As’salamualaikum dan Salam Sejahtera
Bila memikirkan apa menu untuk Sahur dan Berbuka Puasa kadang tuu memang boleh bikin tetiba stress kan?
Nak fikirkan bahan asas, pastu masak apa,nak prepare nak masak pastu lak ngemas….
huhuuu~
Nina lak memang malas nak merasai nikmat stress. Dah lama berlalu Nina tinggalkan jauh-jauh. Tak mau stress-stress! Nak yang mudah cepat dan senang ajer.
So Nina sharekan resepi yang mudah untuk uolls.
Bahan asas nya daging. Hurmm…. Ada yang rasa macam sengal tak nak masak daging?
Yalah, daging lah yang paling makan masa nak masak dan empuk. Tips Nina nak cepat empuk, Nina guna magic Pan HIG yang Nina beli masa cuti-cuti Malaysia yang lalu. Dah bertahun daaa…. Suka magic pan ni. Apa pun masak semuanya cepat dimasak. Jimat masa!
Daging Masak Kicap Lemak Manis
2 inch halia – dihiris nipis
1- Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk.
2- Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3- Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4- Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.
5- Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau