Resipi Puding Roti Pandan antara menu yang Nina selalu buat. Sedapnya memang tak boleh bawak bincang! Nak lagi dengan adanya curahan sos kastard. Meleleh air mata menikmatinya.
So buat korang yang ada lebihan roti dan tak tahu nak dibuat apa ngan lebihan roti tersebut? Jangan dibuang…. Sayanggggg!! Rezeki tuuu . . . .
Kalau kat rumah Nina nie memang jarang lah ada lebihan roti sebab semuanya suka makan roti. Terutama sekali anak bujang Nina – Eilman. Asal bangun tido ajer mesti nak breakfast ngan roti dulu dan lepas balik dari sekolah ajer mesti nak pekena 1 set roti dulu then baru lah nak makan lunch pula….
Roti dah nak tamat tarikh luput expired jangan buang!
Resipi Puding Roti Pandan Bread Pudding
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
8 keping roti putih ( tak perlu dibuang kulit tepinya )
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
sedikit garam
sedikit pandan emulco
sedikit pewarna hijau
Kismis ikut suka banyak mana nak letak
sedikit butter
Cara buat Puding Roti Pandan Mudah Sedap
- Panaskan oven pada suhu 170c
- Bakar roti sebentar untuk mendapatkan tekstur roti yang lebih padat dan sedap (Petua nie Nina dapat dari Nigella Lawson)
- Loyang dilenserkan dengan butter
- Roti dipotong-potong kecil. (potong 4 boleh, potong segitiga pun boleh – ikut suka)
- Susun roti di dalam loyang dan disusuli dengan taburan kismis sehingga roti habis
- Sapukan butter diatas lapisan yang atas sekali.
- Dalam mangkuk lain – pukul telur hingga rata dan kemudian masukkan susu segar diikuti gula, garam, pandan emulco dan pewarna hijau. Kacau hingga rata dan sebati. (Nina guna whisk ajer)
- Tuangkan ke atas roti dan tekan-tekan perlahan agar adunan tadi meresap ke dalam roti.
- Biarkan roti seketika dalam 15 minit
- Kemudian bakar adunan pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga roti masak. Ianya bergantung pada oven masing-masing dan juga ketebalan/ketinggian adunan. (boleh juga dikukus selama lebih kurang 40minit- 1jam)
- Dah siap tunggu sejuk barulah dipotong.
- Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos kastard/vanilla syrup. Amat sesuai dijadikan menu minum petang. Pass tu lawan lak ngan black coffee. Perghhh …!! memang tak toleh kiri kanan laaaa . . . .
Selamat mencuba !!
Korang nak resipi Sos Kastard? Rekemen korang cuba resipi ni, sebab sos kastard dia sedap… Dan kalau korang tak nak Style Pandan, boleh jer ganti dengan esen Vanilla. Sedap jugak!
Resipi Kuah Sos Kastard Sedap
Click : Resipi Puding Roti Sos Kastard Sedap
salam singgah sini nina..sedap bread puding tu,biasa kite buat bread putih biasa tu je..nnti nk try versi nina punyer ni..:)salam perkenalan dr sy.;)
Salam perkenalan juga dari Nina utk Sury
Sekali sekala buat bread pudding nie mmg sedappp ! Nina suka tambah rasa pandan sikit….
Nanti free2 singgah lah selalu yea & selamat mencuba resepi Nina 😉
Moga menepati citarasa Sury nanti
As'salam Nina
wahhh ada puding roti versi bako2 lah, ni kena cubalah eh. selalu dok tenggek atas api main kukus2 aje hehehe. kena cuba ni mesti lag9i sedap kan 😀
salam Nina…wah nmpk sedap betul laaa bread pudding nih…FnF pun suka versi bakar…rasa rangup2 gitu
asslm Nina….sedapnye bile tpandang puding roti pandan ni…mintak spotong bleh x…teringin nk rasa la…hehe
Wa'alaikumussalam Kak CT cayangg ….
kak Ct should try versi bakar2 nie lak …..
Kita bako bakor~~ hehehe . . .
Moga versi bako bako nie lak mene[ati citarasa Kak CT
sekeluarga nanti.. 😉
Wa'salam FnF …
sama lah taste kita. Suka bread pudding versi bakar.
Lagi garing lagi sedappp kannn…
hehee
Wa'alaikumussalam QH..
sila sila….. yg dah potong tuu memang untuk QH
Nak puding roti ajer ker? Air air atau nasi berlauk tak nak ker?
Hehehee . . . (gurau ajer) ;p
Sedapnya.. dulu emak saya suka masak puding roti ni.. sampai ke anak dia terus tetiba tak pandai.. tq share resepinya. Mana tahu jadi pandai nanti.
selamat mencuba!
thanks for sharing with us! This looks really yummy and so easy to make, I’m really gonna make this at home!