Dah nak Raya! Yeayy yeayyy… Besok Hari Raya, besok Hari Raya!
Apa juadah kegemaran korang yang wajib ada Hari Raya? Ok, opkos laaa Ketupat, Lontong, Lodeh, Rendang, Roti Jala, Mee Kari dan banyak lagi kann? Tapi untuk dessert, apa menu favorite korang? Kek Batik Viral Lembut
Kek Batik Lembut Sedap ni Menu Wajib menyerikan Juadah Hari Raya
Untuk Nina sekeluarga, boleh dikatakan setiap tahun Nina akan sediakan samada Kek Carrot Sedap ala Secret Recipe , Kek Coklat Moist , Kek Pisang Moist atau pun Kek Paling Mudah Jimat – Kek Batik Favorite anak-anak dan semestinya orang lama sukakannya berbanding kek moden terkini.
Okey … Cerita tentang Kek Batik, Nina dah banyak kali try an error cuba pelbagai resipi. Dari yang kos besar hingga lah ke kos 4 bahan jer buat Kek Batik.
Pertama kali dulu Nina buat Resipi Kek Batik Milo Sedap Mudah , mulanya resipi ni sememangnya menepati citarasa Nina sekeluarga. Sedap dok ulang buat. Tapi lama kelamaan bila dah selalu makan, kita nakkan yang lebih sedap.
Kek Batik 4 bahan Murah Sedap ke?
Maka lepas tu terjadi laaa Resipi Kek Batik Kos Murah 4 bahan jer tanpa telur . Kos murah jimat sekadar ok laaa buat yang pertama kali cuba. Rasa dia agak chewy. Sikit manis! Dok dalam fridge tak boleh terus makan, kena tunggu sat dia lembut batu boleh potong. Agak keras sikit biskut nya. Untuk orang berusia macam depa ni kurang minat. Ini berdasarkan pengalaman Nina. Tapi kalau korang suka, follow jer laaa
Ok . Tadaaaa . . .
Ini final..!! Resipi Kek Batik Viral Lembut Gebu Sedap. Dah tak pandang dah resipi lain. Korang should try! Memang lembut gebu. Tak payah tunggu sat lepas keluar fridge untuk dihidangkan. Sejuk-sejuk pun lembut gebu jerr…
Senang di potong, biskutnya lembut bak kek gitu..! So far Geng dah kata muktamad pasni buat Kek Batik pakai resipi ni jer… Tak mo dah resipi dulu yang manis, biskut keras, kena tunggu kurang sejuk baru boleh hidangkan, sikit liat sampai sakit gigi..!! Huhuuuu . . . Faktor usia kot kami ni HAhaa
Resipi Kek Batik Viral Lembut Gebu Gerenti Sedap
Resipi : Nina Mirza
Bahan-bahannya
Sepaket Biskut Marie tak kisah jenama apa pun
1 cawan marjerin
¾ tin susu pekat manis
1 ½ cawan Serbuk Milo
2 sudu besar Serbuk Koko
4 biji Telur
½ cawan air panas
Cara penyediaan KEK BATIK VIRAL LEMBUT
1- Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
2- Masukkan dalam bekas, satukan Serbuk Milo, serbuk koko, 1/2 cawan air panas. Kacau rata. Lepas tu susu pekat manis, telur, kacau rata kesemuanya sebati .
3- Tuang bahan tadi dalam kua bersama marjerin. Masakkan bahan tersebut sampai marjerin cair. Pastikan api kena kecil/ perlahan. Sentiasa kacau tanpa henti supaya tak hangus. Masak hingga likat. (kepekatannya akan nampak pabila adunan terputus-putus bila diangkat. Bukan mengalir macam air….)
4- Dah pekat, likat tutup api. Rehat sebentar ..
5- Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
6- Sejukkan ke dalam peti ais,
7- Dah sejuk boleh potong dan ngapp..hehehe
Untuk sos coklat nya korang tonton video ni eh
Okey.. nah Nina belanja Tutorial video Step By Step Cara Buat Kek Batik Viral yang lembut gebu sedap ni.
Amacam? Senang jer kannn buat nya. Sap sap sui jer..
InsyaAllah, bila korang dah berjaya buat nanti korang akan kemaruk asyik nak buat jer… Yelah . . . Sedap di makan. Pastu lagi berkat, pas pass kat jiran sikit. Ambik hati Ibu Mertuaku, bagi laaa seloyang gitu.. Confirm bertambah sayang kat korang sekeluarga. Acececehhh . . .
Buat korang yang suka kan resipi kek tanpa bakar, tanpa oven gini Nina suggest korang cuba Resipi Oreo Cheese Cake Paling Mudah Sedap Tanpa Bakar nih. Serius sedap betul. Rekemen korang cuba
Comments (5)