Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESIPI BISKUT RAYA PALING MUDAH SUKATAN CAWAN
April 26, 2021March 18, 2025

10 Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Kegemaran Ramai Wajib Cuba Buat Sendiri! Sukatan Cawan jer..

Tak lama jer lagi Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Di saat semua harga barang mahal ni tentu nya ramai cut cost bajet kannn? Ada ker yang baru-baru nak cuba buat Biskut Raya sendiri tapi tak reti? Risau takut tak jadi.. Tercari-cari Resipi Biskut Raya Paling Mudah Sedap Simple sukatan cawan yang korang tak perlu susah payah kena timbang gram kilometriko bagai. ? Saja je tak suka resipi yang senang confirm menjadi kannn?

Isi Kandungan hide
1 Resepi Biskut Raya Paling Mudah
2 10 jenis Resepi BISKUT RAYA Simple Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan
2.1 Almond Cluster Kayangan
2.2 Biskut Raya Paling Senang SedapGerman Cookies
2.3 Resipi Biskut Raya GERMAN COOKIES sukatan cawan
2.4 Resipi Biskut Raya ViralBiskut Milo Chakiss
2.4.1 Cara Buat Biskut Milo ChaKiss
2.5 Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Sedap gerenti jadi – wajib cuba buat !
2.6 Resipi Biskut Dahlia | Samperit Susu Sedap
2.7 10 jenis Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan
2.8 Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan
2.9 Resipi Cornflakes Madu Crispy Rangup by themirza.05
2.10 Crunchy Chocolate Chips Cookies ala Famous Amos sedap mudahBiskut Raya Coklat Chip Famous Amos
2.11 Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan
3 Biskut Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
3.1 Biskut Kelapa Badam
3.2 Biskut Florentine Paling Senang Gerenti Jadi
3.3 BISKUT ARAB Azlina Ina Gebu
3.4 Related posts:
4 Ayam Bakar Satay Nina Style. Sedapp seyhh...
5 Resipi Daging Black Pepper Simple Sedap Mudah
6 Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~
7 Pat pat suku lipat. Nahh .... Resipi Lepat Pisang Tanduk yang sedap lagi mudah gituu....

Okies, sejujurnya Nina pun tak gemar nak buat biskut Raya yang remeh leceh bagai dan gunakan banyak bahan. Nina suka buat biskut Raya yang simple senang-senang jer! Godek-godek, cubit doh buh atas dulang, bakar siap! Yang pasti tak perlu gunakan mixer. Tapi nak biskut raya yang sedap.. Eerrkk… Ada ke?

Resepi Biskut Raya Paling Mudah

Resipi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan Yang Popular Wajib Cuba buat sendiri

Ya awak, ramai sukakan Resipi Biskut Raya paling Mudah Senang sukatan cawan ni sebab tak payah timbang timbang. Resipi Nina kebanyakkannya gunakan sukatan cawan. Ada resepi Nina yang tak perlukan oven pun..

Resipi Biskut Raya paling mudah sedap jatuh kepada ALMOND CLUSTER KAYANGAN !
Bahannya hanya 3 bahan dan kaedahnya hanya double boil untuk cairkan coklat coin dan butter pastu masukkan almond , sudukan dalam paper cup, tunggu sat coklat mengeras dan dah boleh dihidangkan. Mudah sangat!

10 jenis Resepi BISKUT RAYA Simple Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan

Almond Cluster Kayangan

Bahan-bahan
1kg Beryls Milk Coin – coklat ni yang sedap
2 sudu besar  Pure Butter – selain butter ni kureng dah rasa dia.
2 kg Almond Strips atau Badam yang dicincang –  Bakar sampai agak-agak garing. Biasanya 160c / 30 minit. Atau sangai pun boleh

Cara buat Almond Cluster Kayangan
1.-  Kaedah double boiled coklat nya bersama butter. Kacau sampai coklat dan butter cair sebati.
2.-  Kemudian masukkan Almond Strips dalam adunan coklat yang dah cair tadi. Kacau rata
3.-  Sudukan dalam paper cup. Tunggu coklat mengeras pastu simpan susun dalam bekas kedap udara. Siap! Mudah kannn?

No 2 jatuh kepada GERMAN COOKIES
Bahan nya mudah, cara buatnya pun senang sangat. Tak perlu acuan bagai. Gentel bulat pastu tekan dengan garfu. Terus jadi bentuk bulat cantik gini.

Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies

Biskut Raya Paling Senang Sedap
German Cookies

Bahan-bahan
125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak, nak ikut style Che Mat sila letak)

Resipi Biskut Raya GERMAN COOKIES sukatan cawan

½ cawan butter
1 cawan tepung kentang
¾ cawan tepung halus /tepung gandum
¼ cawan gula ising
Secubit garam

Cara penyediannya
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2- Ambil sedikit adunan,  kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (Nina ikut Che Mat – tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara….

 

Biskut Milo ChaKiss Biskut Raya Viral Mudah Sedap

Resipi Biskut Raya Viral
Biskut Milo Chakiss

Resipi : Nina Mirza
Bahan-bahan¾ cawan gula castor
1 ¼ cawan butter
2 biji telur kuning
½ cawan Serbuk milo
½ cawan tepung jagung
2 tutup esen vanilla
3 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
Coklat Rice

Cara Buat Biskut Milo ChaKiss

1-.  Masukkan gula castor dan butter dalam bekas. Pukul pakai senduk jer untuk kacau rata sehingga gula dan butter sebati. Bekas besar senang nak pukul. Nanti  nampak butter jadi ringan smooth tapi tak terlalu kembang pun tak pe. Bukan nak buat kek.
2-.  Kemudian masukkan kuning telur. Kacau rata.
3-.  Lepas tu masukkan Serbuk milo, kacau rata. Masukkan tepung jagung. Kacau rata. Semua pakai senduk jer… Dah rata masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi
4-.  Kemudian masukkan tepung gandum. Masuk sikit demi sikit. Kacau rata sampai semunya sebati. Last tepung tu pakai tangan jer senang sebab nak jadikan doh.
5-.  Wrap plastik, simpan dalam fridge dalam 10 minit.
6-.  Keluarkan doh, canai dan tekapkan bentuk kesukaan. Kalau malas sangat, buat jer bulat-bulat pastu tekan ngan garfu ala Biskut German Cookies. Tapi nanti cam sama lak bentuk. Tak syok lak kannn
7-.  Sapukan putih telur dan susuli  tabur coklat rice atasnya.
8-.  Bakar pada suhu 160-170c selama 20 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven dan bentuk biskut korang. Kalau besar gabak lama laaa sikit proses pembakarannya.
9-.  Dah siap simpan dalam beas kedap udara. Sebaiknya sorok dalam gobok dulu sehingga 1 st day Raya. Bukan apa, kalau tak jenuh laaa korang macam Nina ni haaaa… Patploh juta kali dok buat jer habis.

 

 

 

Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Mudah Sedap Wajib Cuba Buat
Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Mudah Sedap Wajib Cuba Buat

Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Sedap gerenti jadi  – wajib cuba buat !

Resipi Biskut Dahlia | Samperit Susu Sedap

Bahan-bahan
500 gram buttercup
½ cawan susu pekat manis
6 sudu besar gula aising – di ayak dulu
1 sudu besar esen vanilla
2 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil pewarna kegemaran  (nak original tak payah buh pun)

Cara buat
1. Mula-mula satukan butter, susu pekat manis, gula aising, esen vanilla dan pewarna. Kacau sebati pakai senduk jer
2. Kemudian masukkan tepung jagung diikuti dengan tepung kastad. Uli bagi sebati.. Nanti adunan ni akan melekat-lekat siikit kat tangan. Tak pe..
3. Lepas tu masukkan tepung gandum sikit-demi sikit. Ikut arahan eh… Jangan lak buh semua tau! Uli doh sebati. Jangan keras sangat, jangan lembik sangat.
4. Pastu buh dalam piping, bentukkan ikut bunga idaman korang. Nak tinggi ke, nak mekar mewangi ke, ikut suka! Dah bentuk REHATKAN ADUNAN DALAM FRIDGE (bukan yang beku tau) 10 MINIT. Agak-agak dah keras  bunga tak jatuh pass laaa tu…
5. Masa rehatkan adunan, korang siap-siap laaa panaskan oven. Dalam 10 minit, suhu 170c.. Dah 10 minit, keluarkan adunan dalam fridge tadi dann bakar selama 20 minit. Dah siap simpan dalam bekas kedap udara. Pastu sorok dalam gobok. Nak Raya nanti baru hidangkan. Ok tipu  Hidang laaa bagi makan sekeluarga. Sedap bikin lagi…

10 jenis Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan

 

Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan

Resipi Cornflakes Madu Crispy Rangup by themirza.05

Bahan A
½ cawan mentega
¼ cawan gula – Nina pakai brown sugar
½ cawan susu pekat manis
¾ cawan madu

Bahan B
500 gm bijirin Cornflakes
1 cawan kismis
1 cawan kuaci / badam cincang – ikut suka nak letak ke tak

Hiasan
Cup kecik
Ceri merah hijau kalau nak atau bijan ker, manik² ker – nina tak letak, anak-anak tak suka.

Cara penyediaannya
1. Masukkan bahan A dalam kuali, panaskan, sehingga mentega gula cair. Setelah cair, tutup api. Tunggu kejap dalam 2 minit. Dah suam sikit.
2. Masukkan bahan B. Gaul rata kesemuanya. Sudukan dalam cup kecik.
3. Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit. Dah sejuk susun dalam bekas kedap udara.

Meh nina share cara Nina. Tiap orang ada cara memasing, ada yang tak payah bakar tapi Nina suka yang bakar sikit ni sebab lebih lama tahan kerangupan nya.
Senang jer kannnn?
Ini antara aktiviti cuti sekolah anak-anak Nina tiap kali menjelang Raya.

 

Crunchy Chocolate Chips Cookies ala Famous Amos sedap mudah
Biskut Raya Coklat Chip Famous Amos

Bahan-bahan
250 gm butter – suhu bilik
200gm gula perang – (dalam 3/4 cawan) Nina blend sikit. Tak blend pun ok. Cuma lama sikit pukul…
1/2 camca teh coffee oil (takde abaikan jer.. just untuk menaikkan aroma. Buh sikit memang wangi giler)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 cawan nestum – Nina guna nestum coklat
1/4 cawan badam – dipanggang dan dicincang kasar
1/2 cawan gajus + walnut – dipanggang dan dicincang kasar
1 cawan coklat chips
1 cawan white coklat chips – Nina suka-suka tambah
300 gm tepung gandum* – diayak
1/2 sudu teh baking powder* – diayak

Cara penyediannya
1.  Mula-mula….2jam sebelum baking, pukul telur bersama vanilla essen dan coffee oil hingga sebati.  Ketepikan. *** Nina tak tunggu sampai 2jam punn..
2.  Panaskan oven pada suhu 160C
3.  Dalam bekas lain yang agak besar, pukul butter dan gula perang hingga gebu, kemudian masukkan telur tadi dan pukul hingga rata.
4.  Masukkan tepung bersama baking powder sikit demi sedikit dan kemudian nestum, badam, gajus dan walnut. Putar hingga semua rata.
5.  Kemudian masukkan coklat chips dan white coklat chips kacau rata guna senduk.
6.  Cubitkan kurang lebih 1/2 camca besar adunan dan susun dalam dulang pembakar sehingga adunan habis
7.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 – 25 minit atau sehingga masak
8.  Sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara

Selamat mengcookies !

 

 

Resipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan

Biskut Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina

Bahan-bahannya
2 cawan Cornflakes – ramas sehingga pecah kasar
250g butter /pure butter / marjerin
1 cwn gula perang
1sb shortening
1 sb essen vanilla
1biji kuning telur
1/2 cawan serbuk badam (60g)
1sk baking soda
1/2 sk baking powder
1 cwn tepung jagung (110-120 g)
3 cwn tepung gandum (330g)
1/2 cawan minyak (100g)
1cwn badam nips

Caranya
1.- Masukkan butter, minyak, gula perang, shortening, essen vanilla dan kuning telur dalam bekas. Kacau sebati.
2.- Tambah serbuk badam, baking soda dan baking powder. Kacau rata.
3.- Masukkan tepung jagung. Kacau sebati.
4.- Masukkan 2 cawan tepung gandum dan 1 cawan Cornflakes.
5.- Masukkan baki tepung gandum. Kacau rata.
6.- Tambah badam nips ( telah dibakar). Uli sehingga menjadi doh yang cantik.
7.- Bentukkan doh menjadi bualatan kecil, golekkan diatas baki cornflakes. Letak atas loyang yang telah di glis.
8.- Panaskan oven 150° selama 5 minit. Bakar cookies pada suhu 160° selama 25-30 minit. Off kipas ketika bakar.
9.- Angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam balang.

Nina rekemen korang cuba resepi biskut Raya sukatan cawan Azlina Ina ni, Biskut Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina sebab mudah buat, confirm menjadi dan sedap!

 

Biskut RAYA Biskut KELAPA BADAM Mudah sedap senang buat

Biskut Kelapa Badam

Bahan
2 1/2 cawan kelapa parut – sangai sehingga kering air. Bukan garing yer…
1 1/2 cawan merjerin / butter
1 cawan gula castor
essen vanilla
2 biji kuning telur
2 1/2 cawan 250g tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung (50g)
1 cawan tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
1/2 cawan badam serbuk (50g)

Caranya
1.- Satukan marjerin/ butter, gula kastor, esen vanilla dalam bekas. Kacau rata.
2.- Tambah 2 biji kuning telur. Kacau rata dan sebati. Masukkan tepung ubi, tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik serbuk badam dan kelapa sangai. Gaul rata dan sebati.
3.- Uli sampai menjadi doh. kalau rasa doh lembek tambah tepung gandum, kalau keras tambah majerin dan uli balik. Rehatkan doh selama 10 minit. Tujuan, bagi gula hancur dan mesra dengan semua bahan.
4.- Canai doh dan tekap dengan acuan bentuk bulan. If tiada acuan, guna gelas dan jadikan bentuk bulan pun boleh.
5.- Sapu butter loyang dan susun cookies. Bakar pada suhu 160 selama 25 minit.
6.- Siap. Sejukkan sebelum dibalangkan.

 

 

 

Resipi Biskut Raya paling mudah
Biskut Florentine Paling Senang Gerenti Jadi

Biskut Florentine Paling Senang Gerenti Jadi

Bahan-bahan:
500 gram golden florentina (beli kat bakery)
250 gram flake almond
250 gram green pumpkin seed
250 gram sun flower seed
100 gram black sesame seed

Cara-cara
1.- Goreng kekacang atas dapur / bakar dahulu kekacang selama 5 minit
2.- Campur semua bahan dalam bekas dan kacau sekata.
3.- Masukkan dalam cup muffin. Jangan nipis sangat, sebab nanti mudah patah. (muffin cup ni boleh guna berulang kali)
4.- Bakar 130° selama 15 minit sehingga keperangan (bergantung pada oven memasing jugak. Nina bakar dalam 20 minit.
5.- Tekan sikit kat bawah cup bagi cookies ni terkeluar. Simpan dala bekas kedap udara. Biskut Florantine memang laku. Sekejap jer licin. Kena sorok sikit. HAhaaa

 

 

BISKUT ARAB Azlina Ina Gebu 

Bahan-bahan :
1/2 cawan minyak sapi
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan susu tepung
bahan ni satukan dan kacau rata guna senduk

1 1/4 cawan tepung gandum
Ayak dan masukkan 1 cawan tdahulu sambil menguli, kemudian tamnah sikit-sikit 1/4 cawan lagi, uli hingga jadi doh yang lembut dan selesa

Ambil sedikit doh bulat-bulatkan
Hiaskab dengan ceri merah / hijau yang twlah dipotong-potong kecik
Panaskan oven, bakar pada suhu 170c selama 15 minit api atas bawah.

Untuk menyalut
1/2 cawan gulu ising
1/4 cawan susu tepung
Satu kan dan tabur sikit-sikit atas biskut. Masukkan biskut dalam paper cup.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Amacam? Banyak kannn Resipi BISKUT RAYA yang mudah senang di buat!
Sapa kata buat biskut raya ni susah? So yang mana satu korang nak cuba buat dulu?

Related posts:

Ayam Bakar Satay Nina Style. Sedapp seyhh...

Resipi Daging Black Pepper Simple Sedap Mudah

Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~

Pat pat suku lipat. Nahh .... Resipi Lepat Pisang Tanduk yang sedap lagi mudah gituu....

Resepi Almond Cluster KayanganBiskut CornflakesBiskut Cornflakes rangupBiskut Florentine CookiesBiskut Milo ChaKissBiskut RayaBiskut Raya DahliaBiskut Raya Paling MudahBiskut Raya paling Senang Sedap German CookiesBiskut Raya Popular Wajib Cuba Buat SendiriBiskut Raya ViralBiskut Samperitcornflakes madu crispycornflakes madu rangupmenu kegemaran ramaiResepi Biskut Raya Simpleresepi mudahResepi sukatan cawanResipi BISKUT RAYA Paling Mudah Sedap Sukatan Cawan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (29)

  1. Izyan Balqis says:
    April 26, 2021 at 1:16 pm

    wahhh…aura raya sudah mai….

    Reply
  2. Yanty Lee says:
    April 26, 2021 at 2:11 pm

    Kak Nina , terus semangat nak try buat almond cluster kayangan tu dan pi beli ha bahan ni. kekonon nak kecahkan dapur bujang Ty. gitu.

    Reply
  3. Husniey Husain says:
    April 26, 2021 at 3:11 pm

    Boleh bookmark entry ni nanti senang nak buat biskut raya. Terliur biskut almond cluster kayangan tu dengan crispy cornflakes

    Reply
  4. farah wahida says:
    April 26, 2021 at 3:26 pm

    macam tak sabar nak buah biskut raya..tq share resepi

    Reply
  5. Saidila Abdul Rahman says:
    April 26, 2021 at 7:56 pm

    Semuanya nampak macam senang jer tapi malas mengatasi segalanya. Tapi tak tahulah tahun ni camner , kadang2 last minit barulah ada mood nak buat. Tapi kalau nak buat confirm akan tengok resepi yang Nina Bagi nih. Tq Nina.

    Reply
  6. Mahamahu says:
    April 26, 2021 at 11:30 pm

    Kita ni memang tangan bangku tak pandai langsung buat kuih raya atau biskut hehehe tu yang tak berani nak buat ni kalau setakat Cornflake Madu ok lah sikit wakakaka tak apa mungkin tahun ni boleh asah bakat buat satu jenis dulukan nak cuba lah…

    Reply
  7. Nadia johari says:
    April 27, 2021 at 2:43 am

    Hah,s ekarang amsing-masing dah siap dengan bsikut raya dah. Nad ni pun tengah usha..ehhee..mujur kak nina senaraikan..senang

    Reply
  8. Khai artzfar says:
    April 27, 2021 at 5:58 am

    Wow banyaknya resipi mudah. Boleh sangat ni kalau buat. Rajin tak rajin je kan hahaa

    Reply
  9. Rawlins GLAM says:
    April 27, 2021 at 7:31 am

    Dah Rawlins start mengidam dah nie Nina oii. Pepagi lak tertengok, terus rasa nak cari biskut-biskut nie. Rawlins nak share resipi dengan adik Rawlins sebab dia suka mengcookies.

    Reply
  10. Sis Lin says:
    April 27, 2021 at 9:41 am

    Almond cluster kayangan tu memang dalam list nak buat ni, senang kan, kena plak coklat, terlajak laris kalau makan hahaha.. lelain akan di cuba fikirkan hahaha semua senang oiii

    Reply
  11. Jia Shin Lee says:
    April 27, 2021 at 9:56 am

    Yummy! If I can choose one food it’ll always be cookies, will save these recipes to celebrate even more festive season.

    Reply
  12. Ruby says:
    April 27, 2021 at 10:12 am

    Wahh senang kak Nina ada list semua biskut raya yang kak suka makan dalam satu artikel. Bleh buat dan refer je post ni. Hehehe. Saya pun dah bookmarked. Tq akak share. Nak kena keluarkan oven dr store. Hahaha.

    Reply
  13. Ayu Rafikah Mohd Amin says:
    April 27, 2021 at 10:14 am

    semaunya nampak sedap2..namti bolehlah rujuk sini bila dah start nak buat biskut raya

    Reply
  14. Kitkat Nelfei says:
    April 27, 2021 at 11:10 am

    Menariknya, okay bookmarked dulu ni… Nanti nak buat cookies wajib scroll recipe kat sini…

    Reply
  15. Halimah says:
    April 27, 2021 at 12:02 pm

    Sebenarmya mudah jet buat biskut raya ni klu tajin sekarang dah mls mak buat biskut raya sbb xde geng yg nk tlg, jadi kita beli jer

    Reply
  16. SalJohari says:
    April 27, 2021 at 12:31 pm

    Banyak jugak ya resipi kuih raya yang mudah buat. Sal ingat semua susah .. yelah sebab tak mencuba. Ni Kak Niena dah share macam nak cuba sebab bahan ringkas je

    Reply
  17. ienaeliena says:
    April 27, 2021 at 4:06 pm

    cornflakes madu yang paling senang and yang setiap tahun iena biasa buat hehe..tak sah raya kalau takde cornflakes madu 🙂

    Reply
  18. Zayani Zulkiffli says:
    April 27, 2021 at 6:10 pm

    Paling senang buat cornflake madu. Cumanya, dalam proses kalau pakai 500gram cornflake, nanti half je yg masuk bekas sebab lg half dok makan sambil packing haha

    Reply
  19. faris says:
    April 27, 2021 at 9:34 pm

    Thanks kongsi resepi. Bnyk2 biskut2 menarik. Bujang mcm kita pun boleh buat ni. hehehe

    Reply
  20. Tekkaus says:
    April 28, 2021 at 1:37 pm

    Senang kan ada resepi-resepi yang ada kat sini. Cara penyediaan juga mudah saja. Yang paling best cornflakes madu tu. 😀

    Reply
  21. Ummi | Ummi Goes Where? says:
    April 28, 2021 at 5:29 pm

    Wah, thank you kongsi resepi. Biskut German tu belum pernah try. Bahan2 mcm simple je, tapi mesti lembut dan lemak, kan?

    Reply
  22. Aisya Ismail says:
    April 30, 2021 at 11:48 am

    Kuih Dahlia paling favourite!

    Reply
  23. FAIQ NAJMI says:
    June 6, 2021 at 4:52 pm

    Silap-silap tak perlu tunggu raya dah buat. Sebab sekarang ni vibes raya dah berkurang so kita buat hari biasa then makan sendiri jadi kudap-kudap.

    Reply
  24. Fauziah Zainon says:
    April 22, 2022 at 8:22 am

    Share tq

    Reply
  25. Pingback: Resipi Congo Bar sedap sukatan cawan
  26. Pingback: Resepi Biskut Chocolate Chips Cookies ala Famous Amos mudah
  27. Pingback: Resepi Milo Oreo Jelly ni sedap buat juadah berbuka puasa
  28. Pingback: JAKEL Promosi Baju Raya Design Terkini
  29. Pingback: RESEPI TART NENAS SANDWICH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes