Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 7, 2012February 14, 2016

Puff Puff Sausage Puff …

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Dan akhirnya ..... Kek Lapis Cheese Persona
3 REVIEW SUDIO T2 BEST EARBUDS | 15% DISCOUNT CODE
4 Terkini : Dashing Sport Hitman Dan Golden Boot
5 Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda 
Barangsiapa Dikurnia Allah kenikmatan hendaklah dia bertahmid (memuji) kepada ALLAH, 

 

dan barangsiapa merasa diperlambat rezekinya hendaklah dia beristighfar kepada Allah. Barangsiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan : “Laa haula wala Quwwata illa billahil aliyyil adhim.” (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan serta Allah Yang MahaTinggi lagi Maha Besar)” (HR .Baihaqi).


Semoga kita semua termasuk digolongan orang yang pendai mensyukuri nikmat yang diberikan Allah kepada kita.. Amin…


Syukur Alhamdulillah… Dugaan yang silih berganti buat Nina dibulan Ramadhan yang mulia ini banyak menyedarkan Nina bahawa diluar sana lebih ramai lagi insan yang lebih susah hidupnya. Syukur Nina dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa memahami dan terbaik disisi Nina selalu. Betapa beruntungnya Nina rasakan kerana tiap cabaran/dugaan untuk Nina   dipermudahkan oleh DIA….Setiap dugaan yang terjadi tentunya memberi sejuta rahmat dan juga hikmah buat Nina. 

Baru-baru ini, Nina mengalami kemalangan kereta dan syukur Nina dan anak-anak selamat hanya kereta Nina sahaja terpaksa masuk wad untuk beberapa hari.  Susah juga  dibuatnya bila kereta Nina tak der untuk ke hulu dan ke hilir… Terpaksa lah Nina memerap sahaja dirumah untuk beberapa hari.. Aduyai~~ kebosanan dan kebuntuan melanda!
Maklumlah, setiap hari Nina akan keluar jemput Eilman balik sekolah then mostly Nina akan singgah Hypermarket/kedai untuk membeli keperluan harian.  Bila kereta Nina tak ada depan mata, kena lah masak mengikut apa yang ada dalam peti ais sahaja….
Kalau tidak tuuu, apa yang teragak nak masak tapi tak cukup bahan, berdesuppp ajer dah keluar cari bahan….

Tak lama lepas tu pula, lappy Nina pula buat hal…. Setelah dicheck oleh adik ipar Nina ‘Aman’, katanya hard disk yang rosak dan kena ganti baru!!
Haishh~~ lemah rasa seluruh badan nie… sambil bernyanyi  dalam hati : : : kosong.. kosong …. (ala-ala lagu Najwa Latif) hehehe . . ..
Tetiba…… Hubby Nina kata ‘Aman’  dan isterinya ‘Chah’ bagi pinjam salah satu lappy mereka…  (sementara sehingga Hubby Nina beli bahan repair untuk lappy kami yang rosak tuuu)
Yaabedabeduuu …!!!! Syukur Alhamdulillah …..  
Tanpa u all, betapa payahnya nanti perjalanan kak Nina nanti… Million Billion thanks to u all.. Saayanggg Aman dan Chah banyak banyakkkkk !! 

Eh Ehh …. Nina bercerita panjang pula hari nie… (sekali sekala) Heehe…
Ok laaa….. jom citer pasal menu pula. Ini antara menu 2Fast 2Furious yang paling Nina suka sebab cepat, mudah dan anak-anak pun suka sangat… gerenti licin! hehee . ..

Selalunya apabila keadaan terdesak (tak der kete nak keluar cari bahan lain) hehee….
ditambah pula dengan masa tak cukup (tambah-tambah dah nak dekat time berbuka puasa) ini ajer lah menu sampingan yang akan Nina sediakan. Nak nak pula, makan time panas-panas, memang lagi Uummphh..!!! Rangupp~~


Jom kita tengok resepi yang simple lagi cepat nie …

Frankfuter / Sausage Puff

Bahan-bahan
1 pack ‘puff pastry’ jenama KAWAN (1 pack ada 10 keping bersaiz 4×4 inci)
10 SausageFrankfuter Ayam  : : : Nina pilih  jenama Ramly
1 biji kuning telur – untuk disapu di atas puff
 
Cara-cara
  • Puff pastry di nyah bekukan dari freezer dalam 10-15 minit hingga sedikit lembut. 
  • Panaskan oven pada suhu 180-200c
  • Ambik sekeping pastry lalu digulungkan bersama frankfuter
  • Dikelar-kelar sedikit dibahagian atas
  • Disapu kuning telur diatas puff
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga masak warna kuning keemasan. 
  • Sejukkan atas jaringan
  • Sedia dihidangkan bersama cili sos dan mayonnaise. 


Selamat mencuba !!

 

 

Related posts:

Dan akhirnya ..... Kek Lapis Cheese Persona

REVIEW SUDIO T2 BEST EARBUDS | 15% DISCOUNT CODE

Terkini : Dashing Sport Hitman Dan Golden Boot

Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu

Lifestyle Resepi kudap kudapanMenu anak-anak susah makan nasimenu minum petangPastryPuffResepiresepi mudahresipiSausage PuffWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. adda syuhada says:
    August 7, 2012 at 8:42 pm

    kalau dpt seketui pun ok gk nih…nmpak sedap..

    Reply
  2. FARAH deeb says:
    August 8, 2012 at 10:03 am

    senangnya bahan diakan? Nanti boleh cube! Apepun sabarlah ye dengan dugaan yang datang. Semua tu ujian untuk menguatkan keimanan je 🙂 Chill!
    My latest Entry 🙂
    JJCM: Day 18 Ramadhan 1433

    Reply
  3. Rohah says:
    August 9, 2012 at 12:55 am

    sedap sangat ni Nina..tak terkata..

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    August 9, 2012 at 1:39 am

    Adda Syuhada ….

    sila lah ambil kat atas tuuu… DUA Nina bagi
    hehee . . .

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    August 9, 2012 at 2:28 am

    FARAH,
    Sememangnya senang bahan2 yang diperlukan dan juga mudah cara penyediaanya.
    nanti jangan lupa cuba yea~
    Terima kasih banyak Farah, Insya'Allah Nina akan sentiasa kuat untuk menghadapi semuanya… 😉

    Reply
  6. Nina Mirza says:
    August 9, 2012 at 2:34 am

    Kak Rohah..
    yea kak, sedapp makan panas-panas!
    jangan lah tak terkata, kata laaaa.. kata laaaa…
    eehhehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes