Tentu korang pernah lakukan scrub muka kann? Korang scrub muka berapa kali seminggu? Seminggu sekali, dua kali atau setiap hari? Oh-Hoo… jangan tiap hari! Tahu tak kelebihan scrub muka dan ada keburukkan scrub muka ni? Okies, hari ni Nina nak share sikit laaa pasal tips cara scrub muka yang betul yang Nina praktikkan. Awal-awal Nina nak disclamier yang Nina bukanlah pakar kecantikan, omputeh kata beauty consultant. Nina sekadar berkongsi apa yang Nina tahu dan amalkan.
Bila last korang scrub muka?
Semalam Nina dah share pasal krim malam terbaik untuk kulit kering yang Nina dok sapu sebelum tido. Seminggu sekali Nina akan buat scrub muka as skin rutin Nina untuk menghilangkan whitehead, blackhead dan headache! HEhee…
Scrub!
Selain scrub ada yang panggil ia eksfoliasi. Tu ari masa Nina buat facial treatment Skin Valet Bangi , Beauty Consultant ada kasitau muka kita ni selepas 2 hari akan wujudnya sel kulit mati. Kalau di biar lelama kulit muka ada tampak kusam, timbulnya jerawat dan pelbagai masalah lain.
Scrub muka seminggu 2 kali
Maka selepas 2 hari sebaiknya kita lakukan eksfoliasi ke atas muka kita agar di buang kulit mati yang wujud tu. Senang citer, 2 kali seminggu kita scrub muka kita dengan pencuci scrub muka yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. Elakkan scrub muka setiap hari. Kesian… tak sempat sel kulit baru nak tumbuh dah di tonyoh lagi. HEhhe… Bukan apa nanti kulit muka lebih mudah sensitif dan iritasi.
Scrub Muka Homemade dari teh
Scrub bahan dari dapur . Berasaskan TEH. Lebih jimat!
Baca : Jangan Membazir! Uncang teh pun ada manfaatnya untuk kecantikan
Scrub Muka Homemade dari Teh
Selain tu Nina ada gak pakai bahan dari dapur. Contohnya tea. Bila korang buat air tea, sebelum buh gula korang asing dan ketepikan tea tu, hampas tu nanti boleh lah korang gosok-gosok kat muka.
Selain tea, hampas kopi pun Nina akan buat scrub kat muka ni. Masa sekolah dulu memang selalu pakai hampas kopi sebab kat rumah mama Nina setiap hari without failed dia akan buat satu teko air kopi O kawww paling sedap setiap pagi. Malamnya sebelum Nina cuci teko, Nina asingkan hampas dan tonyoh laaa hampas kopi tu kat muka. Lepas bilas, kulit muka rasa segar, bersih dan lembut je.. Jimat kann scrub dari hampas teh atau kopi je
St. Ives Apricot Scrub
Okey, tadi tu tips scrub bahan dari dapur. Kalau dari drugstore farmasi Nina pakai scrub St.Ives Apricot Scrub. Dah lama sangat Nina guna jenama ni. Sejak sekolah menengah hingga lah kini. Sekarang umur pun patpoh lima tahun , kira-kira dah 25 tahun as pengguna Scrub St.Ives. Lama bangat kannn..?
Besar nya packaging scrub Nina? Ya ni yang besar. Bekas besar gini lebih murah dan jimat. Puashati berbaloi-baloi pakai sebab Nina pakai bukan kat muka je, tapi seluruh badan. St.Ives Apricot Scrub jer ada jual yang besar macam ni. Yang jenis lain semua dalam tube dan senang bawak travel.
ST.IVES BLACKHEAD GREEN TEA SCRUB
Cuma dulu Nina pakai yang apricot dan sekarang Nina pakai St.Ives Green Tea Scrub. Efektif hilangkan blackhead. Katanya selain membuang sel kulit mati, ia juga meredakan meradangan merah-merah kat muka ni. Ia lebih lembut, biji-biji scrubnya lebih halus berbanding apricot yang lebih kasar. Tekstur nya lebih gentle gitu..
5 Tip Scrub / Eksfoliasi yang perlu korang tahu
1. Elakkan menggosok dengan terlalu kuat atau melakukannya dengan terlalu kerap. Kulit kita tu sel yang hidup. Kasihi dia, lakukanlah dengan belaian yang penuh lemah lembut manja gitu.. Ingat tau JANGAN TONYOH!
MASA MUKA ADA JERAWAT JANGAN SCRUB!
2. Jangan scrub atas jerawat. Tindakan ni sebenarnya akan terukkan lagi jerawat tu. Khuatir jika ada nanah, nanah tu pecah dan sebarkan pula kuman bakteria di sekelingnya. Tak pasal-pasal nanti muka korang akan naik lebih banyak jerawat.
3. Kulit jenis berminyak sangat perlu lakukan eksfoliasi bahasa mudah scrub. Ini kerana kulit jenis ini paling mudah memerangkap minyak dan kotoran. Kulit jenis berminyak juga mempunyai lapisan kulit mati yang lebih tebal. Sebab itulah jika korang perasan, kulit jenis berminyak ni nampak lebih kusam berbanding kulit jenis kering dan normal.
4. Untuk beginner atau yang tak pernah buat eksfoliasi kulit wajah sebelum ni, mulakan dengan 1 kali seminggu dulu. Kemudian, tambahlah kekerapannya secara beransur-ansur apabila kulit anda dah boleh tolerate dengan bahan aktif scrub.
KENA SCRUB MUKA BARU LAH KHASIAT SERUM MERESAP DAN BERKESAN
5. Nak cepat hilangkan parut? Sebenarnya jika sel kulit mati tu tebal, ini menggangu penyerapan serum. Jadi, sebelum sapu sebarang serum , korang lakukan scrub terlebih dahulu untuk bantu tanggalkan lapisan sel kulit mati secara lembut. Lepas tu sapulah serum, korang akan perasan nanti perubahan tindak balas serum lebih baik dan efektif.
TIPS DAPATKAN KULIT MUKA BERSIH SIHAT TANPA CELA
Oh ya, untuk rutin penjagaan wajah seharian Nina amat pentingkan pakai sunscreen. WAJIB!
Sila lah korang pakai walau dimana korang berada. Dok dalam rumah pun pasti samar-samar akan terkena cahaya SUN kann? Dah nama nya SUNscreen sila pakai saat terkena SUN! Tanya Nina sunscreen kegemaran Nina buat masa ni dah bertiub tiub dah Nina pakai sunscreen ni sebab murah dan … Panjang lak citer nanti. So pepandai laa korang baca REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH by NinaMirza
Okey.. Ini sekadar perkongsian santai-santai Nina. Ini sekadar pendapat santai dari Nina yang tak arif bab kecantikan. Tapi Nina amat mementingkan penjagaan asas untuk diri. Nina buat basic jer… lelebih idok lerr, Nina tak punya masa nak tenyeh pun. Huhuuu . . .
Hurmm… korang lak pakai scrub apa?P
I guna Cosmoderm Vit E Facial Scrub, best gak.
Jarang nampak Scrub Cosmoderm Vit E kat drugstore . Cosmoderm pun jenama pilihan Nina. Nanti nak try Scrub Cosmoderm lak tuk muka.
Untuk badan Nina memang pakai cosmoderm Vit E dan St Ives Apricot
iols guna blackhead tu jgk. tp guna bhgn hidung je. bukan whole face. utk whole face, sy guna apricot dr brand sama. hehehe.. btul tu.. mmg kena scrub at least 2x seminggu..
cantik betul kulit wajah nina. terbaik hasil pengunaan St Ives.
Hey there, Good luck with writing!
Baru je hari tu skrub muka. Tapi skrub kejap kejap ganas kejap kejap relaks relaks. Saya pakai sugar scrub~~
k.el mmg suka scrub muka..sbb sllu pakai makeup..tp mmg 2x seminggu wajib. belum try lagi hat scrub tea tu..sllu buat mcm tu jer hahaha..tp favourite scrub k.el semestinya St.Ives..mmg dari teenagers pun pakai St. Ives juga..sebab best sangat hihi
TB pun suka scrub jugak.. tapi tu la.. muka ni sensitif .. so, nak scrub kena sopan yang amat sangat.. pastu tak boleh kerap.. sekali sebulan ok lagi.. jangan tenyeh kuat sangat la kan.. St. Ives ni memang pilihan TB dari dulu..
part tonyoh tu kelakar pula rasa.. jangan tonyoh nanti koyak muka tu.
kot ada yang so excited nak scrub. hehe..
I used to scrub my face every week. But due to become more busy I have forgotten how long did I not scrub my face hahaha. but lucky I stil go for facial every month to make sure I look OK la
Skrub muka memang kena dua kali seminggu .tak boleh skrub kerap nanti kulit muka akan nipis dan luka . Kalau muka berjerawat lagilah tak boleh skrub kan .nanti nak cuba juga cara kak nina skrub muka dengan serbuk teh tuh
nisa pakai jugaaa blackheads clearing scrub tu, tapi nisa fokus dekat bahagian hidung je la..
sebab the other parts of my face quite dry, sebab tu tak kerap scrub. seminggu sekali tu ada la. tapi bahagian hidung je kadang2 dua kali seminggu
zul sekarang pakai St Ives face scrubs tu, Memang berkesan untuk hilangkan blackhead dan sel kulit mati. tapi pernah pedih muka sebab dia macam menghakis kulit muka zul.
Klu pergi drugstore selalu usha produk ni tpi tak beli2 sbb tkot x matcy dgn kulit. Yelah bnyk review kata bagus. Nampk macam ok je ni. Nak kene try. hehehe
Dulu airah suka jugak physical exfoliator macam st ives ni tapi sekarang focus chemical exfoliator sebab rasa lagi sesuai dengan kulit
Teringin lama dah nak guna produk ST tu. Tapi tak terbeli beli. Hehe..
Selalu nampak kat drgstore.
Nanti nak try juga la. Bukan apa, sebab banyak sngt cleanser kat rumah yang tak habis lagi. Tu tak terbeli yang lain. Hehehee
Tq sis nina share ni.
Saya kalau pakai scrub memang jenis tonyoh je sebab nak cepat siap. Karang duduk lama lama dalam bilik air ade lah suara menangis dekat luar, ketuk pintu lah, gaduh lah ape la. Huhuhuh
Best skrub dr brand ni. Ayu dulu pernah guna juga. Muka mmg akan jadi lebih licin dan menarik
Nad memng jarang scrub muka sebab muka sensitif, ada jeraat..Takut makin melarat..sellau pakai mask je..best juga tengok scrub muka ni, sebab boleh buang kekotoran. scrub badan pun dah best apatah lagi muka kan..ehhee
Bagus Kak Nina Kongsikan.. Cara penjagaan muka ni, Nanti bolehlah Bonde cuba juga.. Serbuk tea/kopi tu selalu dibuang jer. Banyak faedah rupanya, lps ni nak guna senang tak payang buang.
Ye betul tu. Sebabtu tak,guna kita pakai basic sahaja tapi kulit mati tak buang. Tak ramai yang sedar kepentingan scrub ni.. scrub ni sgt membantu buang kulit mati n muka lagi fresh.. berseri2 kulit nina. Cantikk.
Rawlins pakai Marine Essence Scrub dari Hai O sebab tu je yang sesuai dengan kulit Rawlins nan mengada dan mudah manja nie hahaha. Dedulu pun rajin tonyoh pakai hampas tea.
BBL memang seminggu sekali wajib skrub muka baru rasa berseri sikit muka. lagi-lagi lelaki memang terdedah habuk, matahari, peluh. kadang rasa macam lega dapat tonyoh manja muka ala spa gituh..
I love to use their scrub also, my skin feels very smooth every time i use them and its not drying also.
I really like your article and the explanation both are great Thanks for the info
Beauty is not about having a perfect face, but about having a good heart and a beautiful mind. When you accept yourself as you are, that’s when your beauty starts to shine.