Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sandwich Egg Mayonnaise Bekal Anak Sekolah BENTO
October 8, 2014February 23, 2023

Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.

Hai korang… As’salamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni Nina nak share menu breakfast paling ringkas dan mudah berasaskan telur dan mayonnaise. Tak perlu masa yang banyak/lama untuk disediakan. Orang malas-malas pun boleh buat. Tapi kalau ada itu batu besar dok atas kapla atau dok terus menetap dalam badan tu tak tahu laaaa nak cakap camner lagi. Nama diberi Resepi Sandwich Egg Mayonnaise
Tapi untuk orang-orang bekerjaya aka sibuk naaa pegi balik keje, pun boleh jer buat menu nie.. Kalau sibuk sangat pepagi tak done nak buat, boleh sediakan malam pastu masukkan dalam tupperware dan simpan fridge. Esoknya dah ready to eat! Tak perlu gopoh gapah esok paginya. Senangkan.


Dalam apa jua perkara, jika kita inginkan ianya terjadi.
Paling penting haruslah ada sifat positif dalam diri. Semua benda bermula dari mind set kita sendiri. Kita yang create! In Sya Allah (dengan izin Allah) semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan baik. 

“Hendak seribu daya tak nak berjuta-juta dalihnya”
Tapi kalau dok verangan nak buat itu, nak buat ini, macam-macam verangannya tapi kalau tak bergerak diusahakan tak juga menjadi. Kan kan kann….??

Tak mau citer panjang, jom tengok resepi breakfast paling senang, cepat dan mudah tapi penuh dengan khasiat. Roti + telur kan kaya dengan protein dan energy. Bagus untuk anak-anak. Bawak bekal sekolah pun bagus! Jimat belanja boleh menabung. Harus simpan duit. Petrol naik semuapun NAIK!

Isi Kandungan hide
1 RESEPI SANDWICH EGG MAYONNAISE
2 Related posts:
3 Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy
4 Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak
5 My Eilman 1st day School 😉
6 Cuti sekolah enjoy sakan di FELDA Residence Hot Spring Sungkai Perak

Resepi Sandwich Egg Mayonnaise Bekal Anak Sekolah BENTO

RESEPI SANDWICH EGG MAYONNAISE 

Roti secukupnya
3biji telur rebus
Mayonnaise secukupnya
Sedikit lada sulah (jika perlu)
Daun ketumbar – cincang halus

Cara penyediaannya
1) Hancurkan telur yang direbus menggunakan egg cutter macam dalam gambar bawahnie atau garfu pun boleh. Lenyek-lenyekkan.
2) Kemudian masukkan mayonnaise, lada sulah dan daun ketumbar. Gaul rata
3) Sapukan rata ke atas roti dan sedia dihidangkan

## Jika suka boleh juga lapiskan dengan hirisan tomato, timun, salad dan cili merah.

Tips :: amat sesuai buat sandwich egg mayo bila kita pi kenduri dapat berkat/gift telur orang kahwin. Jimat! Tak payah rebus telur atau pakai/beli stok telur. Hehee . . . .  

Betul betul betul jimat! Tapi kann.. Tahu tak Tips masak telur rebus pun ada caranya. Tak kena cara boleh stress nengok telur rebus yang menggerutu terkopek sana terkopek sini , tak bulat licin cantik. Dah rupa jalanraya tak siap, lubang sana lubang sini. Setuju? Ketahui tips masak telur rebus hasil cantik licin senang kupas kulitnya.

Boleh juga dijadikan aktiviti bersama anak-anak nanti masa cuti sekolah. Buat sama-sama pastu makan sama-sama~ hehee . .  Enjoy!
 
 
 
 
 

Related posts:

Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy

Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak

My Eilman 1st day School 😉

Cuti sekolah enjoy sakan di FELDA Residence Hot Spring Sungkai Perak

Lifestyle Parenting Resepi bekal anak sekolahbekal sekolahBentobreakfastIDEA BEKAL ANAK SEKOLAHInfo - Parentingkudap kudapanmenu anak susah makan nasimenu cepatMenu Ringkasresepi mudahresipiSandwich Egg MayonnaiseTelurWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. nini says:
    October 8, 2014 at 9:54 pm

    nyum nyum….sedap aihuhh

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    October 14, 2014 at 11:36 am

    alamak nini….. nak hulur kat nini dah licin!
    nanti nini try buat ehh~

    Reply
  3. Nur Zayyani Liman says:
    October 31, 2014 at 6:55 pm

    Salam kenal..hi ninaBiar menu simple..asalkan berkhasiat dan hasil air tangan kita untuk anak2 kan?..best recipe ni..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes