As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Cuti Sekolah baru jer bermula beberapa hari. Aduh… Ini lah saat paling mencabar buat insan yang berjawatan house manager. Konon… tak mau kalah. Jawatan manager masih nak pegang! Hahaa.. Resepi Kek Pisang Paling Mudah Sedap Gebu
Setiap pagi lepas anak-anak dah celikkan mata maka bermula lah huru hara kat rumah ni. Ada yang nak jadi cikgu, jadi murid, jadi chef, jadi bos-bos dan mak nya tetap jadi cikgu vokal sepanjang cuti sekolah ni. Bukan Gegar Veganza dah lagi… Bergegar rumah dibuatnya! Hahah… tabah jer laaa ya Mak mak semua. Ini normal. Kalau rumah nya sunyi sepi itu yang tak normal tuk tumbesar anak-anak.
Ok. positif! Relax.. Tarik nafas lepasss… Tarik… lepasss… Lepaskan nafas ya bukan udara kat bawah lak! K_nTut ?? Haha.. Sila tutup hidung. Bau sampai sini. Haishh… Buruk perangai. Choiii
Hari ni Nina nak kongsikan resepi yang paling cepat mudah tapi sedap gebu. Berkhasiat lagi. Menu ni gerenti anak-anak suka. Jangan risau bab pembaziran. InsyaAllah ianya tak akan berlaku. Tapi kalau setakat makan berdua tuu, hulur-hulur lah kat jiran tetangga. Dapat pahala. Kot sebelum ni tak kenal, dia rasa sedap tetiba dapat order. Nanti tetiba boleh buka kedai kek. Eh! Verangan… hehe
Resepi ni dah banyakkkkk kali Nina buat. Paling best tak perlu mixer, sukat-sukat timbang-timbang gram. Senang sangat resepi pakai sukatan cawan. Pastu lak korang blend aje. Kalau tak de blend, korang kocok lah sampai rata. Pastu lak kalau korang tak de oven, korang boleh kukus, kalau tak de pengkukus, korang pakai magic pan. Kalau tak de gak.. Tengok baca jer laaa citer Nina ni. Hehe.. Benda mudah, sedap lak tuu kalau korang tak try rugi besar …
Nah… Ini lah Resepi Kek Pisang yang super moist sedap gebu sukatan cawan yang Nina rekemen korang cuba! Korang boleh jer pelbagai kan jadi apam, jadi cupcake, jadi cake sebiji, jadi muffin, jadi apa jer yang penting boleh makan dan sedap! Yang best ianya berkhasiat. Pisang kann kaya dengan sumber protein.
Jom tengok Nina rajin nak salin letak copy paste resepi nya . Zzassss >>>>
Resepi Kek Pisang Paling Mudah Sedap Gebu
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**
Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit. Comel-comel bakar 20 minit
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…
Senang aje kan..?? Sap sap suiii aje! Yang penting, dari air tangan orang tersayang pasti lagi sedap, bersih dan halal toiyibban… Resepi Kek Pisang Paling Mudah Sedap Gebu
sedapnya.. sy singgah sini buat kali pertama 🙂
Pisang memang elok untuk kesihatan. Buat kek mesti anak anak suka
⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔
Tumpang tanya, saya baru nak belajar buat kek. Kertas minyak tu sama ke dengan kertas alas untuk kek buah? Mohon pencerahan. Saya baru nak berjinak-jinak dengan baking. Terima kasih
Nina tak sure krtas yg dimaksudkan untuk kekbuah
Sama kot…
Kertas minyak /kertas kek boleh beli kat kedai kek.
Hari ni kite try ikot resepi mudah dan simple ni….anak2 asek nk membeli jer kek pisang…kering kontang pulak tu….haha…ikot resepi kak nina ni lagi sedap….lembab2 yg penting pak budak pon suke…tq kak nina
Syahirah ,
Alhamdulillasama …. Sama-sama kembali.
Nina tumpang happy
Paling seronok bila Pak nya pun suka!
Kannn….. rasa nak lompat bintang kannn
Hahaa