Rawat sunburn Cosmoderm Vitamin E
“Oh no ..!! Mama camner ni? Eilhan dah tak hensem daaaa” . Siannya anak mama! Mengelupas tu sakit perit. Huhuuu…
Eh Ehh …!! Subhanallah .. .Dah kenapa muka Eilhan tuu? Mesti korang tertanya-tanya kan..
Ini lah sunburn tahap rentung – penangan masa pi Bangi Wonderland 2 minggu lepas. Sedih lagi sadis nengok keadaan muka dia. “Mama, A’ann dah tak hensem laaa…?” Sedeyy aje nada dia mengeluh sambil tengok cermin. Haishh … Budak 4 tahun sekarang pun pentingkan keterampilan. Kesian Eilhan.. Huhuu
Bukan dia sorang dah rentung macam mat Bangla tau, anak-anak Nina yang lain semua kena sunburn gini. Kakak abang dia pun sama, cuma yang besar tak rela tak sangup nak bergambar. Ok, mama hormati permintaan korang. Baik kannn Mama! Ok masuk lift tekan sendiri bluekkk..
Tak pakai sunblock / sunscreen inilah akibatnya – Sunburn teruk!
Ini lah hasilnya aktiviti outdoor tanpa pakai Sunscreen / sunblock! Huhuu
Bahaya Sinar UV . Sunburn terbakar kulit! Huhuu
Kulit muka mengelupas, menggerutu, kering bersisik, gatal-gatal
Sunburn kat muka Eilhan ni paling ketara kejadiannya hari ke-3 selepas balik dari Bangi Water ThemePark. Dalam gambar atas tuu hari ke-3 lepas puas berjemur dek panas mentari. Ini lah akibatnya tak pakai sun block sebelum aktiviti outdoor. Ok .. Sila marah Mama dia! Sudah nya kulit jadi menggerutu, kering bersisik, mengelupas, gatal-gatal. Kesian dia dok tergaru-garu terutama kawasan hidung.
Rawat sunburn Cosmoderm Vitamin E
Tak tahu nak sapu apa… Akhirnya cuba jer laa Cream Vit E Cosmoderm
Alahai… Stress gamaknya. Ambik gambar pun tak mo senyum.
Mama mana tak risau tengok ke hensem man , kekacakkan anaknya jatuh merundum. Dok risau kan muka Eilhan akan jadi semakin teruk , Nina cuba lah sapu Cream Vit E Cosmoderm kat muka Eilhan. Kita cuba sapu krim malam Mama ya..
Masa memula Nina sapukan Vit E Cosmoderm, Nina tak mengharapkan apa-apa perubahan ketara pun.. Bagi Nina cukup sekadar meredakan sunburn teruk kat muka Eilhan. Janji kulit muka dia tak semakin mengelupas, gatal dan kekeringan jadi lebih teruk. Itu aje…
Perghhh… Tak sangka! 3 hari sapu Cream Vit E Cosmoderm dah baik sunburn
Namun selepas 3 hari dok sapu ulang-ulang cream Vit E Cosmoderm, Nina terkejut…!! SubhanaAllah … Terkesima dengan perubahan kulit muka Eilhan pagi tu .. Seolah keajaiban berlaku depan mata.
Tadaaa…!! “Mama, Eilhan dah hensem kannn…??”
Amboi… Happy tak terkata dia bila dia tengok cermin lepas mandi pagi tu.. “Mama snap gambar Eilhan.. A’ann dah hensem ni. ..” Aduduhhh … Penuh semakPhone ni ngan gambar posing sakan dia. Orang tengah happy, biar kann dia layan kegembiraan dia. Masa muka penuh sunburn hari tu, nampak ketara dia tak mau pun tengok cermin mahupun ambik gambar. Budak kcik pun tau stress nengok muka sendiri masa sunburn.
Langsung Nina kongsikan berita gembira ni kat group blogger yang sama pegi Bangi Wonderland tempoh hari. Oooo … Rupanya anak-anak derang pun sunburn teruk. Ada yang semakin teruk mengelupas. Memasing dok kata, dah rupa mat bangla anak depa. Huhuu… kesiann…
Lepas Nina share, memasing pun dok sama nak cari Vit E Cosmoderm nak sapu kat muka anak-anak depa. Korang sapu dengan istiqomah (sila rajin sapu) InsyaAllah memang berkesan! Moga sunburn anak korang pun pun cepat sembuh. Aamiin…
Kat mana nak beli?
Senang jer… Samada korang boleh dapat kat farmasi terpilih atau lagi senang korang order online. Senang tak payah korang nak keluar rumah, bawak kereta, parking, pilih-pilih *pastu terbeli tah apa-apa yang tak penting gak* kannnn…??
Acecehh… tak yah tipu. Nina pun kalau dok dalam farmasi, 3 jam pun tak cukup masa! Macam-macam nak di beleknya. Haha.. Korang pun sama kannn..?? Nak senang korang beli online jer… lagipun kat Web Cosmoderm selalu gak ada promosi tau!
Kot korang rajin nak mentelaah lebih lanjut, korang pi kat www.cosmoderm.com.my atau facebook : www.facebook.com/Cosmoderm
Rawat sunburn Cosmoderm Vitamin E
Lega yang amat bila tengok sunburn hilang lepas pakai Cream Vitamin E Cosmoderm! Terima kasih Cosmoderm 🙂
Oh ya nak selit sikit , lepas ni jalan-jalan tu jangan lupa pakai sunscreen. Review sunscreen muka paling bagus best terbaik murah pilihan Nina. Dah pernah pakai dari mahal ke murah, harga B40, M40, T20 semua dah cuba. Paling best sunscreen WARDAH UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF 30 PA+++ ni laaa
ini mmg btul2 magik ni.. syukur ssuai
3 hari je? biar betul. powerrrr laaa produk cosmoderm
Vit E ni memang bagus utk baikkan kulit sunburn. Mas pakaikan kat anak² masa teruk kena sunburn kat Legend dulu, berkesan sangat
Wahhh handsome dah dia. Masa sunburn tu teruk betul tengok menggelupas cenggitu
Kesiannya burn teruk macam tu. Selamat ada cosmoderm. Guna jugak untuk parut, memang nampak pudar. Tapi sejenis yang suka skip, lambat sikit laa parut tu nak hilang betul2. Tapi cosmoderm mmg best, sebab muka jenis berminyak so prefer yang tea tree oil.. Recommended!
Wahhh cerah kulit anak akak…semakin cerah lawa kulit dia…terbaikkklahhh
Miracle ni… mcm jer baik yerr..
nak beli jugak lah.. menarik betul ni.. Kalo guna sebelum berjemur pon boleh kan?
Vitamin E has always been known for its positive influence on skin. But this product has exceeded all my expectations. This is just incredible! I am totally in love with this product! Great post, thank you very much for sharing!
serius best pakai product nii. sy pengguna cosmoderm gak tp pakai yg color hijau tuu. tp tak sgka la pulak yg ni sesuai utk sun burn. harus try ni heheee.