Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI DAGING
June 18, 2023June 21, 2023

RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA!

Tak lama lagi Raya Aidiladha. Sana sini meriah dengan daging. Alhamdulillah rezeki. Tapi bila dah banyak daging tentu mula lah buntu takde idea nak masak apa daging nih? Hari ni Nina kongsikan koleksi RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA! Antaranya Sup Tulang Merah, Daging Black Pepper, Daging Korban Berempah, Daging Singgang special untuk yang berdiet eat clean, Western food untuk anak yang picky eater Resipi Meatballs Ikea homemade, Daging Masak Kicap style Nina, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin Singapore Menu Raya Nina, Daging Masak Kurma dan banyak lagi.

Isi Kandungan hide
1 Daging Korban masak apa ?
2 TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar
2.1 Potong kecik rebus separuh masak
2.2 Elakkan daging segar kena air sebelum masak
3 TIPS PETUA Lembutkan daging dengan cepat
3.1 MASUKKAN SUDU BERSAMA GARPU
4 RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA!
4.1 DAGING KORBAN GORENG BEREMPAHRESEPI SIMPLE SEDAP
4.2 Daging Korban Goreng Berempah
4.3 Daging Korban Goreng Berempah Cara Masak Simple Sedap
4.4 Resipi SUP TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap
4.5 Resipi RENDANG DAGING Sedap Mudah Style NinaMirza
4.6 Cara Masak Rendang Daging Sedap Mudah Style NinaMirza
4.7 Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore sedap mudah (style Nina)
4.8 Cara masak Sambal Goreng Pengantin Singapore
4.9 Resipi Daging Black Pepper Mudah Sedap
4.9.1 Cara Masak Daging Lada Hitam
4.10 Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
4.11 Cara daging masak kurma
4.12 Resepi Kari Daging Sedap Simple Mudah Pekat Menjilat Jari
4.13 Cara masak Kari Daging Paling Mudah Sedap
4.14 Resepi Daging Masak Kicap Paling Sedap Senang Mudah
4.15 Cara masak Resepi Daging Masak Kicap
5 RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA!
5.1 Resepi Daging Kerabu Ala Thai
5.2 Cara masak Kerabu daging
5.3 Tip buat kerabu daging
5.4 Resepi Daging Salai Masak Lomak Cili Padi
5.5 Cara masak Resepi Daging Salai Masak Lomak Cili Padi
6 RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA
7 Resepi Daging Singgang
8 RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA
8.1 Resepi Daging Tetel Asam Pedas
9 RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA
9.1 Resepi Daging Style Western
9.2 RESIPI SWEDISH MEATBALL ALA IKEA HOMEMADE
9.3 Cara buat meatball
9.4 Cara buat Swedish Meatball ala IKEA homemade
9.5 Related posts:

Daging Korban masak apa ?

Tidak dinafikan bila tiba Hari Raya Haji, selalunya daging korban kita masak sup. Boleh dikatakan memana surau, masjid akan masak sup. Apakata sesekali kita tukar, pelbagaikan menu daging. Resepi Daging yang Nina kongsikan tak susah mana pun paling femes Sup Tulang Merah! Perghhh… Memang layan makan sama roti. Sebaiknya tulang kambing, tapi kalau takde tulang kambing, tulang lembu pun onzzz!

Ok, buat yang menjalankan ibadah korban bahagian daging yang ada sebaiknya disimpan dengan elok. Diasingkan terus yang mana nak dimasak dahulu dan selebihnya simpan dalam fridge.

Resepi daging

TIPS PETUA elak daging berbau dan kekal segar

Potong kecik rebus separuh masak

Ok, Nina kongsikan cara Nina.. Cara orang lain Nina tak pasti. Cara Nina memula sekali korang potong sesiap daging tu potong kecik-kecik  pastu rebus sekejap tanpa air. Masa rebus tu korang letak jintan manis dan halia.

Tujuan rebus daging tu untuk buang darah pertama yang ada kat daging tu. Nina rebus air sikit jer, Air rebusan pertama tu korang nampak darah nya keluar kannn? Nina buang air rebusan pertama tu. Sebab darah tu yg buat daging tu berbau.

Lepas tu, sejukkan daging dan baru lah simpan dalam sejukbeku. Nina asingkan air rebusan. Kot nak pakai untuk maskan berkuah contohnya mee, bihun ker … Tapi kalau masak rendang ker, Nina buh semua air rebusan tu..

Elakkan daging segar kena air sebelum masak

Ahaa… ni TIPS PETUA paling basic korang kena tahu. Tok nenek dah pesan, sebelum masak atau simpan daging tu korang elakkan daging segar TERkena air. Kalau laaa dah TERkena, masa baik korang terus cuci dan rebus daging tu. Lebih selamat.

Ketahui banyak lagi TIPS petua elak daging berbau

tips petua melembutkan daging dengan cepat

TIPS PETUA Lembutkan daging dengan cepat

Perkara paling penting bab daging ni tentunya cara lembutkan daging.
Ya daging yang sedap kena lah lembut empuk, mudah digigit. Antara tips paling berkesan lembutkan daging dengan cara memasukkan sudu garpu besi semasa merebus.

MASUKKAN SUDU BERSAMA GARPU

Walaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling top, mudah dan popular. Kiranya ini memang petua orang dulu-dulu.

Cuma letakkan sebatang sudu bersama garfu besi ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Ada pesan kena letak sudu dan garfu baru mereka bekerjasama melembutkan daging. HEhee..
Memang cepat lembut sebab dipercayai sudu ni dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca. Secara sains nya, dipercayai sudu ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.
Nina sendiri gunakan tips petua dan cara ini, memang betul lembut dagingnya!

Selain tuu ada yang masukkan soda bikarbonat, cuka, lemon, daun betik dan banyak lagi …
Ketahui tips petua lembutkan daging dengan cepat tanpa pressure cooker

RESEPI DAGING

RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA!

DAGING KORBAN GORENG BEREMPAH
RESEPI SIMPLE SEDAP 

Bahan-bahan
500g daging 
1 biji bawang besar – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
2 inch halia – dimayang
2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas lagi sila lah tambah sendiri ehh…)
2 sudu besar kicap lemak manis
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Daging Korban Goreng Berempah Simple Mudah Lembut moist sedap

Daging Korban Goreng Berempah

Bahan berempah
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 serbuk besar serbuk ketumbar
2 sudu besar jintan manis

Bahan sampingan
Daun sup
1 biji bawang besar – dipotong berbaji

Bahan perap daging
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
sedikit serbuk kunyit


Daging Korban Goreng Berempah Cara Masak Simple Sedap

  • Daging dihiris nipis-nipis, dibersihkan dan diperap bersama bahan perap lebih kurang 30 minit atau lebih lama lagi bagus
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  • Masukkan cili blend dan masak sehingga garing dan pecah minyak
  • Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata dan goreng hingga daging empuk
  • Setelah itu, masukkan bahan berempah, kacau rata
  • Jika mahu berkuah boleh lah ditambah dalam 3/4 cawan air dan masak hingga kuahnya pekat (kalau tak nak pun tak apa…. terpulang pada citarasa individu)
  • Rasakan dengan garam secukup rasa
  • Masukkan daun sup, dan bawang yang dipotong berbaji – kacau rata
  • Sedia dihidangkan

Resipi SUP TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap

Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap

Bahan-bahan
Untuk rebusan
1kg tulang gear box kambing / tulang lembu
Halia hiris nipis
2 pack Sup Bunjut Tulang Adabi

4 biji Tomato – dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree
1 1/2 cawan Sos Tomato
3 sudu besar remoah sup. Bancuh dengan sedikit air
Sedikit pewarna merah – Nina buh sikit jerr
1 biji telur- dipukul rata guna garfu ala telur dadar
1 buku gula melaka
4 biji kentang – kupas kulit, potong kecik kemudian goreng. Pastu lenyek-lenyek kan. Nak senang blender jer terus. Ketepikan. Nanti nak masuk dalam kuah untuk pekatkan kuah.
Tapi alternatif lain kalau malas sangat, sediakan bancuhan air tepung jagung. Tapi eh.. Tapi lagi, kentang lagi sedap sebab manisnya rasa kentang tu…
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit kicap lemak manis. Dalam 4 sudu besar
Daun ketumbar – cuci bersih, tak payah buang akar dia, masukkan sekali dengan akar. Penting tau, aroma daun ketumbar ni buat Sup Gear Box Tulang Merah ni sedap!

Untuk tumisan
6 biji Bawang Besar – dikisar
5 ulas Bawang Putih – dikisar
1 inci Halia – dikisar
1/2 cawan cili kering yang dikisar
2 batang serai – dikisar
Sedikit minyak untuk menumis

Rempah 4 sekawan
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

Bahan sampingan
Kentang
Carrot

Cara masak SUP TULANG MERAH 

1- Memula sekali korang cuci bersih tulang gear box dan direbus bersama sup bunjut dan halia hingga empuk dan ketepikan
2- Tumiskan bahan-bahan yang dikisar (bawang besar, bawang putih dan halia) bersama rempah 4 sekawan hingga wangi. Pastu masukkan cili dan masak hingga pecah minyak
3- Kemudian masukkan pes rempah sup, masak hingga mendidih.
4- Pastu masukkan tomato puree, akar daun ketumbar dan tomato yang dipotong dadu, gula melaka masak hingga tomato hancur dan gula melaka larut.
5- Masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan tadi. Biarkan mendidih. Kalau air kurang tambah laaa air ikut banyak mana perlu.

Resipi SUP GEAR BOX TULANG MERAH SINGAPORE Paling Mudah Senang Sedap

6- Masukkan bahan sampingan (kentang/carrot) dan masak hingga empuk.
7- Pekatkan kuah dengan kentang blend tadi atau bancuhan air tepung jagung dan sedikit pewarna merah. Dah nama dia sup gear box tulang merah kannnn, opkos kena laaa titiskan sikit pewarna merah baru laaa uumpphhh..!! Tapi kalau tak mau masukkan pewarna merah pun ok jer… Warna jer laaa tak menyelerakan, jangan salahkan kita lak ehh.. . Kacau rata kesemuanya.
8- Kuah dah mendidih, masukkan telur yang dipukul tadi – kacau rata, masak hingga mendidih. Kepekatan kuah ikut selera masing-masing. Korang yang nak makan kannn, pepandai laaa adjust ehh
9- Akhirnya sekali, titiskan sikit kicap lemak manis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ceduk kuah buh dalam mangkuk, (mangkuk tu biar laaa besar sikit supaya idok lerrr malu kot nak tambah nanti) hehee…

Tabur bawang goreng, daun ketumbar sedia untuk di makan cecah bersama roti perancis. Slurrrppppp… Sedap beb!
Amacam, kali ni nak masak lain dari lain? Rare sikit sup nya, asyik sup tulang biasa jer kannn?
Bahannya tak susah pun kannnn? Cara masak pun simple jer, korang ikut jer step Nina share tu… InsyaAllah menjadi.

Resipi RENDANG DAGING Sedap Mudah

Resipi RENDANG DAGING Sedap Mudah Style NinaMirza

Bahan-bahan
2kg ++ daging (potong nipis kecil)
10 helai daun kunyit (mayang halus)
4 batang serai (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 kotak santan kotak
4 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula merah
Garam sesedap rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan-Bahan (Blend)
30 tangkai cili kering + cili api (mengikut kepedasan sendiri)
5 biji bawang besar
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih dikisar
2 inci halia halus
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 batang serai

Cara Masak Rendang Daging Sedap Mudah Style NinaMirza

1.-  Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2.-  Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3.-  Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
4.-  Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
5.-  Biarkan sehingga naik minyak.  Gaul rata semua pastu tutup api.
6.-  Sedia dihidangkan bersama nasi panas , nasi impit, lemang.

Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore sedap mudah (style Nina)

Sambal Goreng Pengantin Singapoore Sedap Mudah Menu Raya Popular

Bahan-bahan Utama
1kg daging – rebus dulu kemudian potong dadu dan goreng
4 paket Tempe – potong dadu dan goreng
4 keping Tauhu – potong dadu dan goreng
1 1/2 kg Udang (sederhana saiz) – cuci bersih dan goreng

**kesemua nya perlu di potong dadu, digoreng asing – satu persatu dan diketepikan. (Udang goreng last)**

Bahan kisar 1
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3inch Halia
4 batang Serai
Belacan

Bahan kisar 2
Cili kering dalam dua genggam. Buang biji, rebus dan blend. Nina shortcut guna cili giling ready made brand Puteri aje! hehee ….

