm

    bagusnya apps nih!! harap2 kat Ganu ramai yang guna apps ni!hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes