• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

sinopsis Drama RINDU YANG TERINDAH TV3

March 15, 2020 by Nina Mirza 3 Comments

Setelah tamat sudah Drama Maaf Tak Indah  yang cukup touching, sarat dengan emosi dan pengajaran oleh lakonan hebat gandingan Azar Azmi dan Azlee Khairi. Amacam matching tak lakonan depa? Kira ok laaa kannn? Drama RINDU YANG TERINDAH

Mungkin next drama depa ni bergandingan lagi untuk drama yang santai komedi. Sebab Nina lagi suka lakonan Azar Azmi dengan karektor happy go lucky dia dari muka serius. Azlee Khairi pun..  komen kengkonon mengkritik drama gitu HAhaaa

Amelia Henderson antara pelakon muka mix yang cukup santai selamba jer lakonannya. Memang in laaa acting dia. Lagi best dia ni boleh cakap laju berdesup bak bullet tren kat Japan gitu. Rap laaa.. HAhaaa.. Dia pun cantik comel kannn?

Last Nina tonton lakonan dia masa drama Drama Cinta Non Grata . Masa ni dia bergandingan dengan Actor Edika Yusof dan Raja Afiq. Best laaa citer ni. Nanti korang pi cari kat youtube eh…

RINDU YANG TERINDAH

Okies, drama baru ni adaptasi dari novel Derita Terindah karya Eshal Nuranis. Yang baca novel dia kata memang best laaa… Harap drama ni pun best! Gandingan Amelia Henserdon dan Redza Rosli ni pun macam syok jer… Dua-dua pandai berlakon kann

Moh baca sinopsis drama Rindu Yang Terindah ni.. Senang nak faham jalan ceritanya nanti kannn… Cer tonton teaser RINDU YANG TERINDAH tonton online Youtube TV3 Drama Sangat . Best seyhh…

Sinopsis Drama RINDU YANG TERINDAH TV3

Kehidupan Airis yang dahulu bahagia menjadi satu penyeksaan yang tak pernah diduga olehnya.  Semuanya bermula setelah pemergian tragis Haziq, tunang Airis yang telah meninggal dunia sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Kebahagiaan Airis musnah dan ianya menjadi derita apabila tempat Hazieq sebagai teman hidup terpaksa digantikan oleh abangnya, Hazil. Derita Airis bukan sekadar emosi , tubuh badannya juga sering disakiti.

Airis lelah dengan semua ini!

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” – Airis Warda

RINDU YANG TERINDAH

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Aduh… Sakit apa laaa plak ni? Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Sanggupkah Airis bertahan dalam perkahwinan tanpa cinta ini?
Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Nantikan drama adaptasi novel ‘Derita Terindah’ karya Eshal Nuranis akan datang di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Amelia Henderson. Drama terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Emi Sufian.

JUDUL : RINDU YANG TERINDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Emi Sufian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin

RINDU YANG TERINDAH

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Hazill Wafiy
Amelia Henderson sebagai Airis Warda
Adam Lee sebagai Hazim Wafiy
Esma Daniel sebagai Sofian
Maria Farida sebagai Raziah
Hazman Al-Idrus sebagai Zack

Nina dah tonton teaser dan dapat rasa drama ni menarik! Sarat dengan pengajaran yang melibatkan unsur kasih sayang, keikhlasan, ikatan kekeluargaan dan perasaan benci hasil dari kisah lampau dan juga darjat.

Ppsssttt … Korang dah tonton ke? Hebat kann lakonan Redza Rosli dengan Amelia Henderson . Sakit hati mau stress nengok Hazil tuu dera Airis!

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Adam Lee, Amelia Henderson, Derita Terindah, Drama 10pm, Drama Adaptasi Novel, Drama best, Drama sangat, Eshal Nuranis, Redza Rosli, Samarinda TV3, Sinopsis, sinopsis Drama RINDU YANG TERINDAH

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Trackbacks

  1. Drama BUDAK TEBING TV3 lakonan Eyka Farhana Aedy Ashraf Adam says:
    March 20, 2020 at 11:02 am

    […] drama ni korang boleh laaa sambung tonton Drama RINDU YANG TERINDAH . Best awak drama […]

    Reply
  2. Drama NUR TV3 viral trending lakonan Syafiq Kyle Amyra Rosli says:
    April 24, 2020 at 3:15 am

    […] Setelah tamat Drama Rindu Yang Terindah  tanpa segan silu sempena Ramadhan ini, TV3 menayangkan kembali drama trending terhebat naskah […]

    Reply
  3. Drama PENGANTIN 1 MALAM lakonan Nazim Othman Amelia Henderson says:
    August 18, 2020 at 6:23 pm

    […] . Awal tahun 2020 melakonkan watak Airis – cukup meninggalkan kesan pada lakonan beliau dalam Drama Rindu Yang Terindah , Amelia bergandingan bersama Redza […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa