KRIM MALAM TERBAIK USIA 40 UNTUK KULIT KERING . Kita biasa dengar, waktu tido antara waktu rehat untuk badan, emosi dan kulit kita. Kulit anggota paling besar pada tubuh badan kita. Kena laaa lebih dititikberatkan kann…
Dah usia 40 series ni lagi laaa penting krim malam
Bagi Nina pemakaian skincare yang sesuai waktu malam sangat penting. Sebab masa kita tido laa krim yang sesuai akan membantu mengembalikan kelembapan kulit. Tambahan bila dan umur 4 series ni, lagi laaa penting pakai pelembab supaya melambatkan kedutan dan pigmentasi terjadi.
Kelembapan ekstra ni penting waktu malam sebab ia berfungsi untuk ‘‘ultra-hydrating’ dan ‘deep nourishing’. Ia membantu memberikan kelembapan kulit yang telah hilang secara semulajadi dan mendorong pemulihan kulit secara optimal.
Kenapa penting pakai krim malam?
Huishhh… Giler tak penting, sebab tatkala kita tido waktu malam lah kulit akan berehat dan bahan aktif dalam krim malam mudah untuk meresap masuk ke dalam lapisan kulit.
Krim malam biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu krim malam sebagai anti penuaan dan krim malam untuk memberi kelembapan pada kulit.
KRIM MALAM TERBAIK USIA 40 UNTUK KULIT KERING
Apa skin routine Nina waktu malam
Alahai… Nina ni simple jer orangnya. Dengan 5 bala tentera ai busy you! So Nina pakai pun asal done aje. Hehe… Maksudnya style Nina idok lerr sampai 7 step layer gitu.
Wajib cuci muka sebelum tido
Tapi Nina wajibkan diri tuk cuci muka sebelum tido. Kadang tu culas gak. Huhuu… Kalau tertido nanti anak sulung Nina – kakak Eillya akan kejutkan atau kalau mamanya over dose ngantuk, dia akan cucikan muka Nina. Haaa… Syiokkk kan? Selalu laaa mamanya pura-pura ngantuk! HAhaa..
Pakai apa cuci muka ?
Buat masa sekarang Nina masih pakai pencuci muka Cetaphil. Nina dah pernah share story pengalaman tajuk Review Cetaphil Pencuci Muka Gentle Cleanser. Alhamdulillah serasi dengan kulit muka Nina. Senang sangat pakai Pencuci Muka Cetaphil ni. Macam Nina bilang tadi, kot ngantuk sangat, Eillya pun boleh cucikan. Boleh cuci tanpa air. Pas tonyoh kat muka, lap aje ngan kain atau tisu bersih. Settel!
Krim malam / night cream
Okey… Ramai sedia maklum, Nina bukan have have so skincare Nina pun orang biashe biashe pun mampu beli. Lagi jimat beli time sale.
Loreal Micronized Centella Essence Water
Pas cuci muka, memula Nina akan dap dap muka dengan Loreal Revitalift Essense Water. Nina mula kenal Essense Water ni pas dapat sample trial dari HomeTesterClub. Pastu macam sesuai jer so continue pakai sampai dah botol ke 3 ni kot.
Suka pakai ni sebab lepas dap dap, kulit muka ni lembab lembut jer… Pastu longlasting kelembapan nya. Nampak laaa liang roma pori-pori lebih halus, kulit muka ni lebih anjal, toing toinggg gitu..
Kiranya ini laaa skincare produk anti aging Nina sebab ada ayat Revitalift kat botolnya. Hehe… Kot salah fakta ni habih laaa beauty blogger sakan gelakkan kita.
Harga : beli masa sale RM55+-
Hurmmm…. Tapi Nina ramai jugak kawan Nina dah cuba Bio Essence Rose Gold Water , depa kata bagus!. Nina pun macam dah terracun nak cuba jugak kot pasni. Tunggu Loreal ni habis dulu laa
Cosmoderm Vitamin E Cream 3000 i.u
Mmm… Nina ngan Cosmoderm payah nak dipisahkan. NIna suka kesemua produk Cosmoderm. Banyak faktor yang memainkan peranan, dari kualiti hingga laaa harga nya yang amat berpatutan.
