Hari-hari masak pun boleh kematu sel otak berhubung. Jujur katakan, kadang-kadang memang sel ni rasa macam tak berhubung pun. Dok buka tutup pintu peti ais nampak ayam ayam ayam tapi tak tahu nak masak apa. Nina gerenti surirumah lain pun gini kann….?? Jom gelak berjemaah tuk diri sendiri. Haha.. Asal ayam dok ulang masak Resepi Ayam Goreng Kunyit tapi risau anak jemu tapi sudahnya masak ni jugak sudahnya. HAhaa
Kenapa masak Ayam Goreng Kunyit walaupun macam dah jemu? Selalunya menu ni je paling mudah, simple sebab Nina campak je semua apa yang ada dalam peti ais. Masukkan aje segala mak nenek carrot, baby corn, kacang panjang, bunga kobis semua Nina campak dalam kuali. Satu menu cukup semua ada. Settel…!!
Kalau korang rasa surirumah ni enjoy sangat… Hurmm… Tak tau camner nak habaq. Memang enjoy seronok giler sambil lompat bintang! Bukan takat bintang berkerdipan aje korang dapat, segala jenis star, stress pun hado! Hahaa…. Sila hayati saat ini. Rugi ooo tak rasa. Kann….?? Eh! Mana surirumah lain ni… Meh laaa back up Nina. Hehee
Ok, sebelum jari jemari halus mulus gebus Nina terus meneruskan kata-kata manis meh korang tengok resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap Mudah style Nina. Resepi ni memang rare! Lain dari lain sebab ada bahan istimewa. Chewah…
Sebelum ni Nina dok masak style Ayam Goreng Kunyit. Pastu dah boring, Nina tambah laaa bahan istimewa tuu… (konon special sangat) hahaha… Jom layan. Zassss >>>>
RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SEDAP MUDAH
Bahan-bahan
Bahan-bahan
300gm bahagian isi ayam – dipotong kecil
1 biji bawang besar – hiris nipis
3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
2 inch halia – hiris nipis
Sayur kacang panjang secukupnya – potong dalam 2 ½ inch
Carrot – potong kecil
Baby Jagung – belah 2 atau 3
Serbuk kunyit
4 sudu besar Sos Tiram
Garam secukup rasa
Cara penyediannya
1- Ayam yang dah dipotong dicuci bersih lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan ayam goreng hingga masak. Masukkan Sos Tiram. Gaul rata hingga masak.
4- Masukkan sayur kacang panjang, baby jagung dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab masa perap dah letak dan dah ada masin sos tiram…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~
Selamat mencuba!
Untuk resepi sambal belacan korang boleh follow cara Nina. Alhamdulillah so far Nina dok ulang resepi ni je sebab sukatan ni dah just nice!
Kalau tak berhubung sel sel tu kita makan kat kfc.
.
Sure bersambung balik. Hehe
.
Dompet je yang putus
Sedap ni…. Peberet anak2 nih… .
cuba try ayam goreng kunyit Siam/ala Thai…resepi kt fb..simple tapi.lain dari yg lain tau .
Okies… nanti nina try! Dengar dah sedap
ayam goreng kunyit best kalau mkn dengan sambal belacan. pastu ada telur dadar
ni paling senang nak masak.
haha..
Antara favret bila tgh malas tp lapar. Makan plak ngan nasi panas panas & sambal tempoyak petai yg nina jual tu, perghhh terangkat pinggan hehehe