Bahan lain
Santan kotak kecik
Perahan air asam jawa
Gula Melaka
Garam
3 biji Cili Merah – racik halus (untuk hiasan jer)

Cara masak Sambal Goreng Pengantin Singapore 

1- Kesemua Bahan Utama dipotong dadu, di goreng satu persatu dan diketepikan. Udang goreng last.
2- Lebihan minyak goreng udang tadi, tumis Bahan kisar 1 hingga wangi dan keperangan. Kemudian masukkan Bahan kisar 2 (cili giling). Masak sampai pecah minyak.
3- Masukkan sedikit perahan air asam jawa dan diikuti dengan santan. Kacau rata hingga mendidih.
4- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5- Kemudian masukkan Bahan Utama yang dah digoreng tadi. Gaul rata kesemuanya. Hiaskan dengan cili merah yang dah diracik halus.
6- Sedia dihidangkan.

Selain sedap dimakan time Raya bersama Lontong Daun Pisang, makan ngan nasi putih pun sodap! Kalau tak makan nasi, makan ngan roti pun ok. Boleh habis sebuku roti kalau tak de sapa tegur. hehee…
Hurmm… Dah nama menu kegemaran, makan gitu pun sedap! Oopsss…!!

Resipi Daging Black Pepper Mudah Sedap

Resipi Daging Black Pepper Sedap Mudah

Bahan-bahannya
Daging di hiris halus atau ikut suka. Rebus bersama halia dulu sampai empuk supaya daging lembut sedap di makan.
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Sos Tiram
Biji Black Pepper – tumbuk kasar ( atau beli jer yang dah siap)
Capsicum merah, hijau, kuning
Tomato – belah 4
Sampingan – kentang , carrots ikut citarasa memasing
Garam secukup rasa
Minyak bijan beberapa renjis

Cara Masak Daging Lada Hitam 

1.-  Panaskan pan, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga keemasan dan berbau wangi
2.-  Kemudian masukkan sos tiram diikuti daging yang dah direbus awalnya.  Gaul rata masak hingga semuanya sebati dan daging meresap dalam daging
3.-  Masukkan lada hitam atau black pepper yang dah ditumbuk tadi. Kacau rata sebatikan kesemuanya
4.-  Masukkan kentang kalau nak… Nina letak kentang sebab anak-anak suka makan kentang. Selain kentang boleh jer masukkan carrots. Masak rata sampai kentang empuk
5.-  Kemudian masukkan capsicum hijau, merah dan kuning. Kacau rata
6.-  masukkan tomato, kacau rata
7.-  Untuk hiasan, Nina masukkan hirisan carrots. kacau rata
8.-  Dah gaul rata sebati semua, renjiskan beberapa titik minyak bijan. Dan taburkan hirisan bawang besar
9.-  Tutup api siap!

Resipi Daging Black Pepper Sedap Mudah ni ringkas cara masaknya. Kombinasi tumisan dan capsicum antara bahan yang wajib korang letak. Tanpa capsicum akan ada beza dari segi rasa. Tak caya try.. Nina suka bila letak capsicum. So sedap! ikut tekak Nina sekeluarga laaa

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah 

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Bahan-bahan
400g daging – dihiris nipis-nipis supaya cepat empuk. Nina perapkan daging bersama serbuk kurma dalam 20minit. 
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 ulas bawang putih
2 inch halia
rempah 4 sekawan
4 sudu besar serbuk kurma – dicampurkan dengan sedikit air (jadikan pes)
Air
1 kotak santan
garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara daging masak kurma

  • Daging dibersihkan lalu ditoskan
  • Perap daging bersama serbuk kurma dalam 20minit.
  • Panaskan periuk dan minyak
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Masukkan serbuk kurma yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak dan garing
  • Masukkan rempah 4 sekawan
  • Masukkan air, kentang … masak hingga kentang separuh empuk
  • Masukkan daging … masak hingga daging empuk
  • Setelah itu, masukkan santan dan kacau selalu dan rata .
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Sedia dihidangkan …

Selamat mencuba !! 

Resepi Kari Daging Sedap Simple Mudah Pekat Menjilat Jari  

Resepi Kari Daging Sedap Mudah Cepat DiMasak

800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari korang
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai


Cara masak Kari Daging Paling Mudah Sedap 

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan..

Resepi Daging Masak Kicap  Paling Sedap Senang Mudah

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Bahan-bahan
+-300g Daging – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air

Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Cara masak Resepi Daging Masak Kicap

1- Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk.
2- Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3- Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4- Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.
5- Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau

RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA!

Resepi Daging Kerabu Ala Thai

Buffet Ramadhan KL International Hotel

Resepi Kerabu Daging ala Thai, sejenis kerabu yang sangat sedap dan popular dari negara jiran. Kombinasi masam, pedas dan aroma dari hirisan serai yang sangat harum membuatkan kerabu ini sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi panas. Pastikan daging yang digunakan adalah segar.

Bahan-bahan

  • 300g daging, rebus smpai lembut
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 5-7 biji cili padi, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis, ambil jus
  • 3 helai daun limau purut, hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa

Cara masak Kerabu daging

  1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
  2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas. ba
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

Tip buat kerabu daging

Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.

Resepi Daging Salai Masak Lomak Cili Padi

Buffet Ramadhan KL International Hotel
  • Bahan-bahan utama :
    • 1 kg daging salai
    • 15 biji belimbing buluh
    • 4 batang serai dititik
    • Semangkuk santan segar
    • 3 keping asam gelugor
  • Bahan-bahan kisar :
    • 4 ulas bawang merah
    • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
    • 1 inci belacan
    • 1 inci halia
    • 2 inci kunyit hidup

Cara masak Resepi Daging Salai Masak Lomak Cili Padi

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut

RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA

Menu eat clean berasaskan resepi daging yang ni paling senang masak!
Semua pun lebur dalam periuk, masak hingga daging empuk. Bukan je senang tapi sedap
So pepandai adjust portion. Jangan asyik makan selamba pi tambah nasik lak. Musnah diet nanti. HAhaa…

Resepi Daging Singgang

Resipi Daging Singgang

Bahan bahan
1 kg daging – hiris nipis
2 inci lengkuas – hiris nipis 
2 inci halia – hiris nipis 
6 ulas bawang merah – hiris nipis
10 ulas bawang putih – hiris nipis
8 tangkai cili padi merah
6 tangkai cili kering – potong kecil
2 sudu besar ketumbar biji – tumbuk kasar 
5-6 keping asam keping / asam gelugor
Garam secukup rasa
Air – secukupnya

Cara masak resepi Daging Singgang

1- Masukkan kesemua bahan bahan dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tutup periuk supaya daging cepat empuk. Jika air kurang, boleh tambah. 
2- Bila daging dah empuk, tambah garam secukup rasa. Nina tak letak sebarang perasa tambahan. Dilarang dalam rumah Nina segala msg bagai. Tapi kalau korang suka dan rela boleh lah letak ikut suka. Yang pasti singgang ni rasa dia mesti ada rasa masin masam dan manis. 
3- Sebelum ditutup api, masukkan beberapa tangkai cili padi buat yang suka pedas terangkat! Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA

Resepi Daging Tetel Asam Pedas

BUFFET RAMADHAN 2019 HOTEL SRI PETALING KL

Bahan A
1kg daging tetel (atau daging lembu biasa)
2 inci halia, hiris
8 ulas bawang putih, diketuk
2 camca teh garam

Bahan lain
1 cawan jus asam jawa, atau secukupnya
2 cawan cili kisar
4 biji tomato, dibelah 4 setiap sebiji

6 biji cili hijau, hiris serong
2 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
8 helai daun limau purut
4 batang serai, diketuk
1 camca teh halba
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya (air rebusan daging tetel)
½ cawan Minyak secukupnya

Bahan kisar halus
10 biji bawang merah kecil (resipi asal guna bawang besar)
6 ulas bawang putih
2 inci kuyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis

Cara masak Resepi Daging Tetel Asam Pedas

1- Daging tetel dicuci, kalau besar, potong pada saiz sederhana, kemudian rebus dengan bahan A-, hingga daging tetel lembut. Kalau guna periuk tekanan atau pressure cooker, rebus 15 – 20 minit daging tetel dah empuk. Asingkan daging tetel dan air rebusannya.
2- Panaskan minyak dalam periuk anggaran ½  cawan atau secukupnya, tumis halba dan serai yang dititik hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
3- Masukkan daging dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (air rebusan daging dan tambah air masak secukupnya). Biarkan mendidih dan masukkan jus asam jawa secukup rasa, kacau rata dan tambah daun limau purut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan menggelegak.
4- Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Siap!

RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH WAJIB CUBA

Ok, last sekali Nina kongsikan menu ala western. Menu ni sesuai sangat untuk anak-anak terutama picky eater yang susah makan, tak mau makan nasi. Ya ampun… Dulu masa anak Nina kecik, memang ini lah antara masalah dunia terbesar. Stress jugak kadang tu tapi lagu mana.

Pelbagai kan menu dan resepi. Apa yang Nina perasan, anak-anak ni lebih cenderung pada menu western, pasta, kudapan. Main meal nasi macam nampak apa je. HAhaa
Tapi bila dah semakin besar anak-anak dah mula ada pelbagai taste. Lega mak! Resepi Daging favorite mereka dah tentu Daging Masak Kicap dan meatball ala ikea.

Resepi Daging Style Western

RESIPI SWEDISH MEATBALL ALA IKEA HOMEMADE 

Resipi Swedish meatballs ala ikea

Bahan-bahan untuk meatball
600g daging kisar
1 biji bawang holland
2 keping roti putih
5 sudu besar /75 ml susu full cream
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 ulas bawang putih
1/4 sudu kecil rempah mixed spice
3/4 sudu kecil garam
Minyak, untuk menggoreng

Cara buat meatball

  • Cincang halus bawang holland dan bahagi 2. Potong roti dan rendam dengan susu.
  • Tumis 1 bahagian bawang holland. Goreng sampai lembut.
  • Masukkan dalam mangkuk yang besar daging kisar, bawang holland tumis dan bawang holland mentah, roti putih, telur, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, bawang putih parut, rempah mixed spices dan garam.
  • Gaul anggaran 1-2 minit atau sampai adunan melekit.
  • Sukat daging dengan sudu dan bentukkan menjadi bebola sama saiz. Rehatkan
  • Panaskan minyak (boleh tambah butter sikit) dan goreng meatball sampai habis.

Tapi kalau malas sangat korang boleh gantikan dengan Meatball sebarang jenama. 
Meatballs digoreng tanpa minyak dengan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan. Jangan sampai hangus. Nak senang guna non-stick pan atau magic pan.

Kentang goreng secukupnya
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (yang ini Nina tak letak)

Bahan Sauce Gravy
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning – didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar – didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging

Cara buat Swedish Meatball ala IKEA homemade

1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. Jangan sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati ayam, gula dan beef gravy. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4- Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5- Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.

Related posts:

"Aney, mee goreng mamak satu" : Ini resepi rahsia mee goreng mamak
Selagi tak bersalin lagi ... Pekena Nasi Lemak bersama Sambal Sotong Serai
Apa tu AIR NABEEZ? Banyak khasiat amalkan segelas ketika sahur
Resepi Sambal Sotong
Resepi Tips DagingDaging Black PepperDaging Goreng BerempahDaging Korbandaging masak apa sedapDaging Masak Kurmadaging masak Singgangdaging salai masak lomak cili padiDaging Tetel Asam PedasKari Daging SimpleKerabu dagingkurma DagingKurma TerbaikRENDANG DAGINGResepiResepi DagingResepi Kenduriresepi mudahresipi ringkasSambal Goreng Pengantin SingaporeSup Tulang MerahSwedish Meatballs ala IKEATips dan Petuatips masakantips petua lembutkan daging

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. Pingback: Resipi SUP TULANG MERAH SINGAPORE Mudah ini Wajib cuba!
  2. Pingback: Resipi Daging Masak Kicap Paling Sedap Senang Mudah
  3. Pingback: Resepi Kari Daging Sedap Mudah Simple Pekat Menjilat Jari
  4. Pingback: Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah
  5. Pingback: Daging Masak Hitam Berempah Ala-Mamak Style
  6. Pingback: Resipi Daging Black Pepper Simple Sedap Mudah - Nina Mirza
  7. Pingback: TIPS PETUA LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT MUDAH
  8. Pingback: RESEPI SUP TULANG KHAIRULAMING PALING MUDAH SEDAP
  9. Pingback: Resepi Daging Korban Goreng Berempah Simple Sedap
  10. Pingback: 8 RESEPI UDANG SIMPLE SEDAP WAJIB CUBA - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes