Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 21, 2015January 11, 2016

Jom Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri… RM500 menanti anda setiap minggu!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Sabtu 20 Jun 2015 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kicap Mahsuri ada menganjurkan Pertandingan Masak dan Menang. 
Nina berpeluang bersama-sama di Majlis Buka Puasa Mahsuri bersama Pemenang Masak dan Menang minggu yang pertama  di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan di Petaling Jaya.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Buffet Ramadhan 2019 "ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL
3 Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel
4 Chocolate Moist Cake versi Bakar
5 Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL


Sementara menunggu waktu berbuka, anak-anak diceriakan game ‘musical chair’‘. Seronok melihat kegembiraan di wajah mereka. Anak Nina  – Eilman pun turut serta joint game tersebut. **selamba dia aje joint** hehee~
Tengok tuu…. sampai final dia. Dapat no.2. Seronok tengok dia happy bersama anak-anak ini.

Ceh ceh cehh….. Anak sapa lah tu? Eilman ni memang friendly. Senang bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam apapun majlis. Good boy! 


Kemudian mereka (termasuk kami juga) dihiburkan dengan persembahan badut oleh Uncle Charlie yang cukup membuatkan kanak-kanak teruja keceriakan. **Kami yang menonton pun sama seronok** 

Badut Uncle Charlie memang menghiburkan. Good Job!

“Ketawa kanak-kanak itu bagaikan irama di telinga kita. Menghabiskan masa kualiti bersama mereka dan berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama mereka amat bermakna kepada kami dan anak-anak di sana. “

Menyelerakan Nasi Ambeng. Nyumm nyumm….


Kami dijamu dengan juadah berbuka yang dimasak menggunakan sos Mahsuri – Nasi Ambeng bersama ayam goreng berempah dan ayam masak kicap oleh Chef Kicap Mahsuri. Sedapp Chef!

Menurut Pengarah Pemasaran Mahsuri, sejumlah 24 pemenang yang meraih RM500 hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka dengan menggunakan bahan asas produk Mahsuri akan bersama-sama kakitangan Mahsuri akan melawat rumah kebajikan sepanjang tempoh pertandingan. 
Antaranya adalah :-
20 Jun – Pusat Jagaan Rumah Kesayangan
27 Jun – Rumah  Kebajikan Baitul Hidayah
4 Julai – Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
11 Julai – Rumah Nur Sakinah


Pemenang pertandingan minggu pertama – En Hidayat Bin Masduki berkata “ Ia adalah pengalaman terbaik kepada kami untuk mengingatkan kegembiraan dan apa yang kita ada bukan hanya dalam bentuk material. Lihat saja kegembiraan mereka dengan semua permainan dan persembahan badut. Saya rasa mereka amat menghargai kehadiran kami dan melalui kegembiraan ini bersama kami. Bagi saya membuatkan kanak-kanak ini gembira adalah ‘hadiah’ paling besar daripada apa yang diterima dalam pertandingan ini”. 

Pihak Kicap Mahsuri menyampaikan cenderamata buat Pusat Jagaan Rumah Kesayangan

Penutup acara pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew berkata “sebagai jenama pilihan Melayu yang menghargai ajaran Islam, kami sentiasa berusaha untuk berbakti kepada masyarakat terutama bukan Ramadhan ini. 


Buat kengkawan kita semua
Jom kita sertai pertandingan Masak dan Menang ini… Bermula 28Mei hingga 8Julai
Senang ajer >>>>
** Hanya perlu beli produk Mahsuri 
** Masak menggunakannya untuk juadah berbuka puasa anda
** Snap picture masakan anda
** Kemudian kongsikan di facebook MyMahsuri dengan hashtag
#MyMahsuri  ( dan hashtag sos yang anda gunakan)  
#Manis   #Pedas    #Tiram   #Ayam 

Contoh gambar. (ada masakan anda bersama sos Mahsuri)

Maklumat lanjut layari facebook MyMahsuri  >>>>> https://www.facebook.com/MYMahsuri
Selamat mencuba!
Mana lah tau, rezeki anda dapat duit Raya RM500
Nanti kalau menang belanja Nina ehh~~






Related posts:

Buffet Ramadhan 2019 "ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL

Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel

Chocolate Moist Cake versi Bakar

Tahu tak? Fakta khasiat BAYAM BRAZIL

Lifestyle EventInfo - IslamicInfo - SemasaJuadah Berbuka PuasaKenanganReview

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes