Antara masakan Chinese Style yang femes dan resepi yang selalu berada dalam carian gogole adalah Resepi Udang ButterMilk . Resepi yang Nina kongsikan ini adalah resepi paling mudah sedap. InsyaAllah tak akan mengecewakan dan anak-anak sukakannya! Rekemen korang cuba!
Masakan ala Chinese Style antara menu kegemaran Nina. Baru-baru ni Nina makan kat Restoran Chinese Muslim Sedap Selangor BLUE GINGER . Sedapnya alahai Chicken Buttermilk bersos dia. Ruginya hari tu ambik seketul jer. Tak puas makan.. Huhuu . . .
Tengok! Ya ampun.. Menyelerakan!
Puashati makan kat Blue Ginger ni, food dia semua sedap. Cukup rasa semua. Buat penggemar Chinese Muslim Food Nina rekemen korang cuba makan kat sini .
On the way balik rumah dah terbayang-bayang nak cuba masak gitu gak laa.. Tapi Nina nak gantikan ayam tuu ngan udang. Anak-anak Nina paling suka udang. Kuahnya yang tak pedas, lemak berkrim pastu wangi dek daun kari. Mmmm…. pasti anak-anak suka ni! Naluri hati seorang ibu berkata-kata selalunya tepat. Chewah… Acah Mak Enon. haha
Ok, udang dah ada bahan-bahan lain pun dah cukup. Berdebar-debar gak nak cuba. Maklumlah kiranya ini resepi ni try an error. Kalau jadi Nina kongsikan ngan korang kalau tak menjadi, senyap-senyap dok diam sudah! hahaa…
Selesai masak Nina rasa kuahnya dulu. Hurmm…. Hurmm… Mmmmm… Ok sedap!
Tak sangka menjadi dengan jayanya. Lemak berkrim di sukai ramai. Cehh… Berangan jer!
Anak-anak dan Geng belum rasa dan komen lagi. Risau gak ni…
Yeayyy … Lulus! Resepi Udang ButterMilk menjadi – sedap!
Udang Masak ButterMilk ni kalau ikut selera tekak cerewet Nina dah kira lulus tapi Geng kata “Mmmm… kalau pedas lagi sikit lagi sedap!” ok noted! Nampaknya untuk Geng lain kali Nina letak cili padi hiris halus-halus banyak-banyakkkk sorok eh! tabur kat nasi dia. Baru kick pedasnya! Kannn….?? Haishh… bukan bukan..!! Syuhh syuhh… Pi jauh-jauh hasutan syaitonn nirrojim yang jahat ni. Jangan ikut tau! Nina gurau je.. Hehee
Dah dah … Usah di layan bebelan ala mak-mak nenek Nina. Kadang-kadang datang laaa mood merapu Nina ni. Ok, moh lerr tengok resepi Udang Masak ButterMilk Mudah Sedap style Nina. Korang cuba tau..! Kalau sedap kasitau tapi kalau tak sedap diam-diam sudahh… hehe.. Ehh, kalau tak sedap pepandai lah korang adjust atau senang citer tak yah masak lagi. Sedap tuu kan subjektif. Kann….?? Tapi kalau korang dan anak-anak suka carbonara, cheese cheezy gerenti laaa korang suka ButterMilk ni. Positif kan Nina? hehe 🙂
Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap
Resepi : Nina Mirza
Bahan bahan
1kg Udang sederhana besar (lagi besar lagi best)
1/4 butter
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Eerkk..
4 pelepah daun kari
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang holand – tak yah gi holand tau! hehe.. Kalau tak de bawang besar pun ok
5 keping cheese – Nina guna cheesedale petak tuu jer
500 ml susu UHT atau susu cair – kalau suka kuah banyak buh laa sekotak terus. hehe
1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan air untuk memekatkan kuah.
Garam secukup rasa
Bahan perap
1 sk garam
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
Cara Masak Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap
1- Perap udang ayam dengan bahan perap selama 20minit. Goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan kuali masukkan butter. Cukup sekadar cairkan butter. Jangan lama sangat, nanti hangus tak sedap butter tuu.. Pastu masukkan cili padi, bawang putih, bawang holand dan daun kari tumis hingga kekuninggan dan wangi.
3- Masukkan susu masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese. Kacau kuah guna whick supaya susu, cheese dan minyak sebati. Kalau guna senduk jer, minyak terasing ngan kuah. Tak best.
4- Perasakan dengan garam secukup rasa. Tak letak pun tak pe sebab kat butter tadi dah ada garam. Atau letak lah sikit. Ikut selera tekak masing-masing. Masukkan bancuhan tepung jagung ngan air tadi untuk memekatkan kuah. Terpulang kat korang kepekatan kuahnya.
5- Lepas tu masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan…
Ppsssttt … Tips
ppssttt >>> Pesanan khidmat masyarakat : Selain Udang korang leh ganti ngan ayam. Sedap gak! Dan lagi… Bancuhan tepung jagung ngan air tuu sikit jer. Kuah jangan pekat sangat sebab nanti dah sejuk kuahnya akan lagi pekat dengan sendirinya. Sebab tuu makan panas-panas sejurus siap. Mmmm… Sedap sampai menjilat kuali jari! hehe…
Sedapnya.. Nak kna g cari udang segar neh.. Pernah mkn je, x pernah buat hihi
wahhh…sedapnyer..
macam best je… biasa dengar menu ni tapi tak berani nak cuba.. tp ni menu hari minggu ni..siap perap bagai memang tak sempat la hari biasa.. hihi
Memang menyelerakan….terliur saya….
Nampak Sedap 🙂
I’ve just tried it today & the recipe is a kick. Tq for sharing.