Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

CHIA SEED Bagus diamalkan
February 13, 2021April 12, 2021

Ohh CHIA SEED. Nak start amalkan semula sebab

CHIA SEED

Isi Kandungan hide
1 CHIA SEED
1.1 Resipi Overnight Oat Chia Seed
1.2 Cara buat Overnight Oats dan Chia Seed
2 CHIA SEED bagus diamalkan sebab
2.1 Beli kat mana Chia Seed?
3 Chia Seed bagus diamalkan
3.1 Kebaikan Khasiat Kelebihan amalkan CHIA SEED
3.1.1 Fakta Ringkas Mengenai Kebaikan Chia Seed
3.2 Chia Seed Bagus diamalkan untuk kesihatan
3.3 Related posts:

Ni namanya Chia Seed. Rupa dia macam biji selasih.
Rasanya ramai yang dah tahu dan ramai dah amalkan, letak chia seed dalam over night oats. CHIA SEED bagus diamalkan

Tak pe laaa, Nina nak share gak kot kot ada yang belum tahu.
Chia seed ni bagus tau. Korang buh sesudu besar dalam segelas air.
Pastu biar kan kejap. Dalam 10minit ker…
Tak yah tunggu kembang pun, lepas 10 minit gitu dah rendam korang terus minum. Biar dia kembang dalam perut. Hehe…

CHIA SEED Bagus diamalkan

Resipi Overnight Oat Chia Seed

350ml susu segar
2 sudu besar chia seed/ 1 sudu teh chia seed
3 biji kurma (potong kecil2)
1 sudu besar oat
Buah kegemaran korang – potong dadu
3 biji kekacang favorite korang – dicincang atau tumbuk ikut suka

Cara buat Overnight Oats dan Chia Seed

1.- Masukkan semua bahan dalam gelas atau mug yang ada tutup pastu biarkan dalam peti sejuk malamnya. Dah nama overnight so buat lah malam sebelum tido. Tu jer. Mudah sangat kannn?
2.- Besok boleh lah bersarapan dengan over night oats korang.
Buat semasa berpuasa lebih efektif.
Chia seed ni membantu korang rasa kenyang sehingga waktu berbuka.

CHIA SEED bagus diamalkan sebab

Dia akan buat ‘saka’ korang rasa tahan laaa sikit perasaan kelaparan korang tu. Rasa dia? Dont worry, tak de pelik-pelik pun sebab tak de rasa apa. Macam biji selasih jugak .

Tapi….. Yang ambik Chia seed ni perlu minum plain water secukupnya. Pesanan ni Kapten Black yang pesan masa Nina join JK1M Jom Kurus Team KLCC Kapten Black . Konsep depa – Nak sihat nak FIT, Kurus itu bonus! Best giler masa tu dan betul-betul berat badan ni turun! Sekarang? Usah tanya HAHAA . . .

Beli kat mana Chia Seed?

Banyak tempat ada jual. Kat pasaraya biasanya ada kat area rempah ratus. Tapi kalau nak murah, korang beli kat bakery. Online pun ada jual. Banyak!

Hurmm… Berapa weight korang?
25kg weight – kena minum 1litter air.
So, korang pepandai laaa kira berapa litter yang korang harus minum sehari ehh . . . Terlebih minum air pun membahayakan kesihatan jugak. So biar lah bersederhana dalam apa juga yang kita lakukan.

Chia Seed bagus diamalkan

Sempena pkp ni la masa dia .. untuk korang diet dan mempunyai bentuk badan yang ideal tauu .. jauh2 makanan berlemak dan oilyyy

Jummm .. kita diet dengan menggunakan barangan organic seperti chia seed macam pagi tadi saya minum segelas air Nena’s dan campur dengan chia seed 2 sudu .. sangat bagus untuk membakar lemak yang berlebihan dan memanaskan badan

Kebaikan Khasiat Kelebihan amalkan CHIA SEED

Walaupun saiznya kecil, kebaikan chia seed penuh dengan nutrien yang sangat penting. Khasiat dan kebaikan Chia seed adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, kaya dengan antioksidan, dan ia membekalkan serat, besi, dan kalsium.

Asid lemak Omega-3 membantu meningkatkan HDL kolesterol, kolesterol “baik” yang melindungi daripada serangan jantung dan strok.

CHIA SEED Bagus diamalkan
Fakta Ringkas Mengenai Kebaikan Chia Seed

Biji Chia seed boleh dimakan dengan memasak atau memakan secara mentah, tetapi ia harus ditambah ke dalam makanan lain atau direndam terlebih dahulu sebelum dimakan.

Kandungan Nutrisi Chia Seed
Menurut Pangkalan Data Nutrisi Negara Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), 28 gram, atau satu sudu besar chia seed mengandungi:

131 kalori
8.4 gram lemak
13.07 gram karbohidrat
11.2 gram serat
5.6 gram protein
Tiada gula

Amalkan dua sudu chia seed setiap hari sudah menyediakan 18 peratus keperluan kalsium harian pada tubuh badan kita, 27 peratus fosforus, 30 peratus magnesium, dan jumlah kalium dan nutrisi yang lebih kecil. Chia seed menyediakan lebih banyak omega-3, kalsium, fosforus, dan serat daripada benih rami.

Chia Seed Bagus diamalkan untuk kesihatan

Banyak makanan yang berasaskan tumbuhan semula jadi termasuk chia seed telah lama diamalkan untuk merawat risiko terkenanya pelbagai penyakit dan merawat penurunan keadaan kesihatan yang buruk, termasuk darah tinggi, obesiti, diabetes, penyakit jantung, dan kanser.

Chia Seed juga dapat membantu tubuh badan untuk mendapatkan kulit yang sihat, peningkatan tenaga, dan penurunan berat badan secara semuala jadi.

Ahaa… Banyak kan khasiatnya! Nina dah lama tinggalkan, TERlupa. Mungkin tak letak atas meja makan atau sebelah penapis air so tak de depan mata sebab tu kot lupa. So moh ler sesama kita amalkannya.

Related posts:

Resipi Mee Kuah Tomato ... Tak pedas buat anak-anak
22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Masuk Rumah Anda
Part-2 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis
Lifestyle Resepi Tips CHIA SEEDkelebihanKhasiat Manfaatnak cantikNak FITnak kurusnak sihatOvernight Oatsresipi mudah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. akashah says:
    February 13, 2021 at 9:14 pm

    ada lagi stok chia seed. lambat betul susutnya. itulah lama tinggalkan juga

    Reply
  2. nadia johari says:
    February 16, 2021 at 1:38 am

    Bagus chia seed ni tabur je dalam makana kesihatan kita. Tapi nad jarang beli..hahaha

    Reply
  3. Ai says:
    February 16, 2021 at 3:24 pm

    Suka chia seed. Tapi ramai tak suka sebab dia geli-geli kat tekak.

    Reply
  4. Khai Artzfar says:
    February 19, 2021 at 4:04 pm

    oh ingatkan chia seed dengan biji selasih sama rupanya lain. banyak orng share khasiatnya tapi belum pernah cuba. insyallah nanti nak cuba lah! boleh simpan lama juga kan

    Reply
  5. ajumohit says:
    February 19, 2021 at 4:29 pm

    salah satu pemakanan yang sihat. memang elok diamalkan. Saya tak bela saka tapi memang nafsu nak makan tu kemahin tak boleh bawak bincang hahaha. boleh cuba ni, tak lama lagi bulan puasa, boleh bantu rasa kenyang sepanjang hari

    Reply
  6. SalinaJohari says:
    February 19, 2021 at 5:03 pm

    Menarik la Overnight Oats Kak Nina … nanti nak try buat . Kadang waktu keja tak sempat nak makan so ada chia seed dan oats ni boleh buat alas perut terus

    Reply
  7. Izaramli says:
    February 20, 2021 at 7:29 am

    Sedap la pulak tgk overnight oat tu. Terngin nak cuba. Tapi nak kena cari chia seed la. Chia seed mmg byk kebaikkan dia.

    Reply
  8. Rawlins GLAM says:
    February 20, 2021 at 11:05 am

    Rawlins memang pernah buat overnight oats – tapi tak pernah lagi tambah chia seeds. Next time I akan tambah chia seeds la sebab banyak pula benefit chia seeds nie kan

    Reply
  9. adianiez@yahoo.com says:
    February 20, 2021 at 11:49 am

    tq Nina. aida da tau lama pasal chia seeds ni.
    but tu la. tak pernah mencuba. sebab tak pernah teringat nak amalkan.
    rugi, kan?
    byk kebaikan nya. byk khasiat nya.
    in shaa Allah. now memang sedang usaha ke arah eat clean.
    started with singkirkan air manis.

    Reply
  10. Ayu Rafikah says:
    February 20, 2021 at 5:00 pm

    Nanti nak try chia seed ni. Nampak menarik dan sedap pulak tu. Paling penting ianya sangat berkhasiat

    Reply
  11. Saidila Abdul Rahman says:
    February 21, 2021 at 1:45 pm

    Memang bagus Chia Seed ni sebab tu ai ada jual juga. Kalau ai buat aktiviti luar ai akan letak sesudu dua Chia seed dalam air . Ia boleh bagi kita tenaga dan rasa kenyang. Bagus untuk yang nak diet juga.

    https://saidila.com/apa-itu-chia-seed-serta-cara-membezakan-chia-seed-dan-selasih/

    Reply
  12. Kitkat Nelfei says:
    February 22, 2021 at 9:01 am

    Masa first2 kerja dulu my friends pernah syorkan me untuk take chia seed juga for its health benefits.. tapi until now tak pernah try2 lagi.. menarik juga nak try buat overnight oat chia seed ni la..

    Reply
  13. Sis Lin says:
    February 22, 2021 at 9:14 am

    Memang bagus khasiat Chia Seed ni.. cuma ikut pengalaman Sis, Sis minum berterusan dululah darah Sis naik.. tak tau kenapa Nina.. sejak tu dah tak minum.. mungkin sebab jenama ke entah laa..
    Tapi boleh cuba try brand ni plak..

    Reply
  14. Zaza says:
    February 22, 2021 at 11:07 am

    Za mmg suka makanchia seed ni.. Kadang2 makan Cornflakes pun tabur juga.. Dia mcm selasih tapi lg byk benefits. Salah satu superfood

    Reply
  15. Grace Ng says:
    February 22, 2021 at 6:09 pm

    you’re right, chia seeds are one of the most powerful superfoods out there. eating it everyday helps!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes