Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Bubur Jagung Barli Sedap
September 24, 2014March 20, 2020

Bubur Jagung Barli… lagi dan lagi….

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera , Bubur Jagung bersama Barli merupakan antara menu dessert yang kerap Nina masak untuk family. Lagi pula, bubur jagung nie favorite dessert anak-anak Nina. Kebetulan baru-baru nie adik ipar  bagi jagung dari Cameron agak banyak. Separuh Nina dah rebus dan bakinya Nina buat bubur… Favorite anak-anak Nina Bubur Jagung Barli Sedap ni..!

Aik?? Rebus camner….. tak kan tak tahu rebus jagung kot~
Kalau Nina akan kupas kulitnya dan bersihkan. Masukkan dalam periuk berisi air dan sedikit garam. Rebus sampai masak. Toskan dan tunggu suam sejuk dah boleh ngap!
Kalau nak sedap boleh sapu atau golekkan bersama margerin / susu / peanut butter atau apa saja yang rasa sesuai. Nina makan gitu ajer dah sedap. Manis!

Semalam Nina shoot picture Bubur Jagung Barli dari hp dan share kat Fb dan IG dulu dan bila masa mengizinkan macam sekarang nie larut malam baru lah Nina dapat update blog. 
Sejujurnya Nina tak gemar upload gambar masakan kat Fb atau IG tanpa sebarang info atau resepi macam sesetengah orang lain. Maaf kalau ada yang terasa.. Peace no war~
Bukan niat Nina nak tayang menu masakan Nina seharian tapi…
NIAT Nina sekadar nak berkongsi menu idea dan resepi untuk kengkawan yang memerlukan.
Maaf lah buat yang tertunggu resepi Nina yea… sayangg u all~

Actually Nina dah maklumkan  yang resepi bubur jagung agak sama macam resepi terdahulu. Boleh intai  kat Bubur Jagung Barli…. Cuma bezanya Nina gunakan jagung fresh dari Cameron tanpa jagung dalam tin.
Bubur jagung nie sedap dimakan panas-panas dan lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk dari fridge. Ikutlah tekak selera masing-masing~

Isi Kandungan hide
1 Resipi Bubur Jagung Barli Sedap
2 Related posts:
3 Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN
4 Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!
5 KEDAI SPEK MATA MURAH VIRAL TIKTOK SERVIS 5 STAR
6 My Western Breakfast ... Heavy & Healthy , Simple & Easy

Resipi Bubur Jagung Barli Sedap

gambar dari hp…… Hp pun yang murah ajer~ 
Jadilaaa… yang penting gambar sendiri bukan gambar cilok hokey!

Resipi Bubur Jagung Barli Sedap

Bahan-bahan
Sepaket barli (anggaran secawan)
2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja)

1 kotak kecil santan
500 ml air – kalau nak kuah lebih boleh lah tambah lagi …
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul) Nina tak letak pokok pandan Nina dah tak der daunnya

Cara penyediaannya
1- Barli direbus terlebih dahulu.
2- Bila dah empuk masukkan jagung dan gula, masak seketika hingga jagung lembut
3-  Kemudian masukkan santan, tunggu hingga mendidih sambil kacau sentiasa.
4- Setelah mendidih, rasakan dengan garam secukup rasa (sikit jer – kang masin lak)

5-  Tutup api dan sedia dihidangkan

ppssttt >>>> nak dimakan samada sejuk mahupun panas pun sedappp!
ikut citarasa masing-masing 🙂

Related posts:

Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!

KEDAI SPEK MATA MURAH VIRAL TIKTOK SERVIS 5 STAR

My Western Breakfast ... Heavy & Healthy , Simple & Easy

Lifestyle Resepi Bubur JagungBubur Jagung BarliDessertmenu kendurimenu minum petang

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes