Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

FARM IN THE CITY
October 21, 2021October 3, 2023

FARM IN THE CITY SERONOK SAKAN ANAK-ANAK WALAU DAH 3 KALI DATANG SINI

Perghhh… Cuti sekolah yang panjang sampai takde idea nak bawak anak jalan mana. Akhirnya ulang datang lagi di Farm In The City. Ya ampun.. Walaupun dah datang sini 3 kali, puashati bawak anak-anak ke sini sebab terserlah keseronokan happy enjoy tengok anak-anak di FARM IN THE CITY minggu lepas.  

Isi Kandungan hide
1 FARM IN THE CITY
1.1 Petting Zoo Tempat best bawak anak jalan
1.2 Dah 3 kali datang Farm In The City. Anak-anak tetap enjoy!
1.3 Farm In The City | Tempat terbaik untuk anak terokai dan belajar tentang haiwan
1.4 Ada 27 station yang korang boleh explore di FARM IN THE CITY
1.4.1 Waktu operasi
1.5 Station wajib singgah di Farm In The City
1.6 Harga tiket FARM IN THE CITY ?
1.7 Tempat menarik di Selangor
1.8 Related posts:
2 Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online
3 RESORT AGROFARMSTAY MELAKA | Tempat best seminar/ team building / wedding
4 Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
5 DRAMA RINDU KASIH 2 Full Sinopsis Episod 1- akhir

Ya dah seminggu berlalu baru nak cerita. HAhaa..
Faktor utama sebab gambar banyakkkk sangat, sampai penuh storage phone. HAhaaa..
Jalan dengan anak memang beribu gambar. So Nina decide upload kat facebook dulu sebab gambar banyak sangat sampai tak boleh decide yang mana nak share dalam blog. Semuanya best!
Korang boleh laaa intai di fb Nina ehh…  Korang type je kat search FARM In The City #NinaMirza

FARM IN THE CITY

Seriously di sini lah moment kenangan yang anak-anak tak akan lupa sampai bebila. Sambil belajar sambil bonding time with family. Alhamdulillah great time. Semua ibu mahupun bapa akan rasa puas, rasa lega bila nampak anak-anak gembira!

Walaupun kita orang dah pernah datang sini 3 tahun lepas, cuti sekolah di Farm In The City memang happening. Anak seronok! Yelah, masa datang dulu Eicha kecik lagi dan sekarang Eicha dah 5 tahun , dah pandai so lain macam dia punya teruja, seronok main ngan haiwan kat sini.

FARM IN THE CITY TEMPAT MENARIK CUTI SEKOLAH

Tengok . . Gambar atas ni tahun 2015. Ini lah saat pertama kali Nina bawak anak-anak datang FITC.
Masa ni Eilhan pun kecik lagi. Paling seronok masa ni opkos Kakak, Eilman dan Yana explore Farm In The City. Depa punya cerita pasal Farm In The City, patpluh hari pun tak habis-habis!

Petting Zoo Tempat best bawak anak jalan

Siap masuk dalam karangan sekolah. Excited dok ajak suruh kengkawan pun datang sini.
Dan memang ramai pun lepas kami datang sini, kengkawan depa pun sama datang. Pastu borak bercerita keseronokkan kat sini sambung lagi kisahnya kat sekolah. Alahai… Indahnya zaman kanak-kanak. Gara-gara cerita anak-anak, sampai cikgu sekolah buat lawatan sambil belajar ke Farm In The City!

Kat sini memang best sebab kita boleh bagi makan, pegang, gosok bulu nya. Eicha habih dia dok belek-belek setiap haiwan yang ada. Selama ni dia dok tengok dalam buku je, ni depan mata siap boleh pegang bagi makan. Teruja Eicha! Haiwan pun jinak so boleh lah anak kita memain sama-sama …! 

FARM IN THE CITY

Dah 3 kali datang Farm In The City. Anak-anak tetap enjoy!

Masa ni kali ke-2 pegi. (tahun 2018) Eicha kecik lagi 3 tahun lepas. Umur Eicha masa ni tak sampai 2 tahun. Baru nak kenal haiwan tapi bukannya faham sangat pun. So kali ni Eicha dah 5 tahun, dah kenal haiwan dah terpahat dah dalam memori kenangan dia.

Umur yang sesuai bawa anak datang Farm In The City. Rasanya memang bagus bawak anak 2 tahun sekali datang sini lagi untuk kuatkan ingatan anak belajar tentang apa yang mereka lihat sentuh dan dengar. Anak kecil kan belajar dari apa yang mereka lihat, sentuh, dengar. Trust and believe experience is the best learning process for our kids kata omputeh! Haaa gituh 

Farm In The City | Tempat terbaik untuk anak terokai dan belajar tentang haiwan

Ok, ni gambar minggu lepas. Dah 3 kali datang sini, anak-anak semakin berani!
Mereka mula fahami sifat dan keperluan haiwan juga perlukan makanan, tempat tinggal yang bagaimana dan haiwan juga perlukan kasih sayang serta belaian human touch. Semakin meningkat usia, anak semakin dekat memahami erti keperluan dalam kehidupan. Ini apa yang Nina nampak apa yang anak-anak pelajari setelah beberapa kali datang ke Farm In The City. So setakat kata

  “Oooo… Dah pernah dah bawak anak datang sini Farm In The City so tak perlu or rugi datang lagi. Iyer ke? SALAH !”

Ya salah faham di situ. Mungkin kita yang bosan tapi anak kita belum tentu bosan ulang tempat yang sama. Sebab mereka belajar perkara yang berbeza dengan apa yang mereka lihat, dengar, sentuh, rasai. Sama macam dok kat rumah setiap hari, tetap belajar sesuatu dari apa yang kita buat. Dah nampak tak, Setuju?

FARM IN THE CITY dah beroeprasi semula

 Ada 27 station yang korang boleh explore di FARM IN THE CITY

 Kalau ikut map ada dinyatakan terdapat 27 station. Dekat Station Pet Village , Longkang Fish ni diperuntukan masa paling lama! HAhaa . . . Bertabah lah yaa MakPak. Kat sini anak-anak ralit dok main dengan arnab dan aktiviti paling happening Mak Pening adalah tangkap anak ikan. Anak-anak ni gigih cuba sampai dapat anak ikan so area sini ada Cafe dan tempat berehat. MakPak rehat lah dating sambil makan-makan, minum-minum bercerita dari hati ke hati gitu. HAhaaa

Macammana nak datang FARM IN THE CITY

Waze je 🚗

FARM IN THE CITY, Seri Kembangan Selangor
Follow waze gerenti terus sampai FITC. Parking pun banyak luas kat sini. Disarankan datang awal pagi, dapatlah parking depan pintu masuk. Kalau lambat, jauh sikit lah nak menapak.  

Waktu operasi

Weekend 9.30am – 6pm
Tutup – Selasa 

FARM IN THE CITY dah beroeprasi semula

Station wajib singgah di Farm In The City

Ini antara station yang korang wajib singgah.
Alpaca ni rare! Area habitat Alpaca ni sejuk. Siap ada aircond khas untuk dia.
Kura-kura paling tua yang ada kat sini korang kena ambik gambar kenang-kenangan. Korang tengok kura-kura ni jalan laju jugak! Idok ler jalan perlahan sangat seperti yang kita dok bayangkan dalam kisah hikayat kura-kura dan arnab tuh.

Jangan lupa nanti saksikan persembahan dari Burung Kakak Tua dan tak lupa si manja racoon yang korang boleh bagi makan. Dalam group racoon tu ada sekor yang agak nakal tau. Watch out! HEheee Overall berbaloi-baloi dengan harga untuk sekeluarga. Sambil jalan sambil belajar gitu.

Harga tiket FARM IN THE CITY ?

Tengah promo ni hanya RM132 – untuk 1 keluarga
2 dewasa dan 2 kanak-kanak
2 gift dari Farm In the City
2 box makanan haiwan
Rm10 diskaun voucher untuk belian makanan di Kampung Style Restaurant dan Family Set Meals.
Diskaun Rm5 voucher untuk belian Rm30 di kedai Souvenir
2 keping sijil penghargaan dari FITC

FARM IN THE CITY

Tempat menarik di Selangor

Menarik kannn?
Berbaloi sungguh bawak anak-anak explore main-main dengan haiwan yang comel belaka kat sini. Kenangan terindah ini mahal! Kita yang ciptakannya untuk memori anak-anak kita. Sememangnya Farm In The City adalah antara tempat menarik cuti sekolah selain Zoo Negara so rekemen korang bawak lah anak-anak ke sini
Korang tak akan menyesal punya lah, happening beb! Kalau tidak masa kan Nina dah ulang kali ke-4 ke sini. Sambil bercuti sambil belajar gitu.

Korang boleh lah intai promosi atau update dari media social rasmi mereka https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia !

Related posts:

Sinopsis Drama RISIK PADA HATI TV3 Tonton Online

RESORT AGROFARMSTAY MELAKA | Tempat best seminar/ team building / wedding

Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat

DRAMA RINDU KASIH 2 Full Sinopsis Episod 1- akhir

Lifestyle Parenting Review Tips Farm in The CityHarga Farm In The CityHarga tiket FITCHarga tiket masuk Farm In The CityInfo - ParentingInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaMini Zoo in the Citypetting zootempat best bawak anak jalanTempat Best Jalan-jalanTempat Cuti Budget BestTempat Menarik Cuti SekolahTempat Menarik di SELANGORTempat riadah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. yusmaliza says:
    October 21, 2021 at 1:46 pm

    Seronok tengok aktiviti nina bwa anak2.. saya pun setuju kalau ibu bapa yang lain bawak anak2 mereka kesini.. Banyak ilmu boleh diperolehi. Pengalaman meneroka alam haiwan dengan lebih dekat dpt memberi pembelajaran baru kepada anak2 serta lebih menyeronokkan.

    Reply
  2. Ezna says:
    October 21, 2021 at 3:16 pm

    Dulu masa Dania kecik2 duduk berdekatan juga dengan Farm In The City ni tapi tak pernah pergi. Sis rasa bagus sebab anak2 kita dapat berinteraksi dengan haiwan kat sini macam kambing, kura2 dan lain. Bagi pengalaman yang manis buat anak2 supaya sayang dengan makhluk yang lain juga.

    Reply
  3. putra87 says:
    October 21, 2021 at 3:18 pm

    Ok, next trip boleh pi sini pulak. minggu lepas baru je singgah Aquaria KLCC. Sekali sekala, kena dedahkan anak-anak dengan binatang and alam sekeliling, so nanti diorang kenal dengan binatang² yang ada. TQ for the sharing.

    Reply
  4. BELLA JAMAL says:
    October 21, 2021 at 4:00 pm

    Wah dah 3 kali pergi ke! Bella ni plan ke lebih tp belom lagi sampai. Suka la tgk binatang dan haiwan comel kat sana. Hope semua haiwan pun sihat dan terjaga sb terkesan pkp kan.

    Reply
  5. Ayu Rafikah Mohd Amin says:
    October 22, 2021 at 9:29 am

    memang seronok dan puas hati dapat bawa anak3 ke sini.. suka tgk haiwan yg jinak dan mudah didekati

    Reply
  6. Sunshine Kelly says:
    October 22, 2021 at 12:10 pm

    Best nyer! minggu depan i nak bawa anak buah pergi jalan jalan kat farm in the city juga.

    Reply
  7. Etuza says:
    October 25, 2021 at 9:42 pm

    Asalam..wow!! luarbiasa..meriah gambar di Farm..anak-anak kelihatan gembiranya

    Reply
  8. khai artzfar says:
    October 25, 2021 at 11:30 pm

    wah sampai 3 kali pergi! khai pun tak prnah lagi masuk. macam best je nanti ada rezeki nak try masuk lah bawa family or kawan ke. syukur dah kembali buka kan?

    Reply
  9. Ruby says:
    October 26, 2021 at 11:29 am

    Ruby pun suka ke sini. Ada plan ngan anak-anak nak ke sini masa tahun 2019. Nanti nak ke sini lah. Seronok sebab dapat pegang haiwan. Kenangan mereka pada tahun 2016 di FITC dah buat mereka simpan memori best. Walaupun Zoo Negara dekat dengan rumah. Tetap nak ke FITC. Hehe.

    Reply
  10. Pingback: Blog Marina Bashah raih 800 ribu view article Koleksi Resepi Berpantang - Nina Mirza
  11. Pingback: Cuti Sekolah Farm In The City Aktiviti Menarik FUN untuk anak
  12. Pingback: Tempat Menarik Cuti Sekolah Farm In The City Serdang Selangor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes