Resepi Kek Pisang Gebu Moist… Sememangnya moist. Amboi tajuk! HAhaa.. Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Begitu lah sinonimnya pisang emas dan pepatah lama ni…
Pisang antara buah tempatan yang selalu Nina beli. Anak-anak Nina semuanya hantu pisang. Kalau beli seikat sekejapan dah licin. Tak tau lah kalau setandan! Hahaha…. Haishh… anak-sapa lah ni
Selalunya Nina akan asingkan beberapa biji untuk dibuat cake atau muffin. Baru-baru ni Nina buat Resepi kek pisang gebu moist sedap versi cupcake muffin Pisang Nina letak coffee chips dan almond nibs. Anak-anak memang laju laaa perabihkannya. Namun rupanya MyGang lagi suka kek pisang yang asli tanpa apa-apa tambahan lain kat dalam mahupun atasnya. Ok.. taste orang tua rupanya! Oopsss…>!!! Bababb jari ni! Original taste 😉
Kali ni Nina buat lagi kek Pisang original mengikut piawaian MyGang plak! Tak letak apa-apa pun kat dalam mahupun kat atas sebagai hiasan. Plain sangat. Alhamdulillah… senyap jer makan tuu. Yeayy … Lulus dengan cemerlang! Hehehe . . . Anak-anak biasalah, memang laju jer. Semua pun depa belasah. Dah bikin 2 adunan pun macam tak cukup gamaknya. Nak tahu?? Nina siap sorok-sorok simpan dalam fridge buat makan esoknya. Kalau tak sorok, hari yang sama gak semua pun licin. hehee . . . .
KEK PISANG GEBU MOIST
Setakat ni, Resepi Kek Pisang Gebu Moist ni sememangnya moist. Nina suka resepi ni sebab menggunakan sukatan cawan. Mudah sangat. Kadang tuu leceh malas nak timbang-timbang bagai. Asal yang mudah , ringkas Nina akan gunapakai resepi ni selalu. Yang penting kek nya menjadi dan sedap!. Tak payah bersesak bagai kat dapur. Kadang tuu resepi timbang-timbang, kot boleh Nina tukar ke cawan pun Nina terus alihkan nota resepi ke cawan. Senang gitu…. Setuju tak?
Dah dahh …. nak santap ni ngadap kek pisang gebu moist kita.. Tata . . .
sedapnya kak nina..tolong la post ke dayah sikit T_T
Samalah kita… anak2 saya pun hantu.pisang juga.. terutamanya pisang berangan.. 😉
kak nina, bila nk open house ni. sedap2 nya masak…aihhh sorry lupa akak preggy. nnt lepas bersalin masak utk kami yer.
Sedap betul kek pisang asli kak nina bakar ni…memang senyap la diorg makan sedap hehe…