As’salamualaikum dan Selamat Pagi.. Apa khabar kengkawan? Kat rumah Nina ni asal ada pisang aje Nina dok buat Resepi Kek Pisang Viral paling sedap mudah senang buatnya sebab apa.. Mudah dan cepat! Bancuh semuanya, blend pastu masuk kan dalam oven. Tunggu sejam . Ting! Siap. Tapi kalau rajin sikit, pisang tu Nina akan cekodok pisang gebu resepi yang Nina dapat tipsnya dari orang niaga goreng pisang.
Kalau ada kesempatan bukan kerajinan, baru boleh dok lama kat dapur. Bukan apa, dengan ada baby Eicha kadang masa nak terkucil pun tak done! Acaner..?? Hanya surirumah aje mengerti situasi gini. Betul tak? Maka sebab itu lah dalam blog Nina konsep resepi kebanyakkannya resepi mudah senang ringkas cepat masak.
Alahai… ikutkan hati sanubari nak membebel lebih sikit tapi tuu haa.. Baby Eicha dah mula nangis. Oh Tidak! Jeles tul dia bila mama nya baru nak update entri. Ok… Meh Nina kongsikan resepi Cekodok Pisang Gebu Montok bulat-bulat yang gebus sedap ni. Nanti korang cuba lah buat ehh…
Resepi Cekodok Pisang Gebu
Bahan-bahan
16 biji pisang emas
1 ½ sudu teh soda bicarbonat
½ sudu teh garam halus
5 sudu besar gula (kalau korang nak kurangkan pun boleh)
2 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng (senang guna kuali, asal tenggelam ok lah tu .. kena jimat minyak kannn)
Cara buat cekodok pisang gebu lembut
1. Kupas pisang, lenyek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur sebati . Lepas tu masukkan tepung gandum dan gaul rata hingga semua sebati. Perapkan dalam 30 minit.
2. Panaskan minyak. Minyak tuu asal tenggelam adunan ok dah. Sila jimat minyak yaa.. Mahal! Minyak tu panaskan tak payah panas sampai menggelegak berasap rumah! Sederhana jer. Pastu basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas. Buat comel- comel. Senang sekali ngap masuk mulut. Kann…. ?? Goreng hingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
Sedia dihidangkan. Buat sarapan ke, minum petang ke, makan malam pun layan… sambil tengok TV. Sedar-sedar dah licin. Tak cukup! hehee…
Macam Nina cerita awal tadi, kalau Nina rajin sikit baru Nina buat cekodok pisang gebu, tapi kalau kerajinan Nina level KLCC Nina akan buat Resepi Kek Pisang Viral Moist Sedap Gebu Sukatan Cawan gerenti sedap. Ini resepi viral yang Nina rekemen korang cuba sebab ini lah resepi kek pisang paling mudah. Blend aje! Sila cuba..
Selain dibuat cekodok pisang, bahan asas pisang yang mudah ada dimana-mana ni korang boleh pelbagaikan jadi menu lain jugak. Antara resepi mudah yang korang boleh cuba Resepi Apam Pisang , Sedap Apam Pisang ni gebu moist! Percaya lah dah buat satu adunan rasa macam tak puas nak buat lagi! HAhaa..
Oh ya, asal ada stok pisang kat rumah ni, Nina pun suka buat Lepat Pisang ikut Resepi Lepat Pisang Mudah ni. Sebab resepi lepas pisang ni ada inti kelapa. Mmmm… Nikmat makan! Kalau korang suka Pisang dibikin apa buat menu minum petang?
Kalau korang pulak suka dibuat apa sama pisang? Kek, apam, lepat atau bubur pengat?
Cer share ..
Sedapnya cekodok pisang ni..
Gebu jer tengok… Boleh buat sarapan pagi.. 😉
Favourite anak anak i ni. Mmg cepat je licin sepinggan besar kalau buat ni hehe