Nina ada nak story mory kat u allz satu rahsia. Rahsia?
Rahsia apa laaa plak Nina nak story mory.
Nak tahu? Nak tahu tak……?? Senyum sikit dulu baru Nina citer. Hah! Kan manis gitu dah senyum. Dapat pahala lagi….
Nak story nie, sabtu yang lalu Nina terserempak ngan Blogger yang hebat! Hebat? Sapa yang hebat tuu…? Hebat sangat ke dia? Sapa, sapa…. Nak tahu sapa orangnya…??
Sapa lagi kalau bukan Ben Ashaari. Atau lebih dikenali dengan panggilan manja Abang Sado!
Iyer ke? Nina jumpa dia kat mana? Camner orangnya? Ok ker dia?
Pada sabtu yang lalu, Anak CucuCicit Hj.Ansari group mengadakan Family Day di Sri Intan Resort Port Dickson. Seronoknya rasa pabila sebahagian ahli keluarga arwah Atuk Nina – Hj.Ansari dapat meluangkan masa dan berkumpul together-gether. Kami semua stay di Sri Intan Resort. Penuh resort tuu dengan ahli keluarga Warisan Hj Ansari. Havoc havoc havoc!
Hah! Kat sana lah Nina terserempak ngan Abang Ben Ashaari aka BeBen. Kan last weekend Abang Ben ada update pasal Teluk Kemang. Baca kat SINI. Mula-mula sambil jalan-jalan sekitar kawasan swimming pool kat Sri Intan Resort Nina ternampak kan Zara.
Alahai…. Zara, anaknya BeBen yang comel cute pipi pauh dilayang tuh.
Eh ehh…. Macam Zara laaa~ Maklum lah selalu dok tengok Zara kat blog Beben. Mau tak cam. Nina juga antara yang kerap “like” gambar Zara tiap kali Beben upload kat fb. Jangan kasitau dia yea…. Nanti dia jeles pasal followers dok “like” gambar Zara yang comel berbanding gambar Beben yang kacak lagi sado. Hehee….
Then Nina pegi dekat-dekat mencari kelibat Qhalif plak. Kalau confirm ada Qhalif, so confirm lah itu Zara. Dan ternyata dugaan Nina tepat belaka.
Lepas Nina bagi salam dan salam disambut mesra ternyata Abang Ben peramah orangnya.
Sejujurnya Nina masa mula-mula nampak Abang Ben Nina takut gak nak tegur. Maukan tidak, Abang Ben Ashaari nie orangnya tinggi besar lagi sado bak kata trend sekarang berbanding Nina yang kecik lagi ala budak sekolah nie. Cuak seyhh~
Cer tengok kat gambar atas tuu, sebab tu Abang Ben duduk. Konon-konon tak ketara nampak perbezaannya. hehehe . . . .
Memula nervous gak tau…… Bila MyGang bagi signal suh pegi jer tegur, tetiba macam ada kuasa power rangers. Hehehee….
Lagipun Abang Ben kan orang femes, terfikir gak Nina kalau-kalau nanti Nina mengganggu hari cuti hujung minggunya. Lantak laaa…… positif, positif positif!
Sekali bila dah tegur rancak lak bualannya. Macam-macam topik ada…
Dan….. yang paling tak sangka, MyGang pun joint sama……. Padahal MyGang nie bukannya reti baca blog-blog nie, blog Nina isterinya sendiri pun dia tak tengok! Hhrrmm…..
Sungguh tak disangka, Ben Ashaari yang sado, badan sasa, tinggi besar rupanya amat friendly dan mudah didekati. Rasanya Qhalif tuu ikut perangai abahnya tuu….
Terima kasih Abang Ben Ashaari…
.