Doa Ramadan: Hari Kedua Belas
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.” Amin…
Hampir 2 minggu kita berpuasa. Betapa pantas masa berlalu jangan lah dibiarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik yang ada haruslah dimanfaatkan dengan segala kebaikkan dalam diri dan jauhilah segala keburukkan dan kemungkaran.
Setiap insan telah tertulis oleh DIA dengan liku-liku corak perjalanan hidup mereka yang tersendiri. Semuanya ada ceritera yang tersendiri dan penuh dengan kenangan terindah masing-masing. Namun pastinya setiap insan itu pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. Ianya datang dari kealpaan kita sendiri. Tiada insan didunia ini sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Dengan kesilapan lah kita belajar erti kehidupan.
Sepuluh jari ini memohon sejuta kemaafan andai ada salah dan silap Nina antara kita sepanjang persahabatan kita. Moga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat semua. Amin….
Semua sedia maklum bahawa Char Kuey Teow antara menu kegemaran ramai. Ada berbagai-bagai versi. Semuanya ikut selera masing-masing. Tapi Nina nak share resepi Kuey Teow Goreng biasa ala Nina ajerr ….
Mostly bahan-bahan rencahnya sama. Cuma Kuey teow Nina tak cukup basah dan berkuah macam Char kuey teow.. Maklum lah kan, bulan puasa nie semuanya nak pantas dan segera. Ala-ala main masak-masak, campak-campak, goreng-goreng, kacau-kacau. Dah siap, makan! Tak per lah kannn ….. janji sedappp! Hehhee ….
Kuey Teow Goreng versi Nina
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1/4 cawan udang kering
1 cawan kerang – direbus dahulu
2 cawan udang sederhana size – dibuang kulit
1 1/2 cawan taugeh
Fish cake – hiris nipis
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air panas
Daun kuchai – dipotong-potong 2inch
Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng udang sekejap lalu ketepikan
- Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
- Masukkan telur, pecah-pecahkan telur menjadi ketulan-ketulan kecil
- Masukkan sambal tumis bersama bahan sos masak hingga mendidih
- Masukkan sambal tumis bersama bahan sos serta fish cake, air panas dan kuey teow. Dengan menggunakan api besar – kacau rata
- Taburkan taugeh, kerang yang dah direbus dan juga udang yang dah diketepikan tadi. Kacau ala kadar ajer ….
- Tutup api dan sedia dihidangkan ….
Jemput makan …… eh eh! Puasa kan? Tunggu masuk waktu berbuka nanti ehh…..
hehehe . . . Kuey Teow Goreng Menu Simple Mudah Cepat
slmt berkenalan. sedap ni … mmg favourite kak ina ni. kak ina dah join blog Nina, silalah join balik terima kasih. dairisally.blogspot.com
Sedapnya…. febret ni.. tmbh2 ada kerang… perghhh… nak buat la time berbuka nnt… =)
Hai Sally,
Salam Perkenalan juga dari Nina 🙂
Nina dah follow uu~~~
Wanie Daud..
sama lah FAV kita 😉
a'ahh …. letak kerang banyak-banyak!
hehee
Tak perlu letak garam ek?
Rain Aziz,
terpulang pada citarasa masing-masing
Jika perlu letak lah sikit>>>.
kalau ikut tekak Nina dah tak perlu cuz sos tiram dan kicap lemak manis dah cukup rasa 🙂