Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis drama BUKAN KAHWIN PAKSA
February 10, 2020February 13, 2020

Sinopsis Drama BUKAN KAHWIN PAKSA TV3

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama BUKAN KAHWIN PAKSA
2 Related posts:
3 My Baby Sos Carbonara Nina Stlye
4 Makan BEST kat Bandar Sunway | GARAGE 51 CAFE | ala hipster
5 Kaswi Citrawarna
6 Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia! Drama BUKAN KAHWIN PAKSA

TERLayan drama baru BUKAN KAHWIN PAKSA lakonan Kamal Adli dan jelitawan bak anak patung wajah dia – Hannah Delisha. Kamal Adli ni dengan sapa pun dia digandingkan nampak serasi dan ada chemistry gitu. Wajah dia tu, selamba natural sungguh. Suka tengok!

Baca : Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam – lakonan Kamal Adli dan Puteri Aishah

Sinopsis drama CHANDELIER

Sinopsis Drama BUKAN KAHWIN PAKSA

Drama ini mengisahkan Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh.

Disebabkan tersalah e-mail,mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon tanpa mengenali siapakah orangnya.

Izz Rizqin atau Uda (panggilan dalam keluarganya) merupakan akauntan yang diberi tugasan membuat akaun syarikat Vee Florist milik Veena (Jasper Supayah) untuk jangka masa lama .Veena atau Vee yang merupakan kawan baik kepada Dara Safiya menerima cadangan Dara untuk mencari akauntan buat syarikatnya.

Dara empunya perniagaan sendiri –  DS Butik Pengantin. Selepas Dara dikhianati oleh bekas kekasihnya , Ryan (Danial Dashuki) atas disebabkan kecurangan lelaki itu bersama wanita bernama Nita (Oktavia Manrose),dia tidak percaya pada cinta. Dia hanya mahu membujang sehingga tua menjaga mama dan papanya.

Sinopsis drama BUKAN KAHWIN PAKSA

Mama(Ziela Jalil) dan papanya(Shah Rezza) bertindak untuk mencadangkan calon suami pilihan mereka untuk Dara. Akan tetapi, Dara menetapkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.

Manakala Izz pula, yang merupakan anak ketiga daripada 4 beradik dan anak lelaki kedua dalam keluarganya, terpaksa mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Bila berkorban, bermakna dia seoarang pencinta yang sejati.

Demi pengorbanannya, dia perlu menerima calon isteri cadangan mummy (Liza Abdullah) dan daddynya. Dia membawa diri selepas kekasihnya Ariyana(Alya Iman) ditunangkan dengan abang longnya , Azz Rizqin (Afiq Muiz).

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana mereka sudah pun jatuh cinta. Jeng jeng jenggg… Menarik kann?

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?”
“Then you get your answer…”
“Jawapan?”
“That I love you too…”

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai

Sinopsis drama BUKAN KAHWIN PAKSA

Drama adaptasi novel ‘Bukan Kahwin Paksa’ karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3.

Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha. Drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Bukan Kahwin Paksa disiarkan bermula 7 Februari 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : BUKAN KAHWIN PAKSA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Baizura Kahar
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Uda (Izz Rizqin)
Hannah Delisha sebagai Dara Safiya
Afiq Muiz sebagai Azz Rizqin
Alya Iman sebagai Arianna
Danial Dashuki sebagai Ryan
Oktovia Manrose sebagai Nita
Husna Mustaffa sebagai Tiz
Jasper Supayah sebagai Vee
Qistina Khaled sebagai Liz
Dhia Irdina sebagai Elly

LAGU TEMA / OST
Ismail Izzani & Andi Bernadee – Hello

Setakat mengisi ruang masa santai, enjoy laaa tonton drama ni. Sebuah naskah romantik komedi. Gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha superb! Karektor Hannah yang berlagak memang match laa ngan Kamal yang poyo. ok terhibur!

Kot korang nak tengok lakonan selamba depa ni, Tonton Online Youtube BUKAN KAHWIN PAKSA Episod 1  dan seterusnya korang pi laaa search kat Youtube TV3 Malaysia Official

Related posts:

My Baby Sos Carbonara Nina Stlye

Makan BEST kat Bandar Sunway | GARAGE 51 CAFE | ala hipster

Kaswi Citrawarna

Ooo... Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick Pan

Lifestyle Review Afiq MuizBUKAN KAHWIN PAKSADrama Adaptasi NovelDrama bestDrama BUKAN KAHWIN PAKSADrama sangatHannah DelishaKamal AdliSinopsis BUKAN KAHWIN PAKSASinopsis Drama BUKAN KAHWIN PAKSATV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Pingback: Drama BUDAK TEBING TV3 lakonan Eyka Farhana Aedy Ashraf Adam
  2. Pingback: Drama BUDAK TEBING Eyka Farhana Aedy Ashraf Adam Lee

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes