Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 7, 2012January 11, 2016

Oppsss..! Entry terperam.. Happy Birthday to ‘My beloved Gang’…Red Velvet Cake ker nie….?? Awat nyerrr deko colour PINK?? Hehee . . .

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Stress. .. Kanak-kanak pun ada stress? Nak buat macammana ni.....
3 Makan Malam di WARISAN AYAH 3Q STATION terbaik! Ehh .... Breakfast pun sedap kat sini.....
4 AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK
5 Pantang Bersalin : Ini kata Doktor Imelda

Entry tertunggak …… baru perasan lupa nak publish. Punya lah lama dok bertapa dalam draf. Hehehe….

Tanggal 24hb November yang lalu, Birthday My ‘Gang’ a.k.a Mr. Hubby Nina yang tersayang. Dah lama Nina teringin sangat nak cuba buat Red Velvet Cake nie… Alhamdulillah, terlaksana juga.

Tapi ….. awatnya kek nie colour pink?? Hik hik hikk~~~
Ini kan Birthday Hubby Nina, should be colour Man or atleast colour RED cuz dah nama pun Red Velvet Cake kannn …..

My Gang kata nanti masa potong cake dia nak kena pakai tudung ker…. baru sesuai ngan pink cake nie? Hahahaa ….

Gini ceritanya… dah ready buat cream cheese frosting dan nak memulakan deco
tup tup tupppp______ baru perasan yang colour merah dah habis. Ayoyoo… yg tinggal hanyalah colour ‘pink’. Hrrmmm…. belasah ajer lah! Lagi pula, nak buat makan kami anak-beranak + family ajerr punn kannn~

Suka sangat akan rasa Red Velvet cake nie yg sangat moist dan kombinasi frosting cream cheese nya memang mabelesss !!
Jom tengok resepi nyaaa…

picture nie My Gang yang tolong snapkan….. Ok juga kannn? Masa nie Nina gi kuliah..
TQ hubby

sila abaikan colour pink & jumlah lilin tuu yea… bukan umur sebenar punn – suka-suka letak untuk anak-anak 🙂

RED VELVET CAKE

Bahan untuk cake
250g tepung kek  – diayak
1/2 sudu kecil garam halus – diayak
15g @ 2 sudu besar serbuk koko – diayak
113g @ 1/2 cawan butter
250g gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk
2 sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil  soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:
250g cream cheese –  dibiarkan ia lembut dahulu
100g butter tanpa garam
180g gula ising
2 cawan Non-Dairy Whipping Cream


Cara penyediaan buttermilk
Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.

Cara penyediaannya
1. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
2. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 – 2minit.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
4. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
5. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
6. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
7. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
8. Sejukkan di atas redai kemudian belahkan kek kepada beberapa bahagian.
9. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan cream cheese dan butter dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
10. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.

picture tak berapa jelas sebab masing-masing dah sibuk nak makan kek…
belasah ajer laaa~~~ yang penting ianya asli dari air tangan sendiri dan janji ini gambar bukan cilok dari orang lain punya kannnn….!! 😉




Related posts:

Stress. .. Kanak-kanak pun ada stress? Nak buat macammana ni.....

Makan Malam di WARISAN AYAH 3Q STATION terbaik! Ehh .... Breakfast pun sedap kat sini.....

AEON X OMAR HANA ONIGIRI MENU SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Pantang Bersalin : Ini kata Doktor Imelda

Lifestyle cakeCeritera Nina

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. JaSSNaNi says:
    December 7, 2012 at 2:36 pm

    assalamualaikum.. singgah sini jap.. nak amik sepotong kek… bley? hehehe..
    canteknya deco.. pandai wat.. ada tone lagi.. 🙂 nyam nyam.. puas hati wat sendiri kan..

    Reply
  2. FARAH deeb says:
    December 7, 2012 at 5:02 pm

    Cantiklah deco tu! Pink lagi! I likeeee 🙂
    My latest Entry 🙂
    Resepi: Egg Moist Eggless Chocolate Cake

    Reply
  3. Rohah says:
    December 7, 2012 at 10:06 pm

    kelerr pink ni mmg nampak soft je kan…, lsgi2 ditonekan ngan putih..cantkk!!

    Reply
  4. Anonymous says:
    December 24, 2012 at 7:31 pm

    salam nina..saya mohon tulis resepi dlm buku..hehehe..tima kasih ye..walaupun x sebaik awak sekurang kurangnya anak x beli kat kedai dan hasil dari air tangan utk kuarga …ma sih daun keladi..:)—-roseliendaabdaziz(ienda)

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    December 24, 2012 at 11:44 pm

    Wslm Ienda …
    Silakan, sememangnya untuk dikongsi bersama 🙂
    terima kasih yea sudi singgah teratak Nina yg tak seberapa nie..
    selamat mencuba

    Reply
  6. wardah janah says:
    August 20, 2013 at 1:34 pm

    assalamualaikum, saya nak belajar cara deco kek ni? nnti tunjuk tutprial untuk hias kek pulak bleh ke? hehehe

    Reply
  7. Aishah Rosli says:
    September 9, 2013 at 3:12 am

    salam…tq yerk untuk resepinya…now jam dah 3 pagi…esok birthday hubby…hope berjaya buat surprise kat dia secantik kek u….ini 1st time…doakan berjaya yerk….

    Reply
  8. syaseby says:
    September 2, 2014 at 2:37 pm

    mcm mn nina wat 2 tone tu..isi dlm piping bag sebelah menyebelah ker?tunjukla tutorial plssss…hihi.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes