Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

RESEPI TAUHU KUKUS GORENG
October 13, 2014February 24, 2023

Tauhu Kukus Goreng buat Baby Eilhan dan bekalan anak sekolah.

Anak Nina suka bawak bekal pegi sekolah. Mudah katanya tak payah bersesak beratur beli makanan. Lagi pun duit belanja boleh masuk tabung! Tak dinafikan kekadang buntu bila fikir IDEA bento bekal sekolah anak ni. So kali ni Nina nak share Resepi Tauhu Kukus Goreng bekal anak sekolah mudah berkhasiat yang senang disediakan ni.

Isi Kandungan hide
1 RESEPI TAUHU KUKUS GORENG
2 Related posts:

Menu ni juga sesuai buat si manja yang masih kecil. Tambahan sekarang nie Baby Eilhan dah 10 bulan dan dah ada gigi. Mula-mula gigi bawah 2 batang, pastu gigi atas satu dan kemudian gigi atas dah keluar lagi satu. Total 4batang gigi. Tak kan asyik nak bagi makan bubur ajer kan…? Dah boleh bagi food yang gigit-gigit, kunyah-kunyah. Senaman gigi gitu! Hehe . ..

Tauhu merupakan antara makanan yang mewah dengan sumber protein. Selain protein, kaya juga dengan sumber kalsium. Wahh….! Bagus nie untuk baby Eilhan, boleh develop muscle.  Eh ehh.. Jangan salah sangka lak, bukan nak suh baby Eilhan jadi atlet angkat berat! Hehehe…

Tauhu kukus goreng nie amat sesuai buat breakfast dan bekalan anak-anak kat sekolah. Sangat berkhasiat daripada makan nugget/hotdog yang jual kat sekolah kann…? Eilman ada bagi kawannya seketul buat rasa, “kenapa nugget awak lain tapi sedap sangat?” HEhee
itu comment budak darjah satu.

Part comment kawan Eillya yang tahan…. “ Eillya, sedap lah nugget awak, mama awak buat ehh? Esok bawak lebih kita nak beli…!”
Mmmm….. budak-budak pun pandai makan dan menilai. Homemade food sememangnya lebih sedap dan terjamin. Dan paling penting – No MSG!

RESEPI TAUHU KUKUS GORENG

kalau tengok setakat gambar memang tak nampak sedap tapi percaya lah…. memang sedap!
Gigit-gigit rasa ayam, pastu rasa tauhu, then rasa carrots. Nyum nyumm….

RESEPI TAUHU KUKUS GORENG

Bahan-bahan
2 packet tofu telur
2 keping tauhu
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur ayam
100gm isi ayam atau terpulang citarasa – dipotong kecil/dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
1 biji kentang – sagat halus
1 batang carrot – sagat haus
Sedikit daun ketumbar – dicincang halus
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1 Lenyek tofu dan tauhu hingga halus. Nina menggunakan garfu.
2 Kemudian masukkan kesemua bahan. (tepung gandum, isi ayam, bawang besar, kentang, carrot, dan daun ketumbar, lada sulah, telur dan garam secukup rasa)
3 Gaulkan kesemuanya hingga rata.
4 Kukus selama 20-30minit hingga masak.
5 Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu
6 Potong-potong ikut citarasa sendiri. Nina potong petak-petak ajer
7 Salut tepung dan goreng hingga keperangan. (Nina guna tepung serbaguna goreng ayam)
8 Toskan dan sedia dihidang

Sambil makan, Nina makan part garing tuu ajer (kulitnya) dan isinya Nina suapkan kat Baby Eilhan. Hah! Tengok isi dalamnya. senaman gigi untuk dia. Hehee . . . .

Okey, buat korang yang selalu kebuntuan tak tahu nak masak apa untuk bekal sekolah anak, korang boleh follow 5 IDEA bento bekal sekolah yang berkhasiat, resepi yang mudah disediakan.

RESEPI TAUHU KUKUS GORENG
  
Lupa lak nak inform, resepi nie Nina google dan refer dari blog Kak Wan aka resipicitarasawan.blogspot.com. Kak Wan kukus dalam bekas lompang merah kecik-kecik tuu dan sumbat telur burung puyuh kat atasnya. Pastu goreng begitu saja. Cantik!
Nina tak rajin nak buat secantik Kak Wan. Lebih jujur  – Nina malas sebenarnya….. hehee
Sebab tu Nina masukkan semua dalam tupperware ice cream pastu kukus semua sekali.
Janji  sedap dimakan! 
 
Sedappp…. nanti cuba tau~ 
ppsstt >>>> resepi jimat nie.. hehee

Kalau nak resepi nugget homemade boleh refer Resipi Homemade Nugget Ayam  … Nina pernah buat sebelum nie. 
 
 
 
 

Related posts:

Lepas ni order Ayam BISMI jer laaa... Sebab . . .
Menu ringkas lagi mudah : Ayam Goreng Kunyit....
Cuba TIPS Petua ni..!! NASI TIDAK CEPAT BASI Lagi ....
Dessert paling best buat juadah berbuka puasa /iftar. Heavenly Milo Oreo Jelly. Rugi tak cuba.....
Resepi Info - Parentingkudap kudapanKuih Muih Warisan Kitamenu anak susah makan nasimenu minum petangMenu Ringkasresepi mudahresipiSayur-sayuranTauhu Kukus GorengTelurWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Mad Parihh says:
    October 13, 2014 at 5:09 pm

    bestnyaaa . .

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    October 14, 2014 at 10:20 am

    Mad parihh,
    meh sini Nina bagi seketul dua….. bawak mai piring. hehee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes