Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

September 6, 2013March 11, 2023

RESEPI MUFFIN PANDAN PALING SEDAP. Wanginya aroma

Hari ne Nina nak share resepi yang paling mudah dan paling ringkas dan berkhasiat. Nina tak done nak cerita panjang-panjang, kesuntukan masa… Nanti free time kita story mory ehh… Yang penting, resepi yang nak dikongsikan hari ni Resepi Muffin Pandan Paling Sedap Super Moist, Mudah! 

Isi Kandungan hide
1 Resepi Muffin Pandan Paling Mudah Mudah Sedap Sukatan Cawan
2 Related posts:

Nina gunakan daun daun pandan lagi sedap. Ambik dalam 3-4 helai + separuh cawan air. Blend sampai halus pastu tapis 3 kali.  Perghhh…!!! Wangii seluruh ruang dalam rumah time proses pembakaran berlangsung! Lagi sedap , korang wajib cuba!
Kalau tak punya masa, cukuplah sekadar pandan paste dan sedikit pewarna hijau. Itu pun dah sedap!!

Masa Nina baking nie, Yana sedang lena tido pun terbangun dek aromanya dan tegur Nina kat dapur masak apa tuuu.. Siap aje MUffin Pandan ni terus dibawa lari 3-4 ketul. Sabar je lah. HAha

Ok lah, jom tengok resipi Muffin Pandan paling mudah sedap ni. Oh yaa… Sebelum tu, meh Nina kongsikan tips cara buat muffin vanilla jadi dengan cantik dan jayanya! Kot ada yang first time nak try buat muffin kann.. Daaaaa 

Resepi Muffin Pandan Simple Mudah Sedap

Resepi Muffin Pandan Paling Mudah Mudah Sedap
Sukatan Cawan

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu fresh milk
1 sudu kecil pandan paste (Nina blend 3/4 helai daun pandan bersama susu – tapis 2/3kali)

sedikit pewarna hijau

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Cara buat Muffin Pandan

  • Panaskan oven pada suhu 180c-190c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan pandan paste dan  pewarna hijau pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
  • Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
  • Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan… 

Menu Muffin Pandan ni amatlah sesuai untuk minum petang, hidangan jamuan, potluck dan sebagainya sebab menu ni lah paling senang buat. Resepi sukatan cawan, tak perlu timbang, tak perlu mixer bagai. Mudah sangat. Kalau takde oven boleh je pakai air fryer. Memang mudah!

Related posts:

Eat Clean : Cara Masak Resipi IKAN SIAKAP STIM Ala THAI Sedap Mudah Cepat
Buffet Ramadhan 2016 di Restoran Istana Bambu | Sedap..!! Berpatutan..
Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3
Lifestyle Resepi cakeKekmenu anak-anakmenu jamuanmenu minum petangMenu Open HouseMenu potluckMuffinMuffin Pandanresepi mudahWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. syue wana says:
    September 6, 2013 at 10:48 am

    saya mmg suka cuba resepi akak..
    terima kasih ye.

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    September 6, 2013 at 11:00 am

    As'salam Syue Wana,

    Sama-ama ….
    terima kasih buat Syue juga sudi singgah blog kak Nina dan mencuba resepi2 kak Nina 🙂
    terharu akak …..

    Reply
  3. Umie Jazz says:
    September 18, 2013 at 3:11 pm

    Assalamualaikum nina..nampak sedap..=)

    Reply
  4. kak ina kl says:
    September 19, 2013 at 7:06 am

    salam
    Tenguk pun dah tau sedap..

    Reply
  5. jemah leman says:
    February 1, 2014 at 12:54 pm

    Salam wana. Terima kasih atas resepi mufin pandan. Mmg sedap dan gebu.

    Reply
  6. Anonymous says:
    May 28, 2014 at 7:49 am

    Slm. Klu ganti susu tu kpd santan blh ke?

    Reply
  7. Nina Mirza says:
    May 31, 2014 at 3:16 pm

    wslm… boleh juga 🙂

    Reply
  8. miss mimpi says:
    August 19, 2014 at 2:56 am

    Salam..akak guna sukatan matriks ke utk sukantan cawan tu?

    Reply
  9. Nina Mirza says:
    August 19, 2014 at 10:52 am

    Miss mimpi,
    Yup, sukatan cawan matriks
    Selamat mencuba!

    Reply
  10. Anonymous says:
    September 24, 2014 at 3:36 pm

    Salam..masa blender tu masukkan air tak? Masa bakar terus letak muffin cup atas dulang tray @ dlm tray muffin..maaf ni first time nk try buat muffin..

    Reply
  11. Nina.Mirza Mirza says:
    September 24, 2014 at 4:30 pm

    Wa'alaikumussalam,
    Boleh di blend sama sekali ngan susu. Tapis 2-3kali.
    Kalau guna cawan cupcakes (kertas tebal) tak perlu Loyang muffin. Boleh terus susun atas tray pembakar.
    Kalau papercup yg nipis mcm dlm gambar atas, perlu Loyang muffin.
    Moga penjelasan Nina membantu….

    Reply
  12. Nina Mirza says:
    September 24, 2014 at 4:50 pm

    Wa'alaikumussalam,
    Boleh di blend sama sekali ngan susu. Tapis 2-3kali.
    Kalau guna cawan cupcakes (kertas tebal) tak perlu Loyang muffin. Boleh terus susun atas tray pembakar.
    Kalau papercup yg nipis mcm dlm gambar atas, perlu Loyang muffin.
    Moga penjelasan Nina membantu….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes