As’salamualaikum dan Selamat Pagi..!! Dah breakfast ke kengkawan semua? Jangan skip sarapan ya, tak bagus untuk kesihatan. Sebab bermula dari apa yang kita makan masa sarapan lah perut kita memula tugasannya. Yelah dah semalaman berehat kan.. Resepi Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah
Menu sarapan tak perlu lah bagai nak rak semua korang belasah makan bila kenangkan perut dah berehat kengkonon 6-8jam masa korang tido. Habis segala apa ada korang makan. Itu melantak namanya! Haha.. Dan walau diet sekalipun jangan lah sampai tak makan apa-apa pun waktu pagi. Keroncong tuk Ana malam nanti ya.. Makan lah sikit walau sekadar 3 ulas kurma dari tak de langsung. Biar lah bersederhana dalam apa jua.. Chewah! Ada gaya pakar pemakanan tak? ok, poyo!
Ni nak pesan ngan korang terutama sekali buat para suami, al-kisah hari tu Nina whatsApp Geng minta dia belikan udang sederhana size. Cadangnya Nina nak buat rencah tuk mee goreng. Pernah sebelum ni Nina pesan Geng belikan udang kecik tapi malangnya tersangat lah kecik udang tuu…Tapi guna gak laaa, kan tak baik membazir.
Memandangkan biasanya kalau beli udang kecik Nina yang akan pilih sendiri. Nina akan pilih satu persatu udang kecik tuu tapi Nina pilih yang besar sikit buat rencah mee goreng. Maka kalau suh suami sure depa kaut segenggam gitu aje kann…Tak kuasa depa nak pilih macam isteri-isteri cerewet macam kita ni. Sebab tuu Nina pesan Geng belikan udang sederhana size.
Sekali balik keje dia pun tunjuk laaa udang sederhana size dia. Hambik! Besar-gabak-gabak..!! Aduyai… Ini sedap buat Udang Masak ButterMilk macam hari tuu ni.. Rupanya kat kedai dia pegi tuu ada udang size gini aje. Hurmm… Belasah jer laaa Udang gabak-gabak ni masuk jer dalam Mee Goreng nanti. Kita yang nak makan.. tak de betul salah pun dalam menu. Bukannya Chef Wan nak datang makan. Iyer dak? Hahaa..
Nina suka masak dan makan Mee Goreng style basah dan sedikit berkuah. Kalau jenis kering Nina prefer Mee Goreng Mamak. Mee Goreng Basah ni cerewet sikit masa makan sebab lepas aje siap masak memang kena terus makan. Kalau lambat-lambat nanti dah tak sedap! Mee dah kembang masuk dalam kuah tak feel makan. So lepas aje masak sila jangan kacau sebab nak terus ngadap mee. Hehhe . . .
Ok.. jom salin eh! Copy paste Resepi Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah cepat siap style Nina. Zasss>>>>
Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah
Bahan-bahan
1 packet mee (cuci dan toskan)
2 biji bawang merah besar – dihiris halus
6 ulas bawang putih – dihiris halus
6 sudu besar sambal tumis – balance sambal nasi lemak
minyak masak untuk menumis
Bahan sos (disatukan)
½ cawan kicap lemak manis Jalen
4 sudu besar sos tomato
1 ½ cawan air – lebih lagi sikit pun ok
rencah-rencah;
udang sederhana size – Geng pi beli udang gabak-gabak. Nasib laaa.. hehee
fish cake dan fish ball
Carrots – Nina parut jer senang cepat
Kobis – hiris kecik
Bahan hiasan;
Bawang goreng & cili merah
Cara penyediannya
1- Panaskan kuali dan minyak
2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. Kemudian masukkan cili kisar masak hingga garing naik minyak.
3- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee. Kacau rata kesemuanya. (Nina tak buh garam sebab sos-sos tadi dah sedia cukup garamnya bagi tekak Nina)
5- Sedia dihidangkan
Selamat mencuba!
Resepi Mee Goreng Basah Udang Selambak mudah
wow…mmg bertambah2lah mkn klau mee goreng udang selambak mcm ni..hihi
Huwaaa…kejam woooo..kejam sgt…dh la kita suka letak rencah banyak2…
Your feedback helps me a lot, A very meaningful event, I hope everything will go well