Hai korang! Lagi buat apa tu..? Sepanjang tempoh PKP ni kita semua #DudukRumah jer kannn.. Saja nak tanya korang, walaupun duduk dalam rumah korang tahu tak kita tetap kena pakai sunscreen setiap hari? Ketahui Fungsi Cara Pakai CC Cream Sunscreen yang best dan betul. Jommm terus baca!
Ya, duduk di rumah pun wajib pakai sunscreen
Sebab dok dalam rumah pun tempias kena cahaya matahari kann? Bahaya Sinar UV ni tau, teruk nya bukan biasa-biasa. Lain laa kot ada yang menetap dalam gua. Hidup dalam kegelapan. Oh no kesian.
Ini lah rutin penjagaan wajah Nina setiap hari without failed. Rasa tak lengkap kalau tak pakai sunscreen. Bukan apa, sejak remaja lagi Nina dah terbiasa dengan rutin ini, so mungkin sebab ni laaa wajah Nina tiada masalah jeragat walau dah berusia patplohan.
Kulit wajah Nina jenis kombinasi. Area T-Zone sikit berminyak dan kering kat area pipi. Bukan mudah nak cari sun screen yang sesuai sebab ada tu bila dah beberapa jam pakai nanti muka jadi berminyak sangat kat area t-zone! Huhuuu . . . Tak suka!
Mmmmm . . . Sekarang Nina pakai CC Cream dari Hansaegee Nature ni .!! Ada SPF50+ PA+++ sebagai sunscreen juga. Best weyhhh…
Bukan sekadar sunscreen tau. Kenapa best, teruskan baca sampai habis naaaa
Fungsi Cara Pakai CC Cream Sunscreen
Muka tidak lagi berminyak pakai CC Cream ni dan Cik J (jerawat) pun idok lerr menjelma. Seram oooo kalau Cik J muncul. Dah ada seketul risau nanti dia berjemaah datang bawak kengkawan. Oh tidak!
Masalah nya bila dah ada Cik J nanti nak bersiap akan ambil masa lama. Yelah … nak kena pakai basic skin care, pastu pakai primer, pakai foundation, nak kena tepek concealer tutup jerawat tu, pastu loose powder lagi. Belum lagi pakai eye shadow, blusher, shading bagai. Betapa banyak step daaaa.. HAhaaa . . . . Biasalah MakMak. HEhee
Bila lambat bersiap paling Nina risau bila Geng dah lama menunggu, dengan selamba nanti dia akan terus start engine kete dan tunggu dalam kete. Oh my oh myy… Masa ni dah kelam kelibut memang huru hara jadinya muka ni. Aarrgghh… Stress ooo..!!
Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature
Ahaa… Nak share ngan korang. Dah 2 minggu Nina pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Dengan pakai CC Cream ni, Nina dah skip banyak step dan jimat masa bersiap.
Apa BEST nya Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature?
Buat yang kenali Nina, sejak dulu Nina biasa pakai BB Cream sebagai basic skin care Nina dan sekarang Nina beralih ke CC Cream. Kenapa CC Cream?
CC Cream – All in one!
Okey, memula sekali CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream, ianya adalah krim siang all in one! Saat CC Cream di sapu ke wajah, ia mampu seimbangkan tona wajah kita so wajah akan tampak lebih cerah, glowing dan berseri-seri.
Sejak pakai CC Cream, jimat masa bersiap! Nina dah tak perlu nak pakai sunscreen, primer, foundation, concealer sebab dengan CC Cream jer dah settle cukup cover step-step tadi. Best kannn?
Kebaikan Anti-Wrinkle
Bukan tu aje, benefit dalam Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni ada manfaat dan kebaikan anti-wrinkle . Sememangnya sesuai dengan usia dan keperluan wajah Nina.
SPF 50+ PA +++
Skin tone Nina berwarna cerah dan Nina memang prefer kadar SPF yang lebih tinggi dari SPF15 untuk lindungi wajah Nina dari matahari. Dengan ada nya SPF 50+ PA+++ , bukan setakat mampu melindungi wajah dari matahari malah UVA dan UVB. Kalau korang nak tahu, adanya PA+++ boleh membantu kulit muka dari pembentukan jeragat dan kedutan. Sebab tu laaa Nina pakai Gold Nano CC Cream ni as daily use.
Water Proof
Ni paling best! Bukan apa, walau dok kat rumah sambil buat keje, nak nak waktu tengahhari atau sambil bersenam muka ke masak ke, muka kita akan berminyak dan berpeloh sakan. Berlemuihhh kata orang utara. HAhaaa…
Dengan Gold Nano CC Cream ni tidak berminyak sama sekali. Muka kekal glowing dan tak bercapuk. Hastag #AkuSuka
Dengan pemakaian Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature kulit wajah Nina tampak glowing, fresh, tona wajah sekata dan berseri kann?
See! Ada beza kannn kiri dan kanan?
Sebenarnya segan nak puji diri sendiri tapi itu laaa hakikatnya. Chewahh … Tapi betulkann?? HEhee . . . Nina suka light light make up gini untuk daily use.
Dengan pemakaian CC Cream ni pun mampu buat wajah berseri macam pakai make up.
Dengan CC Cream ni mampu tutup cela kat wajah, tutup lingkaran hitam bawah mata.
Dengan CC Cream ni ianya bertindak mengekalkan kelembapan wajah kekal lembab sepanjang hari, tak berminyak dan sekaligus merawat kulit wajah dari kedutan. Bab kedutan ni memang Nina obsess. Sedar diri kita dah berusia. Huhuu
Nina suka packaging dia. Cantik! Penutup dia twister lock, jenis ketat dan dua kali pusing jer dah lock. Senang!
CC Cream ni jenis tiub dan berasakan plastik . Selamat! Tak risau pecah kalau terjatuh atau terhentak. Jenis tiub ni senang nak pakai, picit jer.. Lubang dia pun kecik so tak risau tertekan lebih. Senang nak control jumlah nak pakai. Size nya 50ml sedang elok muat simpan dalam hadbag.
Tengok ni..
Tekstur nya ringan, moisture, not oily. Senang di blend!
Lagi best kannnn, dengan pakai Gold Nano CC Cream ni make up lagi cantik. Bila pakai eye shadow warna lebih pigmented dan tahan lebih lama. Tak payah dok touch up. So memang bagus pakai CC Cream ni as make up base. Pakai foundation nanti warna lebih long lasting dan makeup tak crack.
Fungsi Cara Pakai CC Cream Sunscreen
Tengok gambar ni
Ternyata perbezaannya kannn bila pakai CC Cream Hansaegee Nature?
Ada 3 bahan asas yang Gold Nano CC Cream ini :-
🌼 “Air Mineral” – Pastikan kulit seimbang SK, Memperkuat kedalaman menembusi kulit, Terlibat dalam vitamin aktif, meningkatkan keanjalan kulit.
🌼 “Ekstrak Budaya Ipomoea Hederacea Callus” – Meredakan kerengsaan kulit, Kesan anti-bakteria, Melegakan masalah kulit.
🌼 “Nano Gold” – Mencegah kulit penuaan, Sekat radiasi inframerah jauh, aktiviti antimikrob tinggi. Aktiviti antioksidan yang tinggi.
Menarik kannn?
CC Cream ini bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free, so tak perlu risau ya kalau korang berkulit sensitive! Selamat. Tak caya Nina share kan bahan ingredients nya kot korang suka mentelaah.
Ingredient lain: Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold
Fungsi Cara Pakai CC Cream Sunscreen yang betul
Senang jer cara pakai Gold Nano CC Cream ni.. Pakai jari jer! (tak payah brush)
Dap dap dap CC Cream ke seluruh wajah, senang di blend , cepat meresap, tidak melekit. Walaupun warna nya putih, lepas blend rata seluruh wajah, naturally warna tukar ikut skin colour kita. Resultnya wajah lebih nampak luminous glowing, cerah, fresh dan berseri-seri. Ia juga melembabkan kulit sepanjang hari!
Yang suka light light makeup macam Nina, just add lipbalm. Gini jer dah cukup. Simple, ringkas dan cepat siap untuk daily routine. Mudah jer kannn..?
Sesuai sangat untuk kita kita ni terutama kaum wanita di Malaysia ni.
Kalau korang suka make up lebih, lepas dah blend boleh laaa sambung step step makeup korang.
Kat mana nak beli?
Senang jer… Korang boleh terus purchase di Hansaegee Nature website Gold Nano CC Cream
Untuk tahu lebih lanjut berkenaan Gold Nano CC Cream ni korang pi laaa mentelaah di
Brand : Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: www.facebook.com/HansaegeeNature
YouTube page: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Okey, please #StayAtHome dan walaupun duduk di rumah jangan lupa pakai sun screen yaa, supaya bila tamatnya tempoh PKP nanti kita akan tampak semakin berseri-seri gitu.. Jomm cantik sesama..
Sikit lagi TIPS skincare untuk korang : Sesekali Nina buat sendiri DIY scrub muka homemade . Berasaskan bahan dari dapur je. Kiranya ini lah skrub muka tradisional antara solusi lain yang korang boleh amalkan, manalah tahu kot serasi. Apa salah nya cuba iyer tak? Tak cuba tak tahu..
Betul sangat, kalau duduk rumah pun kena pakai sunblock dan produk penjagaan muka, kecuali makeup..Sis pun kadang kalau takde keje, pakai gak makeup, saje hilang gian hahahaha…tapi ni lama le tak pakai sejak PKP..
Nengok produk suncreen Hansagae ni macam best plak..nak tengok kat Shopee laa hehehe…
It’s so convenient to use the CC Cream. I am using sunscreen at home too. tak nak jadi hitam selepas MCO haha
Yup……. I agree dengan you. Sunscreen memang patut pakai walaupun indoor. Especially those yg workstation nyer bawah lampu.
Walau kat mana pun kesihatan kulit kita kena jaga kan. btw produk ni nampak bagus.
Sis pernah pakai satu produk ni. Muka jadi bercapuk. Memang sis pangkah produk tu dah. Now sis jumpa dah sunscreen yg sis sesuai. Kena pakai sebab cahaya matahari sekarang ni punyalah bahang.
Currently just beli CC Cream Sunscreen. Saja nak try. Before ni pakai sunscreen biasa tu. thanks share those benefit. Hope kulit wajah bertambah ok sikit lah kan. I wish for the best result hehe
Cantiknya pigment lepas pakai sunblock.. kulit pun tk nampak kilat mana lepas pakai. Boleh consider nih! Terima kasih sudi kongsi.
Aduhh sejak PKP ni sampai lupa nak jaga muka. Tq Nina ingatkan. Ramai yg kata produk ni bagus, nanti bolehlah cuba
Alamak…rasa macam dah jatuh hati kat CC cream ni. Nak kena beli jugalah. All in one. Jimat masa nak bersiap. Stay safe. Salam Ramadan Nina.
Sunscreen mmg item wajib pakai walaupun kat rumah. Nak masak kena haba api. Nk jemir kain sure kena matahari juga.
So pakai la. Kulit kte pun akan happy sebab ada protection.
krim spf paling risau bab bercapuk mekap la kan. dan memang cuaca malaysia perlukan spf 50
Bestnya tekstur cc cream dia. Suka kalau cc cream yg blend terus ke kulit dan nmpk glowing ni. Boleh la cuba brand ni pula lepas habis cc cream nutox za ni
Menariknya cc cream ni. Nampak perbezaan kalau guna cc cream ni. Warna mekap lebih menyerlah
Sebenarnya nd da lama cari sunscreen yg tidak berminyak nie.. Yela klu pakai rasa mcm xselesa je..melekit2.. Now da jmpa pn sunscreen yg tak berminyak nie.. Nd nk try guna cc cream nie la.. Tq sis sudi share..
betul tu, saya pun pernah terbaca, sunscreen ni, bukan hanya pakai bila nak berjemur, tapi ddk rumah pun kena pakai, barulah berseri2!
Bila duk umah ni dah jd mls nak pakai apa2 okaylsh sharing camner nak guna sbb kak mmg blur skt bab2 mcm ni
warna make up tu lebih menyerlah ekk?
if not, pudar aje warna nyer, tak cantik…
glowing lagi. hmmmm abis pkp nanti, memang gojes tertarik menarik lah dgn cc cream ni.
Saya pun pernah baca walaupun kat rumah kena pakai sunscreen, barulah wajah akan tampak semakin berseri-seri ..
Baru tau sunscreen kena pakai walau k rumah je. Maksih infonya,