Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Anak lelaki kena tahu masak
March 18, 2022March 18, 2022

NASI LEMAK EILMAN | Anak lelaki pun kena tahu masak

Ya no compromise anak lelaki ke perempuan. Anak lelaki kena tahu masak ! Setuju?

Isi Kandungan hide
1 Resepi Nasi Lemak Eilman
2 Berikan Pujian
3 Related posts:

Hari ni anak-anak bilang nak makan nasik lemak . Kat rumah ni menu paling kerap masak tak nasik lemak, nasi ayam. Tu laa menu kegemaran derang. Mudahnya masak pagi, sampai ke malam menu yang sama. Mak laa paling seronok sebab masak sekali je sehari. HAhaa.. Jimat masa!

Resepi cara masak nasi lemak sedap senang mudah

Ni nasi lemak yang selalu Nina masak. Sempoi sempoi simple je. Korang ikut je Resipi nasi lemak senang mudah  sedap   ni. Sap sap sui je!

Memandangkan sekarang cuti sekolah so aktiviti cuti sekolah bersama anak-anak ni Nina manfaatkan dengan kasi peluang Eilman masak nasi lemak.  Kiranya ini pertama kali Eilman masak nasi lemak. Kita simpan sini kenangannya.

Why not anak lelaki rajin bantu kerja rumah kann? 

Kalau nasi putih biasa Eilman dah selalu masak

. Eilhan yang nak masuk darjah 3 pun Nina dah ajar dia masak nasi putih. So turn Eilman cuba masak menu kegemaran seisi keluarga.  Nina just arah-arah kan jer . . .

Resepi Nasi Lemak Eilman

Cuci beras 5 pot
Pastu add 2 kotak kecik santan
Add 4 cawan air
2 sudu minyak jagung
1½ sudu garam pink
Daun pandan
Tekan suiz masak nasik macam biasa

Tu jer ke Mama? Senang je!
Amboi eksyen nya dia!

Tadaaa.. Dah siap !! 

Anak lelaki kena tahu masak

” Jadi laa Mama nasik lemak Eilman. Tak susah pun rupanya masak nasik lemak! Tu ari Eilman dah tau masak sambal. So dah reti masak nasi lemak – nasi sambal dah reti dah, telur rebus pun tahu, goreng ikan bilis dan kacang senang je dalam air fryer, tinggal potong timun settel dah. Boleh lah Eilman open order. “

Amboi… Baru sekali masak jadi terus nak open order! Banyak hensem. Lorat ini budak. HAhaa
Adek-adek nya nampak seronok masa makan kata sedap laaa.. Teruja derang abangnya yang masak nasi lemak. Eilman senyum meleret je. Mama lagi laa seronok pasni order je, Eilman yang masak! HAhaa  tu laa motif utama ajar anak masak

Berikan Pujian

Ya, kebiasaannya anak-anak ni memang kena beri pujian. Buat mereka rasa dihargai, kerana dikau begitu berharga. Haaa gituh! Bila kita puji usaha mereka, ianya sebagai sokongan moral buat mereka rasa puas dan nak buat lagi kebaikan akan datang.

Baca : TIPS ANAK RAJIN BANTU BUAT KERJA RUMAH

Dak Eilhan, ada hati sibuk nak masak nasi lemak, sambal, rebus telur jugak. Nanti ehh
Akan sampai gak turn Eilhan soon. Duhai anak-anak, sila rajin sampai besar eh.. Rajin cam Abah tau! ❣️ Aamiinnn

KASUT SEKOLAH PALLAS BELI ONLINE MUDAH

Ppppssstt  > > >  dengan harapan anak lelaki Nina akan jadi suami/ayah terbaik untuk keluarganya kelak. Rajin bantu isteri kat dapur, kemas rumah, bertanggungjawab, understanding macam Geng. Eh! Cepat nau verangan. HAhaa… Tapi tak salah kann

Bukan apa, seram dok baca banyak kisah terkini suami yang tak ambik port perihal keluarga. Tau makan tido aje. Pastu sekarang dengan isu ABDL laaa bagai. Huishhh.. Nauzubillah jauhkan dari kami sekeluarga. Aamminn..
Sebelum kita verangan nak kan yang terbaik,  kita lah harus berikan yang terbaik pada anak-anak kita. InsyaAllah Allah berikan yang molek molek untuk kita.

Bila korang start ajar anak-anak korang ke dapur?
Setuju ke anak lelaki pun kena tahu masak?

Related posts:

Ohhh ... Jatuh cinta dengan Tshirt muslimah Hana Tajuddin
Resipi Mudah Eat Clean : Sup Ayam Jernih | Clear Chicken Soup
Udang Goreng Kunyit | Menu Paling Sedap Mudah Ringkas
Nak jimat..... Buat jer sendiri Chicken Chop. Tak susah pun....... Simple jer~
Lifestyle Parenting Aktiviti bijak bersama anak-anakAktiviti Cuti SekolahAktiviti kemahirananak lelaki kena tahu masakanak remajaBentuk Personaliti AnakDo and DontKerenah AnakTIPS Anak RajinTIPS anak rajin bantu buat kerja rumah anak lelaki juga perlu tahu masakTips Anak Rajin Sejak KecilTips Didik AnakTips parentingWhy Not

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (9)

  1. smartinvest101 says:
    March 19, 2022 at 5:25 pm

    memang nampak sedap. Nak masak nasi lemak ni leceh, kalau anak lelaki boleh buat, mmg patut berikan pujian.

    Reply
  2. AYU RAFIKAH BINTI MOHD AMIN says:
    March 19, 2022 at 7:11 pm

    terbaik… bagus nina didik anak lelaki agak tidak kekok di dapur.. mudah dah besar boleh membantu ibu, kakak dan isteri (insyaallah)

    Reply
  3. Muhiden Halimah says:
    March 19, 2022 at 8:08 pm

    Baguslah ajar anak lelaki masak, anak kak 6 org tau masak, klu nak mkn mlm2 dorang msk sendiri

    Reply
  4. Siennylovesdrawing says:
    March 20, 2022 at 6:37 am

    Oh wow..sure akak very proud of your boy that so good in cooking at young age, you’re right, boy also need to know cooking and helping with some house chores kan 🙂
    Cheers Siennylovesdrawing

    Reply
  5. Kitkat Nelfei says:
    March 21, 2022 at 10:27 am

    Good one to train them from young! Macam my auntie and his uncle, masak dua2 sekali kat dapur.. sweet pun sweet.. kalau g study next time pun takde la asyik makan kat luar jer kan if boleh masak kat rumah.

    Reply
  6. Sis Lin says:
    March 21, 2022 at 10:35 am

    Alamakk kalah nasi lemak aunty Lin ni… lama betul tak masak nasi lemak.. Sis mula ajar anak pun dari sekolah rendah, bila anak ada keyakinan nak berperang dengan minyak hahahaha tahniah Eilman..

    Reply
  7. Saidila Abdul Rahman says:
    March 31, 2022 at 1:17 pm

    Pandainya Eilman , pastu platting pun nice sangat. bagus Nina ajar diorang dari sekarang , anak lelaki atau perempuan sama jer kena pandai masuk dapur pandai masak sikit2 pun ok dah sangat. Terbaik

    Reply
  8. Azhafizah MN says:
    April 4, 2022 at 11:08 pm

    Setuju sangat! Tak kira lelaki atau perempuan kena tahu bab masak. At least basic pun okaylah kan. Bagusnya dia rajin nak menolong pun. Bila orang dah puji next time bertambah semangat nak masak.

    Reply
  9. Ammi says:
    April 26, 2022 at 9:22 am

    Alamak…malu ammi ngan Eilman. Ammi yg dah tua ni pun baru sekali masak nasi lemak.

    Ammi setuju bila ada parents yang ajar anak mereka sama rata tak kira lelaki atau perempuan dalam membuat urusan kerja rumah. Say no to gender discrimination.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes