Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

February 13, 2020March 15, 2020

Lega! Siap masak Nasi Goreng paling cepat untuk Eicha

Lega siap masak! Rasanya semua MakMak pun akan rasa gini kan bila dah siap settel masak. Rasa lega yang amat sangat setelah siap menyediakan hidangan buat anak-anak. Perasaan bak satu kepuasan gitu bila kita sempat masak tatkala sibuk walaupun hanya masak Nasi Goreng Paling Cepat Sedap kononnya tuk ari ni.. HAHaa… NASI GORENG Paling Cepat Sedap

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??
3 Buka Puasa kat The Joke Factory satu kelainan. Enjoy terhibur Live Stand-Up Comedy
4 Resepi Cekodok Pisang Gebu Montok
5 Puding Karamel Tanpa Telur Lagii ~~~~~

Kelam kelibut Nina dari siang tadi, dok kemas, dok sorok ooppss… sorok sikit apa patut sebab sat lagi orang #Cuckoo datang nak pasang filter baru.

Yeahhhh… Seronok! Setelah dah berminggu filter lama rosak, jenuh aihh beli air mineral pastu kena masak air panas. Yelah… Dak tecik Eicha ni lagi minum susu. Kena selalu standby air panas dan air suam. Huhuu..

Tapi bila fikir balik ada bagusnya filter ni rosak sebab sejak filter lama ni rosak Nina dah malas nak bikin coffee. So sikittttttttt laaa Nina kureng minum coffee. Hehe.. Bagus kannn?

Tapi
Tapi
Tapi lagi.. HAhaa

Tapi walau dah cut sikitttt coffee,  tak nampak pun gemoks ni surut. 😭😭
Acaner? Baik pasni ku minum coffee semula! Kannn… Coffee tu bak nikmat kehidupan!  😬

Korang vote yang mana? Minum coffee ke idok? Eerrkkk…
Dia nak minum lagi tanya orang. Biasalah typical normal person. See.. Dah mula melalut Nina ni.

Okies, memandangkan pas Nina share kat facebook gambar Nasi Goreng ni, ada dok tanya suh share gak resipi walau resipi simply simple katanya nampak sedap. Share jer Nina ooii . . . Entah-entah ramai jer yang tak reti masak walaupun nasi goreng. Ok laa Nina share sebab sayang korang! Muuaahhh…

NASI GORENG Paling Cepat Sedap

NASI GORENG Paling Cepat Sedap

Bahan-bahan
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecik
Cili Hijau ikut suka nak pedas mana.. Nak lagi kawww buh cili padi ikan bilis secukupnya
Yang ni semua blend

Opkos Nasi Putih lebih kurang 4 cawan
Rencah :-
2 biji telur
Sayur kacang boncis ke kacang panjang – ikut suka potong kecik
Carrot – potong dadu
Minyak untuk menumis

Cara masak NASI GORENG
1-. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Kemudian masukkan bahan yang dah di blend tadi. Tumis sampai pecah minyak. Yelah … ada cili kan, risau kot cili tak cukup masak nanti anak sakit perut kita jugak yang susah!. Huhuuu . . .
3-. Kemudian masukkan carrot masak sampai carrots masak. Pastu kalau nak taburkan garam secukup rasa.
4-. Pastu masukkan nasi, sayur kacang boncis dan telur yang diketepikan tadi. Gaul rata hingga kesemuanya sebati masak.
5-. Tutup api siap! Senang jer kan…. Sap sap sui jer

Bismillah …
Eh .. Korang lunch apa tuuu?

Haishhh … Ada pm ni suh bikin video. Ngade tau! Doakan Nina rajin.  Ahaa. ..

Okies, Nina nak pi jemput Eilhan Yana sat. Adios!

Related posts:

Tips pemakanan semasa Hamil.. Perlu ke supplement tambahan??

Buka Puasa kat The Joke Factory satu kelainan. Enjoy terhibur Live Stand-Up Comedy

Resepi Cekodok Pisang Gebu Montok

Puding Karamel Tanpa Telur Lagii ~~~~~

Lifestyle Parenting Resepi Tips menu anak-anaknasi gorengNASI GORENG Paling Cepat SedapResipi cepat masakresipi mudahresipi ringkasResipi senang

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Ai says:
    February 14, 2020 at 9:34 am

    No coffee please! Nasi goreng pun nampak sedap kalau kak nina yang masak.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes