Pisang ohh pisang
Kat rumah Nina pantang nampak pisang. Sekejapan licin! Suka betul anak-anak ngan pisang. kannn best kalau ada kebun pisang. Hari-hari boleh masak berasaskan pisang. Paling Hot viral kat blog Nina ni carian Resipi Kek Pisang Viral paling senang sukatan cawan . Anak-anak Nina pun suka! Kalau buat sekejapan habis. Sekali hadap jer… Aduduuu… anak sapa lah tu! Haha
Kali ni Nina ada pisang tanduk. Godek-godek punya godek, akhirnya kata sepakat Nina buat lepat. lantak laa orang kata pisang ni tak berapa sedap bikin lepat ke. Kita yang bikin, kita yang nak makan kann…. Bukan suh depa buatkan pun… Belasah jer. Halal
Sebelum ni pun Nina buat Lepat Pisang Tanduk. So Nina follow jer resipi yang sama. Malas dah try an error. Masa selalu cemburu ngan Nina. Tak tau laaa nape, surirumah pun rushing. Kesuntukan masa memanjang!
Curi Masa
Nak update blog share resipi ngan korang ni pun, gigih gak laaa Nina curi tulang Eh! masa. Kena peruntukan masa tido Nina tuk korang. Selalunya midnight semua dah tido baru Nina ngadap blog. Kesian kann…?? Tak yah kesian sangat sebab bila dah minat, tak tido seharian pun sanggup. Lagi pun setakat tak cukup tido, lumrah asam garam kehidupan seharian Nina 🙂
Bagi Nina, dok tido aje boleh bikin beku otak, beku tekanan darah , pastu rasa lemau lemah longlai seluruh badan. Baik aktif sibuk buat keje. Baru rasa bertenaga! Caiyok caiyok…
Jom nengok resipi Lepat Pisang. Kot kot esok lusa pisang ada banyak stok pisang kat rumah tuu boleh lah bikin lepat. Nina kongsikan resipi pakai sukatan cawan. Senang tuk korang . Manalah tau, kot kot korang nak ada stok pisang lain ke, boleh gak bikin lepat guna resipi ni…. Bagus kan Nina? Aceceehhh… angkat bakul
Resipi Lepat Pisang Tanduk Sedap Mudah
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya- di bersihkan dulu kemudian di layurkan
2 biji pisang tanduk- dilenyekkan (kira-kira dapat dalam 4 cawan pisang dah lecek) Kalau korang nak gantikan dengan pisang lain pun boleh jer… Idok ler wajib pakai pisang tanduk. Sila bijak ok. hehe
1/2 cawan gula pasir
10 sudu besar gula merah
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung beras
1/2 cawan susu cair
1/2 biji kelapa parut -gaul rata ngan secubit garam
secubit garam
Cara penyediaannya
1- Layurkan daun pisang secukupnya.
2- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula merah dan gaul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan susu cair dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
3- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
Letakkan kelapa parut dan kemudian adunan lagi
4- Daun dilipat tutup.adunan tersebut dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
5- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.
Latest, Nina buat lagi Lepat Pisang Mudah … Nyum nyumm….!!
mesti sedap ni….
sedapnya.. mama mmg suka pisang tanduk sebab rasa dia ada masam2 sikit
nampak resepi kak nina simple jer tapi nak buat tu ya ampun…malasnya. sanggup beli yang dah siap hahaha
menggodanyaaaaaa….
tengok resepi ni, rasa nak nangis, sebab homesick.. Huda selalu buat kuih ni dengan mak kat kg. ni dah merantau susah dah nak balik kg T_T
Cantik kejadian lepat pisang tu bila ada tambahan tepung beras.
Sedapnya! Suka yg ada inti kelapa camni
lama tak makan lepat pisang ni . rasa mcm sedap jee huhu mana nak dapat ni .. nk beli malas hahahaa
Adeh, windu nak rasa Lepat Pisang. Susah nak jumpa dah dan orang buat.
Cantiknya kejadian lepat pisang tu. Dah lama tak makan