Korang suka makan nasi Lemak tak? Eh eh… Tanya plak, opkos laaa Malaysian tak akan tolak hidangan Nasi Lemak kannn..?? Resipi Nasi Lemak Paling Senang Mudah Sedap
Nasi Lemak ni tak kira masa boleh makan. Ikut suka hati nak makan breakfast ke, lunch ke, mahupun dinner. Paling rakyat Mesia suka makan nasi lemak tatkala supper kannn…?? 😝😝
Nak nak yang terhidang atas meja kat kedai Mamak tu.. Gerenti sebungkus dua korang makan sementara nunggu teh tarik ataupun roti canai. Betul tak? Haippp… Tak baik bohong 😁😁
Ok, hari ni Nina nak share Cara Masak Resipi Nasi Lemak Paling Senang Mudah Sedap Style Nina.
Kadang kot rajin sikitttt Nina tambah bawang merah sikit tapi selalu nya Cik M ni kata tak payah letak. Janji ada santan confirm jadi Nasi Lemak Berlemak! Betul tak? 😂😂
Maka jangan salah kan lemak kat badan tu kalau sendiri dok ternak lemak. Hokey! Jom zumba 3 set pas makan! Kengkonon nak hilangkan rasa bersalah dah makan 3 pinggan nasi lemak! HAhaha…
Cara Masak Resipi Nasi Lemak Paling Senang Mudah Sedap Style Nina
Bahan-bahan 1 kg beras / 4cawan beras
Santan (1cwn beras = 1 cawan santan – 3/4 santan pekat dan 1/4 santan cair)
Secubit garam / 1 sudu teh garam untuk 4 cawan beras
2 inch halia
2/3 helai daun pandan di simpul ketat²
Cara penyediannya
1- Basuh beras sebersihnya. Nina rendam kejap dalam 5-10minit beras bersama sikit garam. Ini untuk nasi tuu nanti lebih lembut. (Nina tak suka nasi keras)
2- Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi
3- Tanak hingga macam biasa hingga masak. Setelah masak, kacau rata dan dibiarkan lagi hingga nasi masak sepenuhnya
4- Sedia dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, timun, dan telur rebus.
Senang sangat bila masak nasi lemak gini. Masak pepagi boleh makan tuk sarapan, lunch, dan boleh jer sekali harung tuk dinner sekali. Hambik….!! Ternak lemak sepanjang hari. Erti kata lain, m a l a s nak banyak banyak kali..!! Hahaha
Kalau orang diet yang makan dok kira kalori tuu, agak-agak lah kan…. sepanajang hari makan nasi lemak gini, korang nak kena lari berapa kali pusing padang ehh..?? Oopss…!! Tak sanggup i you. Sila bertabah jer laa… Haha
Kalau arwahnenek siap hiris bwg merah sikit tabur dlm periuk nasitu masa masak,tp cucu dia malas hhahahah,betul tu nasi lemak ni malam2 buta pun org cari je….saya la tu
nak cubalah. tq kak nina share resipi
sdpnya.. santan kotak plak cmne kak?
terima kasih sudi share resepinya, garnishing timun gulung tu rare gila =)