As’salamualaikum dan Selamat Pagi..!! Apa khabar kengkawan? Sihat? Dah sarapan? Breakfast apa pagi ni..? Keje ker hari ni? Berapa banyakkk punya soalan daaa.. Hahaa ambik berat sebab tu tanya Baik kan Nina..? Eerkk.. Resepi Kueh Kaswi Pandan Sedap
Ok, abaikan perah santan Nina yang kekadang over puji diri sendiri. Biar kan Nina tuu terjun dengan labu-labu nya.. “Biar kannn” *sebut ala dialog P.Ramlee citer Seniman Bujang Lapok* Eh! Dah melalut ke citer P.Ramlee lak
Resepi Kueh Kaswi Pandan Sedap dan lembut jer
Dah dah … Fokus fokus! Hokey, hari ni Nina nak kongsikan resepi kueh tradisional Malaysia. Ini antara kueh kegemaran Nina. Asal kueh nya bersantan, lemak berkrim, lembut, ada kelapa – Nina suka! Nina memang hantu santan. Kalau tengah masak masakan bersantan, Nina akan rasa sesudu santan segar. Perghh… sedap lemak berkrim! Korang ngan ikut eh perangai buruk Nina.. Memang buruk perangai kann
Kueh Kaswi ni yang membuatkan ianya sedap sebab lembut, lemak berkrim. Kalau kena yang keras kejung memang out! Lagi satu.. salutan kelapa parut nya harus ada sikit garam. Baru laa terangkat..
Jom tengok resepi Kaswi Pandan kegemaran Nina..
Resepi Kueh Kaswi Pandan Sedap
Resepi asal : MyResepi Kaswi Kak Besah
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan (Nina letak 1 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh Air kapur sirih
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
Cara membuatnya :
1- Mula-mula, panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunanya tidak mengambil masa yang lama.
2- Kesemuanya bahan adunan dicampur dan dikacau rata sehingga tidak bergentel. Nina guna whisk
3- Kemudian tapis adunan tersebut
4- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
5- Kukus selama 20 – 25 minit. Penutup pengukus dibalut kain agar air kukusan tidak terkena kaswi.
6- Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.
Note : Kelapa parut Nina kukuskan sebentar supaya lebih tahan lama dan lebih rasa lemaknya.
Senang dan cepat kan ….. Selamat mencuba !!
Buat yang suka Kueh Kaswi Pandan ni pasti korang suka rasa pandan kann?
Korang patut cuba buat Resipi Kuih Nona Manis Sedap ni jugak. Rasa dia ya ampun… tak cukup seketul! HAhaa..
Sedapnya…okey weekend ni nak cuba la….