As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Nina dan family antara penggemar tegar makanan berasaskan seafood. Asal ada tempat yang orang canang dok cakap sedap akan kami terjah. Usahkan ke Muara di Perlabuhan Klang, Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor, malah ke Muara, Sg. Duyong Melaka pun kami redah. Sanggup ooo… book hotel tido semalam kat Melaka semata-mata malamnya nak pekena seafood kat Muara, Sg.Duyong. Makan Seafood Best Selayang | CHIEF IKAN BAKAR
Kali ni kami tak pegi jauh ….. dekat aje. Kat mana? Ahaa . . . Restoran Chief Ikan Bakar yang terletak di Selayang. Perjalanan sekitar 15 minit aje dari rumah Nina (Batu Caves). Menuju arah ke Ulu Yam, selepas Kolam Renang MPS atau Dewan Beringin Selayang dalam 50m toleh ke kanan, dah sampai. .. Tak susah pun nak cari. Singboard yang cukup gah ini menarik perhatian Nina.
Ok, usai masuk ke Restoran Chief Ikan Bakar ni, mata Nina tertumpu terus ke ruang dalaman restoran yang santai tapi cukup kemas. Ruang makan yang amat sesuai untuk makan berkeluarga. Walaupun susun aturnya ringkas namun kekemasan restoran membuat kita rasa selesa. Staff mereka juga ramah-tamah.
Kat sini juga boleh pilih-pilih ikan segar mengikut citarasa. Pelbagai jenis ikan, sotong, seafood lain yang segar ada! Pilih aje ikut size perut korang. #ehh ….. Babab jari perut lak, size pilihan dihati. Hahaa . . . . Harga jelas dinyatakan dan berpatutan. Bagus gini… idok ler nanti seriau kannnn
Setelah di intai, di risik akhirnya kata sepakat yang telah di persetujui chewahh …. inilah antara menu utama yang kami order. malu nak tunjuk semua hehee …. Service pun cepat tau! Tak perlu menunggu hingga berjanggut lamanya. Sekitar 20minit lepas order, makanan pun sampai. Bagus!
Ok, so far Restoran Chief Ikan Bakar lulus dengan cemerlang..!! Kalau ikut selera tekak Nina sekeluarga semuanya sedap dan menepati selera kami. Aunty Uncle Nina yang cadangkan makan kat sini. Mereka dah berkali-kali datang sini rupanya…. Jutaan Terima Kasih banyak yaaa Mak Anjang sekeluarga. Muahh!!
Parking pun senang kat sini. Park aje depan restoran dan sepanjang jalan ni pun boleh.. Pepandai korang susun atur kereta ya.. Tak kena bayar pun.
Waktu perniagaan bermula jam 5petang hingga 2pagi. Kalau datang waktu makan malam aka waktu kemuncak sekitar jam 8-9malam memang penuh restoran ni…
Walaupun sedap tuu sesuatu yang subjektif namun perkara yang baik sewajarnya di war-warkan. Bukan apa, nanti ada plak selera taste ala Chef kat obersi tuuu kot serba serbi, itu ini tak kena janganlah kecam saya yaaa… Ini base dari pengalaman Nina. **peace no war**
So pasni buat yang dok area seangkatan Nina ( Gombak, Selayang, Batu Caves, Kepong) tak payah dah pegi jauh-jauh… Dekat sini pun ada seafood yang best! Restoran Chief Ikan Bakar Selayang terbaik!
Nanti kami mai lagi naaa . . . . .
Sedapnya ikan tu nina..lapar terus rasa..
serius nampak sedap
hai kak nina…hihihi…lama tak singgah sini kakk….comella kak nina dalam gambar …. makanan tu laagiii comelll…wahhh sedapnyeee
Bestnya boleh pilih sendiri ikan Fresh.. Tu yang menarik tu… 😉
sedapnya seafood fresh²..
nanti kalau pi sana boleh cuba makan kat sini!
Makanan kat sini memang best! Recommended 🙂
Bos dia pun baik.
Dah lama tak makan kat sini. Nak kena repeat lagi ni! 🙂
sedapnyalahai……nanti ada masa nak jugak pergi cuba …..lagi2 sotong tu…..geramnyaaaaa
sedapnya..suka seafood ni
sedapnya kak…ades..terliuq ni he hehe
Terus terliur….nampak sedap…x jauh dari Kepong kan kak Nina…
celah mana tempat ni? tak jumpa pun…
Alamat : Lot 4706C Kampung Sungai Tau Selayang
Melalui arah ke Ulu Yam, dari Dewan Beringin atau Kolam Renang MPS, SekMen, Klinik Kesihatan Sg Tua – terus lagi dalam 30km,
Pandang kanan akan nampak signboard besar Chief Ikan Bakar
Waktu malam sangat jelas terang signboard.
Semoga jumpa tempat yg di tuju
PAKAR CCTV GOMBAK
KEDAI CCTV GOMBAK
#CCTVGOMBAK
#CCTVSELAYANG
#CCTVBATUCAVES
http://WWW.FZHTECHNOLOGY.COM.MY
0179187797 / 01127311203