Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah
November 4, 2016March 19, 2023

Hitam hitam si tampok manggis, Walaupun hitam itu lah paling sedap dimakan.. Daging Masak Kicap lemak Manis

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Selalunya Daging korang masak apa? Daging antara menu paling lemah nak masak. Bagi Nina laaa… Tak tau laa korang. Kalau Nina sebab daging lambat empuk, lama laaa masa nak masak nya. Part tuu yang sengal tu tapi kena dengan tips dan caranya, cepat je masak daging ni kannn? Menu favorite Nina adalah Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah ni sedap!

Isi Kandungan hide
1 Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah
1.1 Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah
1.2 Cara-cara masak :- Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah
1.3 Tips memilih daging . Daging Masak apa sedap?
1.4 Related posts:
2 Allahu.. Betul lah! Tak susah pun menjemput rezeki datang. Amalkan ..
3 Ayam Masak Pedas Bergajus Chinese Style ... tapi tak pedas pun~
4 PKP ohhh PKP! Kecamuk Huru Hara urus anak belajar Online
5 Anda bayar zakat? .... program Zikra 2015 :: Lembaga Zakat Selangor bersama Kelab Blogger Ben Ashaar...

Kadang-kadang buntu asyik dok Masak Kicap Lemak Manis , kadang tuu dok Daging Masak Kurma … Kadang tuu Daging Goreng Berempah. Kadang tuuu tengok jer…. dok termenung nak masak apa? Akhirnya ulang menu yang  sama gak….!! Habis tuu… sapa suh beli daging. Kannn…. Padan muka sendiri Haha

Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah

Daging Masak Kicap Lemak Manis yang selalu menjadi menu pilihan. Sebab nya menu kegemaran anak-anak. Mak Pak nya kalau makan daging selalu tersangkut terselit kat celah gigi. Pastu esok lusa nya ngomel sakit gigi. Tabah laaa telinga dengar keluhan tersayang.. Nina dan Geng lah tuu! Hahaa…

Resepi Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah
Tengok… Walaupun hitam tak cantik, tetap menjadi pujaan hati ku!

Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah

Bahan-bahan
+-300g Daging – dipotong kecil2
1 labu bawang besar – mayang halus
2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
2 inch halia – dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air

Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah

Resipi Daging Masak Kicap Sedap Mudah Senang

Cara-cara masak :- Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudah

1- Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk.
2- Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3- Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4- Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.
5- Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau

Selamat mencuba!

Tips memilih daging . Daging Masak apa sedap?

Bila cerita pasal daging, sure ada yang tak berapa reti nak pilih daging kann? Pastu tertanya Daging masak apa sedap agaknya kannn? Nina dah pernah share sebelum ni  tips pilih daging dan antara menu daging masak apa sedap. Korang click lah dan hadamkan sendiri ehh… :-  Tips memilih daging segar Masak apa sedap

Kadang tu bila malas nau nak fikir, apa je bahan yang ada Nina masakkan kicap aje. Settel
Masak kicap ayam pun sedap kannn?

Gambar pun Nina snap dari kuali je.. nampak nau Cik Las nya! HAhaa
Kalau orang tua-tua ni dah teruk kena ngomel kata tak senonoh! Awat laa cedok pastu hidang dalam pinggan lauk molek-molek. Eerkkk..

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT

Related posts:

Allahu.. Betul lah! Tak susah pun menjemput rezeki datang. Amalkan ..

Ayam Masak Pedas Bergajus Chinese Style ... tapi tak pedas pun~

PKP ohhh PKP! Kecamuk Huru Hara urus anak belajar Online

Anda bayar zakat? .... program Zikra 2015 :: Lembaga Zakat Selangor bersama Kelab Blogger Ben Ashaar...

Lifestyle Resepi Daging Masak Kicap Lemak Manis Mudahmenu anak-anakmenu kegemaran anak-anakresepi mudahresipi ringkas

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Pencari Makan says:
    November 4, 2016 at 8:13 am

    Lapaq…. Pepagi buka blog kak Nina….

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      November 4, 2016 at 9:18 am

      bertabah lah yaa…. hehe

      Reply
  2. anuar says:
    November 5, 2016 at 7:16 am

    Walaupun tengah berpantang, rajin juga Nina masak yer.. hmmm.. nampak sedap dan cukup menyelerakan..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      November 5, 2016 at 7:35 am

      Nuar,
      Dah habis pantang…. Nija pantang 44 hari jer. Hehee
      Alhamdulillah, Baby Lysa dah 3bulan.
      Masak…… hari-hari pun masak masa pantang ritu… 🙂

      Reply
  3. Suriaamanda says:
    November 7, 2016 at 9:53 am

    Fav SA dan anak dara ni…simple dan paling mudah nak masak…cuma SA failed buat masak kurma la…hehehehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes