Sapa ada guna CC Cream Alia ni?
Nina dah cuba!
Jujur citer, CC Cream ni kawan yang bagi.
Ok saja nak share review base pengalaman Nina.
Apa kata Nina tentang ALIA Whitening CC Cream
Cc Cream Alia ni ada 25 SPF UV/UVA + ada benefit whitening.
Infused with Habbatus Sauda & Jeju Tangerine. Ok laa kan?
Tekstur dia pekat sikit, ada warna
Tak cepat meresap so takes time nak blend masukkan dalam kulit muka. HAhaa
Ada bau ala-ala mint macam minyak angin.
Sambil sapu rasa macam confused
Eh eh.. daku sapu minyak angin ke cream muka ni?!
Haa… Gitu laa feeling dia masa memula pakai 😂😂. Dah lama sikit , dah hadam bau dia dan ok je bau tu..
Ada kawan kata kulit muka Nina tebal macam kulit buaya. Pakai apa pun helok 🤔😅
Nehi nehi.. my skin sensitive jugak.
Pernah ada pengalaman pakai produk yang tak boleh ‘in’ , tak serasi.
Muka jadi arlegic, naik jerawat, kulit menipis merah macam udang terbakar. Rasa pedih, panas.
Haa.. ini antara simptom bila produk tu tak sesuai. Cepat-cepat hentikan penggunaan.
Serius bukan mudah nanti nak rawat muka breakout! Bukan sekejap, malah ada yang bertahun-tahun. Kos nya usah cerita. Mahal! tapi Nina rekemen korang pakai Cetahil Cleanser. Sebab dah pernah Review Pencuci Muka Cetaphil dan ternyata memang best giler pakai. Terbaik, mampu rawat breakout. Dermatologist recommended kannn?
Apapun thank to my friends
Sudi hadiahkan CC Cream ni
Atleast dapat cuba dan rasai experience pakai Cc Cream Alia ni. Seketul Nina memang teruja nak cuba apa pun cream yang ada SPF sebab bahaya UV pada kulit wajah kalau tak pakai apa-apa krim pelindung matahari.
ALIA CC CREAM MURAH BAGUS KE?
So far my experience cream ini bagus takde iritasi or any arlegic to me. Ya saya pakai ok, tak bermaksud semua orang serasi.
✔️ Means boleh je pakai.
✔️ Efek glowing lepas sapu
✔️ Dermatologically tested
✔️ Size 30ml sedang-sedang , muat masuk dalam handbag
✔️ Jenis tiub plastik takpecah dan senang picit
✔️ Design cantik warna kuning bunga-bunga
✔️ Harga pun tak kayangan
Take note!
❌ Do not use on pregnant or on nursing woman.
Beli mana CC Cream ALIA
Sonang sangat! Pi je farmasi yang berdekatan rumah gerenti ada. Selalunya setakat di Watsons, Guardian, AEON Wellness atau memana Hypermarket besau-besau ada punya laa…
Lagi senang korang beli je online!
Sekian review ikhlas jujur dari Nina,
Sejak dari remaja hingga berusia ‘remaja purba’ Ahaks! Padahal umur dah lebih patploh lima tahun.
Dari dulu hingga kini masih punya habit suka tepek cream muka. Ketahui Fungsi Cara pakai CC Cream Suncreen yang betul harus sebanyak 2 jari (panjang jari telunjuk dan jari tengah) . Buat yang tak berapa tahu, CC Cream bertindak menutupi cela pada wajah, memberikan kilauan pada kulit tanpa cela, melindungi dari sinaran UV dan pencemaran serta mampu buatkan tone kulit menjadi sekata, cantik berseri.
This product is very good and I recommend you a buy vlm hat which is very good in quality and price.