Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 4, 2015February 2, 2017

Menu ringkas lagi mudah : Ayam Goreng Kunyit….

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Ayam Goreng Kunyit

Isi Kandungan hide
1 AYAM GORENG KUNYIT
2 Related posts:
3 Huk alohh... Kecuh nak tau! Ni Laaa Cara Kita Masak Sambal ...
4 Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL
5 Oh ..Rindu ini bertapa dihati..... huwaaaaaa ..!!!
6 Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...
Ini antara menu kegemaran yang disajikan oleh peniaga nasi berlauk di warga kota Kuala Lumpur. Ada juga peniaga yang hanya menjual menu ini sahaja.  Simple jer kan… Harga ?? Hurmm…. Lain tempat lain pula standard harganya.  Ada yang RM5 sebungkus dan ada juga mencecah sehingga RM7 sebungkus!  
 
Mahal?? Oh Malaysia… Syukur masih aman. Ok, nampak mahal walaupun sebenarnya senang aje nak buatnya namun menu Ayam Goreng Kunyit inilah antara menu laris yang dijual semasa waktu rehat makan tengahhari di kawasan tumpuan pejabat di KL.  Bagi pembeli ada nasi, ada ayam bersama sayur dan ada sikit sambal belacan. Ringkas! Makanan seimbang.  Setuju tak…??
 
Sebenarnya nak masaknya pun senang dan sekejap ajer… Cuma atas kerajinan dalam diri samada nak buat atau tidak. Itu ajer kann…. Kalau tetiba kot-kot kerajinan datang menjelma,  boleh aje sediakan bahannya malam dan esok pepagi goreng dan boleh buat bekal makan masa rehat nanti. Jimat belanja!
Maklum lah, sekarang ni semua pun terpaksa kena berjimat dan terpaksa juga  berbelanja dengan penuh kebijaksanaan. Maka…. sila lah terpaksa rajin yea
 

Jom tengok style Nina untuk resepi mudah Ayam Goreng Kunyit ni.. Moga perkongsian resepi mudah dari Nina memberi manfaat buat semua. 

Ayam Goreng Kunyit
Tadaa…. dah siap! Ayam Goreng Kunyit
 

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan
300gm bahagian isi ayam – dipotong kecil
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2inch halia – hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya – potong serong 
Carrot – potong kecil
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
 
Cara penyediannya
1-  Ayam yang dah dipotong dicuci bersih lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2-  Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3-  Kemudian masukkan ayam goreng hingga masak. 
4-  Masukkan sayur kacang buncis dan carrot, gaul rata hingga  masak. 
5-  Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun…
6-  Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~
 
Selamat mencuba!
 
 
 
 
 
 

Related posts:

Huk alohh... Kecuh nak tau! Ni Laaa Cara Kita Masak Sambal ...

Tabung Waqaf Al-Quran dan KoD Braille sumbangan ENSANY GLOBAL

Oh ..Rindu ini bertapa dihati..... huwaaaaaa ..!!!

Stress, sudah tido? Korang kena try LAVENDER by Nana Mahazan ni...

Lifestyle Resepi AyamAyam Goreng Kunyitmenu cepatResepiresipi ringkasSayur-sayuran

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes