Selamat Pagi! Sarapan apa pagi ni? Semalam Nina share Resepi Mee Goreng Bodo kat facebook Nina Azerin Binti Abd Mufti & instagram @nina.mirza (hah…! Sapa belum add sila add follow naaa) sempat promote Hehee…!! pastu ramai juga yang dok bertanya maksud ‘Bodo’ tu.. Hehee … Ingat kan ramai sedia maklum.
Mee Goreng Bodo ? Eerkk…
Okey, ‘Bodo’ tu maksudnya ringkas dan hanya menggunakan apa jua bahan yang sedia ada kat rumah masa tu. Kiranya tak banyak rencah dan bahan sampingan. Dan semalam, Nina sekadar masukkan rencah fish cake, fish ball, carrot dan sayur kobis sikit. Telur pun Nina tak masukkan. Itu laa sebab di panggil Mee Goreng Bodo. hehee . . . Rasanya orang Johor kot yang selalu menggunakan ayat tersebut. memandai aje Nina ni.. erkkk~
Kot lepas ni, ramai gak guna ayat tersebut so jangan laaa ingat sapa yang makan Mee Goreng tu ‘Bodoh’ lak! Naya kena pelangkung nanti. Hahaa . . . Penat depa dok belajar tinggi-tinggi sampai ada PHD dok ingat kita kata dia Bodo lak! hihihii….
Oopsss…!!
Yelah, kot korang tak biasa ngan menu ni pastu ngada-ngada lak masa hidangkan kat suami pastu cakap “Abang, hari ni sayang masakkan Mee Goreng Bodo” sambil gedik-gedik kannnn… Kena lak En.Suami tengah bad mood, mau cari nahas tetiba dia keluar pi lepak ngan kengkawan merajuk tak mau makan. Padan Muka! Maaf ya, bukan kisah benar! Hahhaa….
meh tengok resipi Mee Goreng Bodo aka ringkas Nina
LIVE UPDATE DARI KUALI DAPUR KECIK NINA
Resepi Mee Goreng Bodo
Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – ketuk pastu dihiris
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
3 sudu besar sambal nasi Lemak
1 cawan air
rencah-rencah;
fish cake dan fish ball
sayur kobis
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …
Bahan hiasan;
Bawang goreng
Cara-cara
1- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
2- Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
3- Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar hingga masak.
4- Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya hingga sebati dan kuah sedikit pekat
5- Sedia dihidangkan
Nak makan tuu, sila baca Bismillah yaa…. jangan gelojoh tak baik!Selain Resepi mee Goreng Bodo, jangan tak tahu Nina ada jugak share Resepi Bihun Goreng Bodo tak kurang hebat jugak sedap dia. Jadi laa buat jamu keluarga atau tetamu tiba-tiba muncul bawak rezeki. Apa ada dalam fridge kita masukkan je semua bahan masakan.
Selain dari itu, menu ni pun sesuai di jadikan bekal anak sekolah. Korang boleh laa intai banyak lagi resepi mudah Bento Bekal Sekolah yang Nina dah pernah kongsikan. Semoga ianya memberi idea ilham buat mereka yang suka , enjoy masak untuk keluarga.
sedapnya mee goreng basah2 mcm tu panas pulak makan dengan keropok ikan pulak pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
hehe selamat pagi tuan blog
nama Bodo tu ok sikit..jangan je tambah ‘H’ kang jadi kasar pulak bunyinya.hehe
Walaupun bodo tp nmpak sedapppp kak
Thank you for your sharing! Amazing and beautiful good job. I like your ideas so much.
mee bodo sedap… lagi sedap kalau masukkan kankong