As’salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ….. Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Awal minggu – Isnin bermula kembali. Episod demi episod untuk minggu ini mencatatkan sejarah untuk kita. Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond
Tentunya setiap insan punya cerita mereka yang tersendiri. Pastinya banyak hikmah disebalik yang terjadi. Selalu lah berfikiran positif dengan menilai setiap perkara yang berlaku dengan perkara yang baik-baik ajer…..
Hari nie Nina nak share resepi yang simple – Muffin lagi~~~
Bermacam-macam jenis muffin boleh di olah. Hanya tambah ajer apa-apa yang diingini. Actually, tambah apa yang ada kat dalam peti ais. Hehehe . . . .
Bermacam-macam jenis muffin boleh di olah. Hanya tambah ajer apa-apa yang diingini. Actually, tambah apa yang ada kat dalam peti ais. Hehehe . . . .
Sebelum nie Nina dah pernah buat Muffin with almond slice. Boleh tengok kat SINI – Resipi Vanilla Muffin with Almond. Kali nie Nina tambahkan lagi dengan jagung lak …. Sedappp!! Cuma rasanya next time Nina tak nak letak esen vanilla… nak ganti ngan corn esen pula, mesti lagi terasa rasa jagungnya~
Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond
Isi Kandungan
hide
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1cawan gula
secubit garam
Bahan C
Corn – Nina beli yang ready made ajer
Almond.
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu 180c
- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
- Buatkan lubang di tengah-tengahnya
- Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata .
- Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
- Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk/spatula ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
- Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
- Letakkan corn dan almond kat atas muffin tadi.
- Bakar muffin selama 18 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Sedia dihidangkan.
Resipi Vanilla Muffin with Corn Almond . Senang aje buatnya. Teknik muffin kaup balik tak perlu mixer pun. Muffin gebu cantk naik nya sedap buat minum petang buat seisi keluarga
tq nina….dan tips