Okey, Vitamin E Cream ni dah lama Nina pakai. Bertahun dah kot. Paling suka sebab ianya berkesan Rawat sunburn. Cosmoderm Vitamin E ini membantu memperbaiki masalah kulit muka sunburn . Sesuai untuk Nina sekeluarga. So continue pakai dan jadikan Vitamin E Cream ni sebagai night cream Nina.
Ia cepat meresap, tak de bau wangian yang terlalu kuat. Nina tak gemar skincare yang wangi sangat. Entah… Tak tau kenapa, ada satu perasaan macam takut nak pakai. Bagi Nina nak wangi baik pakai fragrance aje. Tapi tak kan nak sapu fragrance kat muka lak kannn?
Paling suka produk Cosmoderm sebab produk dia NO Paraben, SLS / SLES dan halal lagi selamat digunakan.
Harga beli masa sale : RM22+-
Himalaya Olive Extra Nourishing Cream
Ini pun antara krim yang Nina pakai waktu malam. Sukakan extra nourishing kelembapan berganda yang ada dalam krim Himalaya ni. Kadang tu kalau yang extra ni habis, yang botol hijau muda tu pun ok. Anak-anak pun serasi dengan produk Himalaya ni. Kot ada rashes ke, sapu jer besok tengok Alhamdulillah dah reda.
Harga : beli masa sale RM18+-
My wishlist skincare
Buat masa ni, hanya ini aje routine skincare malam Nina. Sangat simple kannn? Cuma ada beberapa produk Nina dah usha dan listkan as wishlist. Nina nak try tambah step serum (masih cari yang sesuai) , eye cream dan sleeping mask.
Hurmmm… Opkos laaa tak nak yang mahal dan yang penting ianya bersesuaian dengan kulit muka Nina. Oh ya! Lagi penting NO NO NO bahan terlarang. Kita tak mo putih putih melepak bak kertas A4, kita nak kulit sihat jer..
So pemilihan dan pemakaian krim malam yang terbaik penting bagi memastikan kulit muka kita kekal sihat bermaya berseri-seri. Buat masa ini, produk ini lah yang Nina pakai. Maybe esok esok kot laa Nina ada cuba produk lain nanti Nina share lagi ehh.. Maklumlah perempuan ni unik. Suka nau cuba memacam produk, pantang nampak ayat sale pastu godaan syaitonirrojimm mula keluar tanduknya. Kannn? HAhaa..
Selain Krim Malam, waktu siang pun kena pakai krim muka jugak. Paling penting WAJIB pakai sunscreen. Nina dah pernah share dah sunscreen kegemaran Nina. Buat masa ni dah bertiub tiub dah Nina pakai sunscreen ni sebab murah dan … Panjang lak citer nanti. So pepandai laa korang baca REVIEW SUNSCREEN MUKA PALING BAGUS BEST TERBAIK MURAH by NinaMirza
Ketahui tips cara scrub muka yang betul supaya manfaat produk lain yang korang pakai akan lebih efektif. Contohnya serum ke essense ke atau moisturizer akan benar-benar meresap.
Korang lak pakai skincare apa waktu malam? Meh laa share
Ker tak pakai apa-apa pun…
Kita suka baca perkongsian Nina.
Ooo nina guna loreal ya. Saya baru plan nak cuba. Suka tengok skin nina.
cantik kaknina.Berkenan.gak vita E tu..
erm.masih lagi tak rajin nak guna cream malam. tapi bila tengok kulit wajah nina yang flawless, nak ikutla tips nina share ni
yeah skincare important for us, also to our kids too. So is nice to know you find the suitable for your kid and yourself too. I like cetaphil too suitable for my skin, my sis in law too using this ! Still need time to check which skin care suitable for my teen son 😀
Hai sherry…
For my teen, i bagi my daughter use Cosmoderm TTO cleanser yang hijau tu. So far serasi..!! Lagi pun Cosmoderm produk No Paraben, Sls also sle.
Wah ketara betul kesan Vitamin E Cosmoderm tu! Apapun zaman sekarang, tak kira lelaki atau perempuan penjagaan muka bukan setakat untuk nampak cantik, tapi yang lagi penting sebab faktor kesihatan kan? Tambah-tambah dengan cuaca tak menentu, mudah je penyakit atau jangkitan boleh hinggap. Rutin saya pun simple – basuh muka waktu bangun dan sebelum tidur tu wajib. Hihi
Good sharing ni!
Aah… Memang tak sangka Vit E Cosmoderm efektif for sunburn. For Men, basic skincare pun wajib. Yang penting bersihkan before tido
Vitamin E Cosmoderm dengan Himalaya Olive Extra Nourishing Cream tu macam tertarik je TB nak try.. Yang penting no Paraben, no SLS .. kulit TB ni sensitif sikit..
TB, yup… Sekarang Nina pun more prihatin titikberatkan pasal good produk yang takde Paraben sle sls.
Himalaya tu ada nourishing cream yang mild. Kekadang nina pun pakai yang tu jer. .. Best jugak
Penggunaan krim pada kulit memang sangat penting sebab untuk mengelakkan kekeringan. Kulit ni makai. berumur makin perlu lebih penjagaan terutama kaki. Nmpk mcm best produk tu. Nk try juga rasa. hehehe
Erm.. Hat cream dari cosmoderm tu ada jugak. Tapi tu la. Kadang malam tak pakai apa apa pun muka ni. Ni pun dok rasa kulit muka dah kering je. Erm.. Kena start balik jaga ni. Kalau rosak muka, sygnya..
Dulu masa stadi memang pakai full range Loreal Revitalift, dekat 5 tahun juga pakai Loreal product. Bila diperkenal kan produk timbang, cuba jugak then merana kejap. Sekarang dok pakai yg mur-mur je lagi sesuai dgn muka. Lepas ni nak carilah krim malam. Memang tak rajin dah pakai n jaga muka. Huhu. Kita pon dah nak masuk episod 4 siri. Hehe.
Umur nina 4 siri pun nampak macam 2 siri je. muka nina memang awet muda ni.
Zul pernah pakai Cetaphill dan produk tu tak sesuai dengan kulit sensitive macam zul. Sedihh
kalau saya, saya pilih krim malam yang boleh beri kelembapan pada wajah dan membaiki sel kulit mati. time malam lah kita kena betul2 jaga muka sebab muka literally sedang berehat daripada segala benda. bila dah siang, muka banyak terdedah dengan kotoran dan debu.
Baca list nie, buat Rawlins nak cari gak new night time regime skin care nie. Tertarik dengan Cosmoderm & Revitalift tu. Next time nak shop kat Watsons la. Boleh tambah points sekali kan
Krjm malam memang oenting u tuk penjagaan kulit muka. Waktu malam lah kulit muka bertindak balas dengan krim Yang Kita pakai dan proses pembaharuan kukit berlaku kan. Nanti nak try krim malam Yang kak Nina share ni lah.
Bagus kak nina dah ada anak yang dah besar dan boleh cucikan muka mama dia.. syok yer. Huda amalkan waktu malam guna essence dan serum. bangun pagi muka fresh dan lembut jer. semoga murah rezeki kak nina dapat capai wishlist nak beli serum terbaik untuk muka. kalau dekat rumah kita nak jer pas, macam2 serum ada rumah huda ni,hehe…
Simple nya kak nina punya skincare. Nmpk kulit cantik je. Saya jarang nak ada proper skincare belah malam. Sbb ngantuk. Haha. Kak nina kulit jenis apa ya?
BBL rasa krim malam sangat penting nak recover balik kulit muka lepas expose dengan matahari tu. yang penting kena cuci muka biar bersih dulu baru sapu krim malam atau apa-apa krim. kan tak pasal besok bangun pagi tumbuh cik jer. eh..takut
Patut laa kulit muka nina cantik jer..murni ni kadang2 nak cuci muka pon culas..cuci muka masa mandi jer..lepas ni nak kena disiplin laa nak kena buat mcm nina juga
Wow. Vitamin E cream tu. Nampak macam sangat berkesan je. Iza tak pernah guna jenama cosmoderm. Nanti iza nak try cari jugak la.
Ramai yang ignore night routine, ye la sebab mostly pun penat mana ada masa nak layan muka. Tapi at the worst pun yana pastikan cuci muka dengan air kemudian spray mist banyak2 bagi lembap…sebab time tidur selalu kulit jadi kering.
Memang penting sebenarnya supaya kulit tak kering. Paling kurang kena tepek moisturizer sebelum tdo. Kte pun suka cosmoderm
I am glad that I am not a lady. LOL ;D I believe my wife applies all these as well….which I think can be quite a nuisance. Then again like they say no pain no gain. 🙂