Cuti Sekolah di Farm In The City memang tempat yang berbaloi bawak anak-anak datang sini. Serius anak pasti suka sebab dalam ni adanya aktiviti FUN buat anak teruja enjoy! Ssyyhhh… kat sini lagi best dari Zoo sebab anak dapat pegang, main, dapat bagi makan dengan haiwan jinak dalam ni. Dah pernah datang sini?
Yeayyy esok cuti sekolah akan bermula! Seminggu aje tapi walaupun seminggu je anak-anak dok meratib nak pegi jalan. Huhuu . . . Pasti ramai ibubapa yang dok runsing lagi sakit kepala tetiba datang lah migraine bila fikir nak bawak ke mana cuti sekolah nie? Betul kan kan kannnnn….?? Kat mana lah nak bawak 4 ketul ni jalan-jalan ya? Kat mana tempat best menarik bawak anak cuti sekolah?
Kat mana tempat BEST berbaloi bajet ciput bawak anak jalan cuti sekolah ?
Kaum Ibu, mummy yang tak keje aka permaisuri rumah lagi laaa haru kat rumah. Anak-anak semua kat rumah dari pagi ke malam. Kalau anak sorang ok lagi, ala-ala peneman setia. Nie kalau berderet-deret 5-6 orang?? Gerenti banyak kali praktis vokal sampai nak pecah urat lidah dan dawai segala bagai~ *ermm… lidah ada urat eh?*Pak pak, abah, ayah, daddy, dada….. Sila lah fahami kaum ibu nie ehh
Uhuk uhukkk huwaaaa .. Huishh….!! Nangis teruk betul *
FARM IN THE CITY
Nina nak kasitau tempat paling seronok bawak anak-anak jengjalan cuti-cuti sekolah nie…Kalau pak, abah, daddy tak der coti, bos tak bagi ker….. tak per! Bawak aje jalan-jalan dekat-dekat – short trip. Yang penting anak-anak enjoy dan masa cuti mereka bermanfaat penuh dengan ilmu dan pengalaman terindah.
Pernah dengar tak FARM IN THE CITY . Dah femes tau tempat nie…. Kat TV pun dah selalu dok tayang. Cantik tempat dia…. Pernah menang Best Of Travel Award 2013. Dengan 3 tema Animal, Plants & Nature.. Menarik kan?
Petting Zoo haiwan jinak mesra kanak-kanak
Tempat ini sangat mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi. Ala-ala petting Zoo. Paling best kat sini ada macam-macam jenis haiwan ternakan yang sangat jinak.. Friendly lak tuu….. sapa yang friendly? Haiwan-haiwan tuu
Haiwan-haiwan yang manja lagi jinak dilepaskan begitu saja sesuai dengan habitat mereka. Bayangkan kita boleh pegang rusa, kambing, itik, arnab, burung dan banyakkkk lagi. Boleh belai, kasi makan, touch-touch, peluk pun boleh…. Selfie ngan haiwan nie pun boleh! Sempoi. Tak boleh bawak balik ajer ler
Anak-anak Nina nie tak der kampung. Nak bawak pegi Zoo sekarang dah mahal. Itupun boleh tengok dari kejauhan aje…. Baik dok rumah pasang TV channel dokumentari, Eilman layan je dokumentari. Suka dia!
Cuti Sekolah Best di Farm In The City
“Nyam nyamm, kunyah-kunyah” katanya
Anak-anak gerenti teruja lagi enjoy sakan dapat beramah mesra ngan haiwan kat sana. Maklum lah first time dapat pegang, mengusap dan merasai bulu rusa! Siap bagi makan lagi.. Eilman kata “Jangan takut.. jangan takut… Eilman sayang.. Eilman sayang…
Anak seronok! Haiwan jinak. Memang BEST bawak anak jalan CUTI SEKOLAH FITC
Berkawan ke sana ke mari … Sentiasa dalam kumpulan. Kuat ikatan persahabatan mereka.
Adakah kita pun sama?
Anak seronok! Berbaloi bawak anak jalan sini
Pastu jangan ngada-ngada nak buat panggang ikan bakar lak kat sana. Nehi nehi~
Lepas dah dapat tangkap **itupun kalau uolss dapat tangap** pastu kena lepaskan balik.
Cuti Sekolah di Farm In The City | Anak-anak Seronok FUN!
Best laaa kat FARM IN THE CITY! Macam-macam ada” – Eilman
Ada arnab, dari baby hingga lah yang paling besar gebus, kolam ikan yang penuh dengan ikan. Tabur ajer makanan…. Berebut ikan-ikan tuu kerumun.
Makanan semua FREE. Petugas kat situ akan beri… Ada kancil yang cerdik! Eh! Dah macam tajuk buku hikayat pulak. HAhaa
Burung yang cantik dan peramah. Tak lari… boleh ajer pegang. Ada show time.. Paling best, ada anak ayam. Boleh tangkap dan pegang… comel ajer! Ada anak penyu. Seronok yana dapat angkat. “Yang ini kecik jer,comel. Tak berat macam tadi tuu… yana nak bawak balik boleh tak?” erkk~ Pastu boleh naik pony round round keliling padang.
Aktiviti menarik, anak enjoy FUN di Farm In The City
Kat sini ada sediakan café. Macam-macam menu ada… Sebaiknya pegi pagi-pagi. Tak panas. Memang tak panas pun kat sini pasal banyak pokok. Segar ajer rasa… Pastu lak, kalau pepagi haiwan-haiwan nie masih fresh! Asal bagi ajer dia makan…. Kalau dah tengahhari sikit, dia pun dah penat dan kenyang… Malas sikit nak layan pengunjung. Haiwan pun tahu penat…
Pesanan dari panaja :: Nina laaa ya! Sila bawak air mineral. Gerenti haus dan penat. Selalunya round-round dalam nie anggaran 3jam boleh habis. Tapi kalau macam anak-anak Nina dok belek-belek tiap yang ada memang lamaaaa sangat. Berjam-jam! Tak penat lak derang… Seronok lah katakan. Bila enjoy memang tak akan rasa penat. Banyak sungguh lak tuu soalan
Cuti Sekolah BEST Farm In The City
Tempat yang sangat sesuai buat lawatan cuti-cuti sekolah anak-anak disamping memberi pendedahan dan pembelajaran tentang FARM. Tak akan jumpa kat mana-mana FARM yang mengumpulkan segala jenis haiwan ternakan dalam satu FARM.
Berbaloi-baloi.
Lokasi
betul-betul belakang Giant Seri Kembangan. Berdekatan dengan The Atmosphere, Seri Kembangan.
Harga tiket masuk Farm In The City
RM25 kanak-kanak/ warga emas – Berbaloi-baloi
Masa operasi
Disarankan datang pagi , sila bawak air dan payung
Kenangan terindah cuti sekolah di Farm In The City
Sebelum balik singgah port sini ambik gambar sekeluarga. Tengok tuu Eilhan kepenatan expore sana sini. Tentu terbwa-bawa dalam mimpi dia kot. Hehee
Rekemen korang ke sini . Serius BEST!
Pegi lah dan rasai keseronokkannya yang tersendiri. Pasti ini menjadi kenangan terindah buat kita dan anak-anak. Aktiviti di sini diterapkan ilmu sains kehidupan dan pendedahan bersama pengalaman berharga yang tak ternilai harganya buat mereka.
Terima kasih buat #kelabbloggerbenashaari yg telah memberi kenangan terindah kami di Farm In The City!
Cognitive and interesting trip. Children were able to see many different birds and animals. Great review. Such an exciting tour is all delighted. Thank.
Artikel yang berguna, saya menghargainya