Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK CREAM CRACKERS
October 14, 2024October 14, 2024

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE! Buat penggemar Kek Batik korang harus cuba. Selalu orang buat kek batik guna biskut Marie kan. Tapi kali di inovasikan amboi ayat… HAhaa! Takde inovasi manapun, hanya tukar biskut marie kepada biskut cream crackers atau orang dolu-dolu suka panggil biskut lemak. Jenama apa pun ikut suka korang yang penting pastikan halal.

Isi Kandungan hide
1 KEK BATIK
2 RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK
2.1 Cara buat Kek Batik Biskut Lemak
2.2 Tambah pendapatan belajar buat kek bajet berniaga modal murah rendah
2.3 KEK BATIK LEMBUT GEBU
2.4 Related posts:
3 Ohhh My 1st Muffin = Orange Muffins!! senang rupanya buat Muffins. Hehehe . . .
4 15 TIPS PETUA LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT
5 Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan
6 Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak

KEK BATIK

Bezanya bila guna biskut lemak lagi senang sebab susun susun je biskut lemak yang dah bentuk petak petak dalam bekas. Yelah, kalau biskut Marie kan bulat so kita kena pecahkan atau lenyek nak bagi mampat sebati sama sos coklat. Biskut lemak ni lembut so kita layer layer kan aje sama sos coklat.
Resepi Kek Batik Cream Crackers ni takde telur, sukatan cawan yang mudah untuk korang cuba dan follow.

KEK BATIK BISLUT LEMAK

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK  

bahan-bahan
1 paket biskut lemak / omputeh panggil cream crackers
1/2 potong butter
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan mil0 atau serbuk air coklatmalt – jika suka tambah sikit serbuk coffee instant

Cara buat Kek Batik Biskut Lemak

  • Cairkan 1/2 butter dlm kuali, api kecil je
  • Setelah cair, tutup api
  • Masukkan 1/2 tin susu pekat dan 1 cawan Milo Eh! Kita tukar coklat malt. Nak lagi sedap letak serbuk coffee (instant)
  • Then kacau sampai tak berketul
  • Lepas dah siap masukkan sikit adunan ke dalam loyang/bekas dan ratakan menutupi dasar loyang/bekas. Saya guna tupperware petak senang nak susun
  • Then susun 1st layer biskut dalam bekas, curahkan adunan dan ratakan then susun biskut lagi
  • Ulang step ni sampai penuh bekas
  • Akhir sekali permukaan atas, tuang lebihan adunan setebal sekeping biskut hupseng dan tabur dengan serbuk milo.
  • Letak dalam peti ais 2-3 jam. Siap!

Cuba tau!
Nanti share kita apa kata korang… Hope kena laa citarasa korang.

Tambah pendapatan belajar buat kek bajet berniaga modal murah rendah

Buat yang baru baru nak belajar buat kek, belajar baking atau baru nak terjebak dunia berniaga modal murah rendah online, boleh laa cuba resepi mudah ini. Kos pun tak mahal mana, InsyaAllah nak jual pun takde laa susah sangat sebab kek batik ni kategori kek bajet murah so boleh laa korang cuba cuba.
Moga dilimpahi rezeki mencurah-curah. Aamiinnn…

KEK BATIK LEMBUT GEBU

Resipi KEK BATIK VIRAL LEMBUT GEBU SEDAP SANGAT

Tapi faham..
Citarasa kita ni tak sama. Dah nama pun manusia, tekak lain-lain. Rambut sama hitam , hati lain-lain. Aceceehh… Berperibahasa pulak! HAhaaa

Kalau korang sukakan versi Kek Batik Lembut Gebu korang wajib cuba Resipi Kek Batik Lembut Gebus yang Nina dok ulang ulang buat ni. Dia punya melting ya ampunnn… Makan sejuk sejuk pun lembut sangat!

resepi Cheesekut Tiramisu

Tapi
Tapi … Tengok atas ni, Cheesekut Tiramisu ni lagi sedap kannnn?
Musnah laaa diet! HAhaaa…
Nah salin RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU PALING SEDAP MUDAH

Amacam nak cuba yang mana dulu?
Sila confius dan selamat mencuba! Sorry …. larikkkkkk

Related posts:

Ohhh My 1st Muffin = Orange Muffins!! senang rupanya buat Muffins. Hehehe . . .

15 TIPS PETUA LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT

Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan

Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak

Resepi Belajar buat KekBerniaga modal murah rendahcake resepi mudahDessertkek bajet murahkek batikkek batik cheesekutKek Batik Milo SedapKek Batik VIRAL Lembut Gebu Sedapkek Berhantukudap kudapanresepi mudahresipiresipi ringkassukatan cawantambah pendapatan

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Shariff says:
    December 17, 2024 at 7:00 pm

    Tengok terus rasa lapar, nak buat x berapa reti..hahahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes