Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Buffet Ramadhan 2019 BEST Seri Pacific Hotel KL
April 19, 2012October 5, 2023

Asam Pedas Melaka Resepi ini korang kena cuba!

Asam pedas merupakan masakan kegemaran family Nina. Boleh dikatakan setiap hari Mama Nina akan masak asam pedas. Maklum lah, asam pedas nie favourite Abah Nina…. Orang Johor lah katakan. Paling popular adalah Asam Pedas Melaka tapi boleh dikatakan selalunya paling ramai orang Johor suka asam pedas. Sekarang ni negeri mana pun sukakan Asam Pedas. Korang suka?

Isi Kandungan hide
1 Korang suka Asam Pedas?
1.1 Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Pari
1.2 Cara masak
1.3 Asam pedas tanpa daun kesum
1.4 Related posts:
2 Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam..... kenapa sumbat? pasal.......
3 Sebab Resipi Kek Pisang ku dibuang! Sedihnya...
4 Udang Goreng Kunyit | Menu Paling Sedap Mudah Ringkas
5 Apam Coklat Moist Resepi Mudah Sukatan Cawan Pakai Blender

Pada pendapat Nina, ikan yang digunakan amat memainkan peranan penting sebab lain ikan maka lain lah rasa kuahnya. Kalau Mak Long Nina dari Johor, pelbagai jenis asam pedas ada. Asam Pedas Daging, Asam Pedas Ayam dan macam-macam jenis bahan pun dia akan masak asam pedas. Pernah sekali tuuu, Nina rasa asam pedas daging tetel. Ya ampun, memang sedap!

Korang suka Asam Pedas?

BUFFET RAMADHAN 2019 HOTEL SRI PETALING KL

Asam Pedas daging tetel ni wajib kena ada sikit sikit lemak kat daging. Tapi Nina tak berapa suka masaknya sebab masak daging kan makan masa lebih lama nak bagi daging nya empuk. So Nina prefer ikan.

Mmmm …. Rasa sedap asam pedas ni subjektif sangat sebab citarasa masing-masing. Buat Nina pula, nak kata favorite sangat asam pedas tuu tak der lah sangat sekadar sekali sekala masak lah juga.
Ok ,  jom kita tengok resepi Asam Pedas Melaka yang Nina ambil dari salah satu buku – harta karun Nina.

Asam Pedas Melaka

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Pari

sumber: Buku Resipi Untuk Ramadhan
Edisi Khas LBM 2003

Bahan-bahan
Ikan Pari (boleh juga digantikan dengan ikan tenggiri/parang/siakap/kembung/sembilang)
7/8 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
Cili yang telah diblend
Belacan sebesar ibu jari – ditumbuk lumat
Kunyit hidup sebesar ibu jari – ditumbuk lumat
Halia sebesar ibu jari – dihiris halus
Air asam jawa
2 sudu besar kerisik (Nina letak 1sudu ajerr)
sedikit halba (lebih kurang 4/5 biji jerr…. kalau banyak nanti pahit)
Garam secukup rasa
Daun Kelsum (Nina tambah)
Bunga Kantan (Nina tambah)
Minyak untuk menumis

Cara masak

  • Panaskan periuk dan panaskan minyak untuk menumis
  • Setelah minyak panas, masukkan halba untuk naik bau wanginya
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. (bawang putih, merah, kunyit dan belacan)
  • Masukkan cili yang telah diblend. Kacau sebati masukkan kerisik. Tumis dengan api sederhana sehingga cili garing
  • Setelah garing masukkan air asam jawa. Masak  hingga mendidih. (air bergantung pada banyak mana ikan dan citarasa masing-masing kepekatan kuahnya)
  • Masukkan ikan dan halia yang dihiris tadi bersama daun kelsum dan bunga kantan.  Kacau rata seketika
  • Didihkan kuah ….. perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas!!

Selamat bersantapan

Cheese Banjir

Nina paling suka asam pedas kepala ikan! Sedapnya makan cecah sama Roti Gardenia. Roti kegemaran Nina sekeluarga terutama yang hijau gandum. Rasa dia perghhhh…!! Lembut, gebu, sungguh enak dimakan begitu saja!

Tapi kalau Asam Pedas makan sama nasi, Nina paling suka match dengan Sayur Masak Lemak.
Cuba masak : Aneka Resepi Sayur Masak Lemak

Asam pedas tanpa daun kesum

Kita sedia maklum, kalau masak asam pedas wajib letak daun kesum kann?
Tapi tahu tak, walaupun ada banyak resepi asam pedas tanpa daun kesum pun masakan tetap sedap.
Korang suka letak daun kesum ke daun limau purut?

Related posts:

Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam..... kenapa sumbat? pasal.......

Sebab Resipi Kek Pisang ku dibuang! Sedihnya...

Udang Goreng Kunyit | Menu Paling Sedap Mudah Ringkas

Apam Coklat Moist Resepi Mudah Sukatan Cawan Pakai Blender

Resepi asam pedasAsam Pedas tanpa daun kesumAsam Pedas Tumis (Melaka ) Ikan PariDaun KesumIkanLauk LaukLauk PaukreseipiResepiresepi mudahresipiresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes