Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 11, 2015January 26, 2016

Nasi Goreng Planta buat Eilyana…..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Wednesday again. .. 
Ada kawan whastapp dan email tanya Nina menu nasi goreng style apa untuk hari ini. 
Eh ehh…. Tau-tau aje mereka tiap hari Rabu Nina akan prepare nasi goreng. Terharu nya rasa…..*tetiba touching*  …. nak tau?? Hari ni Nasi Goreng Planta 
Serius….!! Tak sangka you ada yang mengikuti schedule Nina. Sebab Nina sedar diri yang Nina bukannya fofular mana punnn…. Followers pun tak ramai. Yang ada nie entah kan baca entah kan tidak. Mana lah kita tahu kannnn…..
Anyway, Nina amat hargai keperihatinan u alls. Terasa diri ini diperlukan. Ini membuatkan Nina rasa berkobar-kobar nak update dan berkongsi resepi buat yang memerlukan. Jutaan terima kasih….

Berkawan di alam maya ini lebih menerujakan dan bermanfaat jika kita bijak lagi pandai dalam memilih kumpulan yang betul. Pasti ianya akan memberi aura yang positif setiap hari. Disini lah kebaikkannya….. Begitu juga sebaliknya. **sendiri mau ingat**
Kita yang perlu bijak memilih dan membuat keputusan. Kawan adalah cermin diri kita. Pucuk pangkal pucuk ubi masak lemak! Huh~ hahhaaa….. 
Eh eh… bukan bukan. Pucuk pangkal semua bermula dari dalam diri kita sendiri. Kita yang mencorakkannya. 
Ini sekadar pendapat Nina aje sebab ini yang berlaku pada Nina. Syukur Alhamdulillah…. 

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?
3 #AndainyaTakdir .. baru ku tahu mudahnya beli barang dapur kat Honestbee Online
4 KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN! ANAK SELESA PAKAI, BERKUALITI
5 Sinopsis Drama RYAN ARALYN TV3 lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi
Nasi-goreng-planta

NASI GORENG PLANTA UNTUK EILYANA
Bahan-bahan
4 cawan nasi
4 batang sausage – Dipotong separa bulat kecik-kecik
2 biji bawang merah – potong dadu
5 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
Carrots – potong dadu
Sawi – potong dalam 2inch

Beberapa cili kering – cuci dan potong 2inch
2 biji Telur
1 senduk Planta untuk menumis

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan cairkan planta dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Kemudian masukkan lagi Planta – cairkan untuk menumis dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga berbau wangi
3-. Masukkan sausage goreng seketika.
4-. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
5-. Selepas itu, masukkan carrots, telur tadi dan sayur sawi. Goreng hingga masak dan rata keseluruhannya. (Nina tak letak garam sebab dalam planta dan sausage dah sedia cukup perasa)
6-. Tutup api dan sedia dihidang….. Pastu masukkan dalam bekas buat bekalan anak-anak sekolah!

Related posts:

APA MENU BEST JUADAH HARI RAYA SIMPLE OPEN HOUSE?

#AndainyaTakdir .. baru ku tahu mudahnya beli barang dapur kat Honestbee Online

KASUT HITAM SEKOLAH PALLAS TETAP JADI PILIHAN! ANAK SELESA PAKAI, BERKUALITI

Sinopsis Drama RYAN ARALYN TV3 lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi

Lifestyle Resepi Nasinasi gorengnasi goreng plantaResepiresepi mudahresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. dansmsitj says:
    March 28, 2021 at 1:08 pm

    haring the article, and more importantly, https://vidmate.onl/download/ your personal experienceMindfully using our emotions as data about our inner state and knowing when it’s better to de-escalate by taking a time out are great tools. Appreciate you reading and sharing your story, since I can certainly relate and I think others can too

    Reply
  2. shareit says:
    May 20, 2021 at 7:54 pm

    mencari resep yang lebih menakjubkan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes