Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 3, 2012January 11, 2016

Kaswi Citrawarna

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang …


Belajar lah untuk memaafkan orang lain jangan tangguh-tangguh untuk memaafkan.. 

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~
3 Antara yang sempat Nina snap buat kenangan....
4 Popia Ayam + Mix Vege. Buat sendiri puas makan....
5 Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!
Walaupun orang itu sering menyakiti kita atau menganiayai kita kerana bila kita memaafkan orang itu, hati kita akan tenang, rezeki mudah masuk, malah dapat pahala berganda dan yang penting Allah memberkati hidup kita..kerana Allah SWT sahaja  yang boleh menghukum org yg buat aniaya tu…. Dato Fazilah Kamsah

Cuaca yang mendung kat luar semendung hati Nina. Semangat untuk  berblog  –  berkongsi ilmu yang sedikit cuma ada,  tetiba merundum. Puas rasa hati ini nak meningkatkan semula semangat yang ada. Dimana kah semangat ini pergi >>>>??

Kekadang tu memang rumit nak menerangkan disetiap entry bahawa Nina TIDAK BERNIAT  sama sekali nak  ‘eksen’ apatah lagi menunjuk atau bangga diri  dengan apa jua menu yang Nina sajikan untuk keluarga Nina. Silalah fahami tujuan Nina atau dalam erti kata lain NIAT untuk BERKONGSI  RESEPI BUKAN MENU.. …

Hhrrmm …. tak mengapa lah, Nina tahu “Rambut sama hitam, hati lain-lain” 
May be, niat Nina disalah ertikan. Insya’Allah, Nina akan terus berfikiran kehadapan dan terus berfikiran positif untuk memperbaiki diri. Dengan cara ini juga, Nina akan terus maju dan berilmu kerana Nina sedar terlalu banyak lagi benda yang Nina perlu pelajari lagi. Kita belajar sama-sama lah yea ….. 

Oklah, tak mau laaaa ngomel panjang-panjang. Jom tengok resepi kaswi citrawarna nie. Time berbuka puasa, anak-anak sibuk dok pilih colour pilihan hati mereka. Hehehe . . .
Actually, Nina dah pernah buat baru-baru nie, Kaswi Pandan Lemak (tengok SINI) cuma kali nie Nina tambahkan adunan kepada beberapa warna pilihan. Itu ajerr …..

Kaswi Citrawarna 
Resepi asal : MyResepi Kak Besah
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan  (Nina letak 1 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh Air kapur sirih
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau, biru, pink & kuning telur.

Cara membuatnya :
1-  Mula-mula, panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunanya tidak mengambil masa yang lama.
2-  Kesemuanya bahan adunan dicampur dan dikacau rata sehingga tidak bergentel.
3-  Kemudian adunan tersebut ditapis

4-  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam mangkuk dan titikkan pewarna yang berbeza untuk setiap bahagian. Nina buat 4mangkuk/ 4warna
5-  Tuangkan adunan warna yang pertama 
ke dalam bekas-bekas kecik yang telah disapu sedikit minyak. 
6-  Ikuti langkah (4) untuk adunan warna yang lain. Buat sehingga kesemua warna habis.
7-  Kukus selama 15-20 minit. Penutup pengukus dibalut kain agar air kukusan tidak terkena kaswi.
8-  Bila kaswi dah sejuk, boleh la dikeluarkan dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 


Note : Kelapa parut Nina kukuskan sebentar supaya lebih tahan lama dan lebih rasa lemaknya.

Selamat mencuba !!







Related posts:

Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~

Antara yang sempat Nina snap buat kenangan....

Popia Ayam + Mix Vege. Buat sendiri puas makan....

Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri... RM500 menanti anda setiap minggu!

Lifestyle Kuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. zila norazila says:
    August 3, 2012 at 3:50 pm

    color2 lg..wahh nampak sedapp tue nina:)

    Reply
  2. Anonymous says:
    August 7, 2012 at 1:02 pm

    chantek… sabr la nina.. iye kite kna pndng ke hdpan.. saya pula suka tgk blog nina, sbb resepi yg mnarik seng dn mudah… dan ssiape pnye blog resepi… bagi saya bkongsi resepi x salah… ignore je..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes