Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 24, 2012January 11, 2016

Kuey Teow Goreng Hailam

Selamat Pagi semua …..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Ayam Goreng Kicap Lemak Manis
3 Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
4 Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??
5 Pakej Umrah yang menarik dan berbaloi di Az Zuha Group.
Kita bersiaran lagi hari nie. Lama sungguh tak makan kuey teow. Paling sedap kalau dapat makan Char Kuey Teow. Teragak dihati nie nak makan…. 
Tapi bila tengok bahan-bahan yang ada dalam peti ais macam tak cukup dengan rencahnya. Cancelled !!!
Bukan apa, kalau tak ada bahan utama Char Kuey Teow seperti udang, kerang, dan sedikit petis untuk sosnya memang tak akan menjadi Char Kuey Teow dan tak boleh lah dipanggil Char Kuey Teow. So, Nina batalkan sajer niat dan Nina gantikan dengan Kuey Teow Goreng Hailam. Alamak ……. Goreng Hailam lagi dan lagi~~~~~
Sebabnya yang pertama tak mau pedas, maklum lah untuk anak-anak. Gerenti tak der cili dalam tumisan nanti. Untuk Nina dan Hubby pula, kita tambahkan dengan cili jeruk ajerr.. 
Ok lah kann, pedas yang tidak melampau.
Sebelum nie, Nina dah beberapa kali masak style  Goreng Hailam tapi Nina guna bihun. Ada beberapa sikit perbezaan dari segi bahan dan penyediaannya. Boleh tengok  SINI untuk resepi Bihun Goreng Hailam. Cuma kali nie Nina gantikan dengan kuey teow pula …. Not bad. Sedapppp gak~
Jom tengok resepinya…..


Kuey Teow Goreng Basah
Bahan-bahan
1 paket kuey teow – dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih – Nina ketuk ajer
1/4 cawan udang kering 
1 cawan ayam – hiris nipis & Nina perap ngan sos tiram dalam 15minit
1 1/2 cawan taugeh
Daun kucai
Beberapa ketul chicken ball (Nina letak banyak. FAV anak-anak)
Fish cake – hiris nipis
2 biji telur
1 cawan air
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)


Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
7 sudu besar kicap lemak manis – kalau terasa nak tambah lagi pun boleh~


Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Goreng ayam sebentar lalu diketepikan
  • Tumiskan bawang putih bersama udang kering hingga kekuninggan
  • Masukkan bahan sos masak hingga mendidih
  • Masukkan chicken ball dan fish cake
  • Kemudian masukkan air, masak hingga mendidih
  • Masukkan telur dan tunggu seketika baru lah di kacau
  • Setelah itu, masukkan kuey teow, taugeh dan daun kucai dan ayam yang dah digoreng lalu diketepikan tadi – kacau rata
  • Tutup api dan sedia dihidangkan ….


Ppsstt …. kalau nak pedas, tambahkan cili jeruk yea~
ataupun masa tumisan tuuu, letak lah seberapa banyak cili padi … Hehee . . . .




Related posts:

Ayam Goreng Kicap Lemak Manis

Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST

Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??

Pakej Umrah yang menarik dan berbaloi di Az Zuha Group.

Lifestyle Mee

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes