Nama diberi asalnya Heavenly Milo Oreo Pudding. Serius tak sangka lepas Nina share gambar yang Nina buat semalam, berdesup ramai yang share. Viral! Allahuakhbar.. Gembira bila dapat kongsikan resepi yang mudah sedap bersama-sama. Nina adjust sikit nama nya so inilah Resepi Milo Oreo Jelly. Rasa tetap sama, cumanya heaven untuk syurga terlalu indah digambarkan..
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerna telah selamat menyempurnakan puasa pada hari yang pertama semalam. Pasti ada yang ke bazar Ramadhan semalam kann? Tentu bermacam-macam juadah yang menjadi pilihan hati. Jangan ikutkan nafsu makan, pastinya semua nak diterkamnya….. makan lah dengan penuh kesederhanaan.. Moga puasa kita dilimpahi keberkatan oleh NYA.. Insya’Allah..
Nina sekeluarga lebih gemar masak dirumah dan berbuka dirumah sahaja. Pesan hubby, seboleh-bolehnya tolong lah sediakan menu yang sangat simple dan sederhana. … Sebagai contoh dan panduan untuk anak-anak juga. Baik Bos !! hehhee
Semalam Nina sekeluarga berbuka di rumah family in law so Nina buatkan puding oreo dari ilham Along yang cantik manis untuk di bawa ke sana. Tang oreo tuu, Nina tak punya stok oreo yang inti putih so Nina guna ajer apa yang ada kat rumah. Nina cilok stok kegemaran hubby – Inti Ice-cream blueberry. Dan hasilnya >>>>> Aduhh Sedappp !!!
Jom tengok resepinya. Along dah izinkan Nina panjangkan resepi beliau kat teratak Nina yea..
Thanks million Along 🙂
Resepi Milo Oreo Jelly
Resepi asal: Along HomeKreation
Saiz: 8″ bulat
Bahan-bahan
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis (Nina guna oreo blueberry)
Cara-caranya
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Okies, sudah tentu menjelang Raya korang akan buat biskut Raya kann?
Ahaa..rekemen korang cuba : 10 jenis Resipi Biskut RAYA paling mudah sedap sukatan cawan korang wajib cuba! Senang aje, tak perlukan penimbang gram bagai pun.
Selamat mencuba …!! Dan SELAMAT BERPUASA ~~
nanti nak try lah resepi ni..heheh..
terima kasih share..=)
selamat berpuasa:)
Laskar Pelangi,
Sama-sama …. memang sedappp jelly nie. Selamat mencuba &
SELAMAT BERPUASA juga …
Cantiknya! Lawanya!…. ada lagi satu… sedapnya!!!!
Selamat berbuka puasa Nina…
Salam nina…wahhh ade dh jelly oreo kat dapur nina ye…sedap kan…:-)
Pasti family in low nina puji2 ni kan hehhehe…:-)
cantik menawan puding Nina..guaranty sedap ni..
Amie ..
Terima Kasih… memang tidak dinafikan kesedapannya..
Selamat berbuka & Selamat Berpuasa Amie 😉
Wa'salam Sury …
Yup .. memang sedapp!! Alhamdulillah semua pun suka 😉
hehehee . . . .
Kak Rohah …
a'ahhh …. pasti sedappp!! bak kata Upin Ipin – betul3x!!
hehehee
sangat cantik nina dan sudah semestinya sedap! nanti akak pun nak cuba jugak lah, dah tertarik dah ni.. nak kena gi beli oreo dulu
Cantik… dah jatuh hati masa Along buat hari tu tp bila tengok kat sini lg jatuh jiwa…hehehe nak kena buat ni…
As'salamualaikum Kak Ita …
Berbunga-bunga hati Nina pabila Kak Ita 'MyIdol' yang singgah kat teratak Nina. Lagi lah bunga mekar setaman bila kak Ita memuji jelly Nina cantik!!
Aduhhhh ….!!! Terasa di awag-awangan nie~~~~
Cepat-cepat kak beli oreo. Pastinya sentuhan kak Ita nanti lagi memukau!
Tak sabar nak tengok >>>>
Azian ….
Alamak ….!!! Jatuh jiwa?? Parah tuh >>>
memang nak kena buat segera lah jawabnya~~
Terima Kasih dan selamat mencuba yea…
cantik giler seh kejadian jelly nih… best nye
TQvm FnF …
yang lagi penting, rasa nya memang meletop ~~
sedap nmpk puding ni, akak je belum berkesempatan buat dan merasa..harus di cuba…