Amacam korang ending Drama CAMELIA ? Rasanya semua pun puashati kannn, memasing terima pengajaran dari kesilapan mereka. Nina harap tak yah laaa ada CAMELIA 2. Tak sanggup stress nonton lakonan Diana Danielle dalam watak split personality dia tu. Menjadi seyhh..!! Drama MAAF TAK INDAH
Okies, sana sinin dok nampak muka Azar Azmi jer ni.. Lepas satu drama ke satu drama. Lepas Astro ke TV3 pastu Astro ni TV3 lak… Meletop letop si cantik manis ni. Tahniah!
Apa nak heran, lakonan dia pun memang superb. Sejak drama Drama trending NUR 2 , dan seterusnya banyak lagi drama. Baru-baru ni jer… Masih di tayangkan kat Astro drama Dua Takdir Cinta. Best sempoi giler lakonan dia. Suka tengok!
Baca : Full Sinopsis Drama DUA TAKDIR CINTA lakonan Azar Azmi yang superb , romantik komedi sempoi giler!
Eh … terpanjang lak bebel. HAhaa… Ok, pengganti drama CAMELIA ni lakonan Azar Azmi bergandingan dengan Azlee Khairi. Dah tonton dan best gak depa berdua ni berlakon sama. Naskah ni agak berat dengan emosi.
Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH
Perkahwinan Syazan dan Raimie cukup indah. Mereka melalui saat-saat yang penuh kebahagiaan. Tapi panas tak lama, hujan ribut taufan mula melanda bahtera mereka. Semuanya mula berubah apabila Syazan disahkan mengandung.
Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan belum mahukan anak lagi tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandungnya.
Kerana kesilapannya Syazan dihukum oleh Raimie. Bagi Raimie kesalahan Syazan itu terlalu besar. Yelah…. Syazan ingin membunuh zuriat mereka sendiri! 😱
Dengan izin Allah, bayi itu selamat dilahirkan. Tetapi angkara perbuatan Syazan, Adam lahir tak sempurna. Adam cacat!
Kau tengok! Sebab kau, sebab kau… Apa yang jadi ni sebab kau Syazan!
Namun orang kata naluri seorang ibu.. Saat melihat anaknya, hati Syazan diterpa rasa bersalah. Lantas kemaafan dipohon dari suami, namun Raimie keras hati untuk berikan kemaafan, walau Syazan melutut memohon keampunan.
Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila. Camner laaa Zila ni tetiba boleh wujud?
Episod sedih hidup Syazan bermula. Dia diceraikan, di buang keluarga sendiri. Apakan daya semuanya telah terjadi. Raimie pergi membawa anak mereka.
Segalanya hilang! Semampunya dayanya Syazan mulakan hidup baharu. Semua penuh duka lara. Bukan mudah Syazan bangkit untuk meneruskan hidupnya.
Lima tahun berlalu . . .
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa.
“Saya nak jumpa Adam.”-Syazan.
“Temankan saya untuk satu malam. How bout that?”-Raimie. Kejamnya Raimei..!!
Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.
“Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka.”-Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah ikatan yang terlerai akan bersambung kembali? Siapakah Tia?
Jeng jeng jengggg….
Semuanya akan terjawab dalam drama MAAF TAK INDAH ni…
Drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang mengisi slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Azlee Khairi dan Azar Azmi. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Zamriez Golden Pictures.
JUDUL : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : Februari 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan
WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Reimi
Azar Azmi sebagai Syazan
Ruhainies sebagai ziela
Fizo Omar sebagai Jai
Zuhayr sebagai Adam
Cassia Iman sebagai Tia
Setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya,
Setiap hikmah ada pengajarannya,
Setiap pengajaran mematangkan kita,Kenapa dan mengapa?
Kita lalui dan tempuh dengan penuh sabar.
Kita tengok pada diri kita,
Suatu terjadi pasti ada silapnya,
Kita perbaiki, kita hanya manusia biasa,
Tiada apa yang boleh mengubah jika bukan diri kita.
Slowly but surely…Aku terkontang kanting tapi aku tidak menyalahkan sesiapa,
Semua kerana diri aku.
Walaupun pahit biarpun perit,
Aku telan aku genggam,
Aku simpan segala terpalit,
Aku semat pada yang terdalam.
– syazan syahira shariman –
Adakala memberi peluang kedua itu harus. Mana tahu peluang kedua itu akan lebih membahagiakan kita kannn..??
Menarik jalan cerita nya kann? Naskah hebat ni tentu Uummphhh dengan lakonan Azar Azmi , Azlee Khairi dan barisan pelakon lain yang hebat-hebat!
Kot korang terlepas episod Drama ni, korang pi laaa search kat Tonton Online Drama MAAF TAK INDAH TV3 Malaysia Youtube Official
Kenapa tak blh cri ya video ni di.mana2 youtube….x da jln crita yg penuh pun. Cari cr byk kali still x ada
Mmg… mungkin mereka tak bagi sebab ada isu menggugurkan bayi