Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Paru Masak Kari Sedap Mudah
January 16, 2019March 5, 2024

RESEPI PARU MASAK KARI . Asyik Paru Masak Sambal je

Kari antara menu kegemaran Nina sekeluarga. Terutama sekali anak Nina no.2 Eilman. Jangan di tanya nak masak apa, semuapun akan dijawab masak Kari. Tak kisah laa ikan ke, daging ke, udang ke, ayam ke… Jangan tak tahu, Paru pun Nina dok follow Resepi Paru Masak Kari. HAhaa.. Semuapun bedal masak kari.

Isi Kandungan hide
1 Paru masak apa sedap?
2 RESEPI PARU MASAK KARI SEDAP MUDAH
3 Related posts:
4 Baby nangis tak henti. Apa nak buat? Apa Itu COLIC ??
5 Ayam Kicap Bersantan. .. Hitam itu menawan hati...
6 Melaka Oh Melaka...!! Interesting places in Melaka yang harus dikunjungi
7 Masak Apa Sedap Raya ke2? Dah bosan lauk Raya. Lauk Paling Mudah Simple, Gerenti licin!

Hurmm… Taste mamak sungguh dia! Agaknya penangan masa mengandungkan dia dulu Nina dok cuba masak Resepi Nasi Goreng Mamak kot, pastu suka nau pi makan kat mamak. HAhaa.. Mendapat laa

Kebetulan pulak Geng yang tak berapa nak makan nasi, so lauk Kari merupakan menu paling ringkas, cepat dan mudah disediakan. Kuah Kari nya buat cecah makan bersama roti. Anak-anak lak makan ngan nasi. Settel tugasan. All in one.

Masak kari ni selain sedap di masak Kari Ayam, Nina selalu je follow Resepi Kari Daging Simple, selain tu ikuti  Resepi paling mudah Telur Rebus Masak Kari … Kann…??

Paru masak apa sedap?

Paru lak biasanya di goreng pastu digaul ngan sambal. Sedapnya….!! Teringat Sambal Paru Mama Nina. Air tangan ibu memang paling Win. Kalau mak yang gorengkan telur mata pun sedapnya tak terucap ngan kata-kata.

Cara Tips naik kan HB darah rendah ibu mengandung Boleh cuba makan PARU! Sedap lagi berkhasiat.

Paru ni selain buat sambal meh try masak kari lak. Sedap oo… Sesapa yang mengandung ada masalah HB low tuu bagus makan paru. Try laaa… nanti naik laa HB tuu. Masa Nina mengandung dulu, dua tiga hari sebelum pegi check up, Nina akan makan paru banyak-banyak. Nanti ambik darah resultnya cantik jer.. hehe…

ok, jom tengok resepi Kari Paru Mudah dan Simple Nina.. Nak share resepi yang susah-susah, remeh-temeh memang tak laa… Lagi dalam pantang ni, kesibukan masa siang malam masih belum teratur. Nanti dah tenang Nina baking-baking lak ehh..

RESEPI KARI PARU MUDAH SIMPLE SEDAP

RESEPI PARU MASAK KARI SEDAP MUDAH

800gm – 1kg Paru – potong sederhana besar. Rebus dulu kemudian toskan dan potong kecil.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
1 inci Halia – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
4 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari kesukaan
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
1 batang carrot – potong ikut suka
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya

1. Bersihkan Paru dan potong sederhana besar. Rebus paru tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Paru dah empuk toskan pastu potong kepada potongan kecik. Air rebusan paru jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah Kari semula.
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih bersama sedikit daun kari sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan paru yang dah direbus tadi bersama air rebusan tadi. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang dan carrot yang telah dipotong tadi, masak hingga hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…

RESEPI PARU GORENG GARING CRISPY

Kalau korang lak suka Paru masak apa..?? meh share ngan Nina…
Atau korang boleh cuba Resepi Paru Goreng Garing Crispy .

Related posts:

Baby nangis tak henti. Apa nak buat? Apa Itu COLIC ??

Ayam Kicap Bersantan. .. Hitam itu menawan hati...

Melaka Oh Melaka...!! Interesting places in Melaka yang harus dikunjungi

Masak Apa Sedap Raya ke2? Dah bosan lauk Raya. Lauk Paling Mudah Simple, Gerenti licin!

Resepi Tips HB rendahIbu mengandungKariLauk PaukmengandungNaikkan paras HBparuParu Masak Apa Yang SedapResepiresepi mudahResepi Paru Masak Kariresipi ringkasSambal Parutips mengandung

Post navigation

Previous post
Next post

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes